Assalamualaikum, good day dearest ! Aku rasa dah sampai masanya untuk aku langsaikan apa yang tak terlangsai. Hm, aku actually habis baca buku ni dua tiga hari lepas aku tulis review of the first book, so berapa lama agaknya tu ? Well, takdelah lama mana pun kan. Hehe.
Tajuk : Selamat Tinggal Purnama : Strain Kedua
Penulis : Teme Abdullah
Mukasurat : 292 pages
Penerbit : Iman Publications
Tahun terbit : 2020
ISBN : 9789832423966
Related : Selamat Tinggal Purnama : Strain Pertama
Blurb :
Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang dari radar. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka dia telah bersara.Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album baharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya.
Buku kedua ni menampakkan lagi dinamik penceritaan kehidupan Latif Purnama sebagai seorang bintang terkenal. Ending buku pertama merupakan klimaks penceritaan dimana Latif announce yang dia telah berkahwin tanpa persetujuan daripada syarikat rakaman yang mewakilinya, Mawar Records. Aftermath of that announcement mengubah kehidupan seorang Latif Purnama. He went off radar for almost a year. Tiba-tiba Latif kembali dengan album baru yang lain daripada albumnya sebelum ini.
Bagi buku kedua ni, watak yang menyerlah hanyalah watak Latif dan jugak Wak Entel, personal bodygourd dia. Oh tak lupa jugak seorang kawan baik Latif yang hidup dengan penuh kepura-puraan dan pemilik Mawar Records yang hanya kisah dengan keuntungan berbanding kebajikan artis rakamannya (oh, janggal rasa menaip formal sangat).
Sepanjang aku baca second book ni, aku banyak kali berhenti baca. Why ? Well, aku rasa macam nak campak je buku ni sebab Latif ni baik sangat even dia dah nampak true color everyone. Hish. Kalau dalam buku pertama, konflik yang nampak hanyalah dari segi ketidakadilan yang Latif terima daripada syarikat rakaman dan juga konflik dengan 'best friend' dia yang sorang tu, kalini Latif berhadapan dengan few more conflicts. Paling sedih bila Latif 'mengorbankan' diri dia sendiri demi anak dengan isteri, tapi sayangnya dia kena tinggal. Ish, geram betul dengan isteri dia tu !
Plot twist dalam novel ni ada jugak yang aku memang tak expect langsung ! Revelation of the best friend memang sangat mengejutkan aku. Like, what ?! Walaupun pendedahan tu taklah bagi impak kepada penceritaan sampai mampu menukar jalan cerita tapi cukup untuk aku rationalize why he did what he did.
Ending buku ni aku memang dah expect dari awal. Haha, pengaruh k-drama thriller paid off kot sebab memang sebijik apa yang aku expect. Lol. Cuma aku tak berapa setuju watak Latif tu baik sangat sampai dia dah hilang orang sentiasa dengan dia baru dia nak ambil tindakan. Geram aku dia tak dengar cakap that one person. Hish. Tapi nasib baiklah dia tetap reveal kejahatan setiap sorang sebelum pergi. Kalau tak aku rasa taknak dah baca buku Teme.
p/s: banyak-banyak series buku teme, this one series je yang aku habiskan haha. Jalanan dengan Empayar yang latest punya belum sempat nak baca lagi. Ada sesiapa nak bagi free ke, dm ig itew ihiks
-thes
0 Comments