Assalamualaikum, good day dearest ! Selamat hujung minggu semua ! Untuk review novel kalini, hm aku dah habis baca bulan lepas lagi... Review pun dah type lama tapi entah kenapa baru ni nak post. So, untuk review novel-novel akan datang aku akan try keep up sebab semua dah habis type and tinggal nak published je.
Tajuk : Ursula
Penulis : Syu Ariani
Mukasurat : 572 pages
Penerbit : Penulisan Enterprise
Terbitan : Mac 2020
ISBN : 9789672321224
Related : Anastasia
Blurb :
URSULA. Itu nama si antagonis di dalam dongeng The Little Mermaid. Tak pernah hatta sekali Hadi terfikir bahawa suatu hari nanti, dia akan bertemu dengan Ursula di alam nyata."Kahwin dengan aku atau nyawa dia melayang, di depan mata kau." - ASYFA HANNANITak dapat Hadi melawan kerana wanita yang menerima jolokan Ursula itu mampu tunaikan kata-katanya! Demi keselamatan Batrisya, Hadi akur dengan permintaan Asyfa. Namun lama-lama, dia sedar satu hakikat. Hatinya mendambakan Asyfa. Dia mahu memadam kesemua kisah silam Asyfa dan menjadi penyembuh kesayangan wanita itu.TENGKU HADI. Tak pernah terlintas dalam fikiran Asyfa, lelaki itu akan menjadi suaminya. Dia dan Hadi ibarat langit dengan bumi, ibarat lautan dan daratan. Permulaan hubungan mereka tidak seindah kisah dongeng, bilamana dia sendiri yang mengugut bersama nyawa seseorang sebagai cagaran. Tetapi..."Leave the past there. I wanna be your present, your future." - HADIKala Hadi ungkapkan itu, Asyfa sedar dia inginkan lelaki itu di sisinya. Hadi ialah penawar bagi semua episod dukanya. Namun ternyata, tak mudah untuk melakar kebahagiaan bersama. Di setiap langkah mereka, ada lelehan darah mengiringi. Air mata dan pengorbanan sentiasa dituntut oleh mereka-mereka yang dahagakan nyawa Hadi dan Ismail.Ada kisah lama yang tersingkap. Ada kebenaran yang baru terlerai. Ada pengkhianatan yang terbongkar. Bersama setiap itu, Asyfa dan Hadi hanya selangkah lebih dekat kepada si antagonis dalam kisah mereka. Kata si antagonis kepada Asyfa..."Cuma dengan kematian kau, Hadi akan hidup!"Kalau dalam versi asal kisah duyung, dia rela menjadi buih dan menghilang di lautan demi si tuan putera. Bagaimana pula dengan kisah Asyfa dan Hadi? Apa penamat kisah Ursula dan putera hatinya? Nyawa siapa yang akan menjadi cagarn untuk satu pengakhiran bahagia?
I am so excited for this book and I'm totally satisfied! Memang puas hati bila dapat baca kisah Tengku Hadi lepas dia kecewa dengan Aina Natasha. Oh, for those yang tak tahu, this novel is a spin-off to Syu Ariani's previous work, Anastasia. Daripada prolog pun dah dapat rasa keseronokan novel ni. Memang suspens bila babak Asyfa culik Batrisya untuk jadikan umpan supaya Hadi kahwin dengan dia. Timbul tanda tanya bila penulis tinggalkan macam tu aje tanpa sempat Hadi jawab. Memang terus baca lah gamaknya.
Pace pembacaan aku memang laju daripada biasa sebab sehari je aku dah lebih setengah novel aku baca. Lepas tu aku slowkan sikit, maklumlah, sayang nak habiskan cepat. Plot novel yang penuh dengan rahsia buatkan aku sentiasa tertanya-tanya, one of the reasons aku dapat baca laju. Walaupun novel ni dikira cinta aksi, babak aksi tak sebanyak novel sebelum ni. Which aku rasa agak santai and on edge at the same time. Novel ni banyak tekankan serang hendap. Lagipun, identiti si penyerang memang dah reveal so lebih banyak scene confrontation lisan. Tambah pulak dengan plot twist yang aku jangka dan tak jangka, hah memang memecut la aku habiskan novel ni.
Aku memang tak salah bila aku kata aku suka watak Hadi. Dia still the same straightforward person and very protective. Scene dia pergi cari Asyfa lepas dapat tahu Asyfa hilang memang gila sangat ! Sedangkan dia tahu orang-orang yang culik Asyfa is the same person who wanted him dead. Tapi sebab dia sayangkan Asyfa, he still looked for her.
Bagi aku, relationship Hadi dengan Asyfa ni deep sangat, minus the fact that they get married for a very unique reason. What I mean is, walaupun Hadi sayang Asyfa gila-gila, dia tetap ada terlanjur kata yang buat Asyfa sakit hati. But at the end of the day, dia akan mintak maaf. And Asyfa pulak, walaupun dia kasar dengan Hadi, dia tetap letakkan Hadi as her top priority, even above of herself. And for me, these two are in the deep relationship. Disebabkan rasa sayang dan cinta yang diorang ada for one another, diorang sanggup buat apa sahaja hatta membunuh sekalipun.
Oh, aku rasa aku banyak emosional baca novel ni. Aku kesiankan Asyfa, aku kesiankan Hadi. Lepastu, apa yang jadi dekat Ismail, lagilah mengganggu gugat air mata aku ni. Haih, memang sedih babak tu. One thing yang buat aku curious sangat is macam mana Asyfa dengan Dean kenal. Aku rasa bab tu takde mentioned dalam novel.
Ending novel ni memang memuaskan. Asyfa and Hadi dapat bahagia yang mereka dambakan walaupun few lives terkorban. Oh, kenapa aku rasa macam ada hint untuk novel baru (hm haritu penulis ada mention something like C dalam story dia hmmmmmmm me is excited) ? Ke novel yang dah sedia ada tapi aku taktahu? Anyway, this novel is really great ! And I'm looking forward to read more from Syu Ariani !
Oh, one thing yang aku sangat-sangat suka, is cara Kak Syu main dengan nama. Macam, Leira tu sebenarnya nama Ariel yang diterbalikkan, lepastu nama asal Dean, Ricky. Menarik...
p/s: aku tak tahu pulak lagu Baby Don't Cry by EXO tu inspired from The Little Mermaid. Thanks to this novel, a new knowledge gained!
-thes
6 Comments
emotional mcm ni, aduh..susah nak handle bila baca ni
ReplyDeleteItulaaa
DeleteKalau ada drama best juga. Sebab LH payah sikit nak baca novel cinta ni. Hehe 😬
ReplyDeleteHahaha menarik juga kalau buat drama... Tapi I tak prefer adaptasi novel sebb selalunya plot akan berubah so tak berapa seronok
DeleteSerius lah.. menarik betul baca review ini.. Akan masuk list untuk beli..
ReplyDeletemenarik !
Delete