Assalamualaikum, good day dearest ! This is another #bookreview for you guys. Rasanya bookish dan peminat novel melayu memang kenal dengan novel ni.
Tajuk : Anastasia
Penulis : Syu Ariani
Mukasurat : 586 pages
Penerbit : Penulisan Enterprise
Cetakan : Oktober 2018
ISBN : 9789672102663
Blurb :
Anastasia dan Drizella. Nama kakak-kakak tiri Cinderella. Adalah satu klise apabila mereka membenci dan sentiasa mendengki Cinderella, berusaha merampas prince charming daripadanya. Tetapi bagaimana pula sekiranya kakak tiri Cinderella ikhlas menyayanginya sehingga dia tegar memperjudikan nyawanya sendiri demi si adik tiri? Bagaimana pula sekiranya kakak tiri Cinderela rela kuburkan isi hatinya demi kebahagiaan si adik tiri?Aina Natasha. Dia sanggup membahayakan diri sendiri asalkan Tengku Elyana selamat. Berkali-kali Elyana diserang musuh tetapi Aina tidak berundur walau sesaat. Selagi hayatnya masih ada, Aina akan berusaha bersungguh-sungguh menyelamakan si adik tiri. Namun satu hari, Elayana dijodohkan dengan Tengku Arhan Yuzlan dengan alasan Arhan boleh melindungi Elyana juga. Aina terpempan. Kerana Arhan yang ada di depan matanya kini ialah Arhan yang sama, yang dikenali 13 tahun lalu."Awak tak takut mati, Aina Natasha?" - ARHAN"Saya takut mati tapi saya lebih takut jadi pembunuh." - AINA NATASHADemi mendengarkan jawapan itu, Arhan tersentak. Sesungguhnya dia juga menghadapi kemelut yang sama. Berusaha menjauhi gelaran 'pembunuh' tetapi dia sering dihadapkan dengan situasi yang mendorongnya ke arah itu.Bersama-sama, mereka cuba melindungi dan manjaga Elyana. Pada saat dua hati mula disapa perasaan indah, kini Aina pula menjadi sasaran. Nyawa Aina menjadi buruan dan si pemburu nyawa itu takkan berhenti selagi dia tidak beroleh apa yang dia mahukan."Aku takkan biarkan Aina dibunuh disebabkan kau!" - HADI"Kau fikir aku akan biarkan dia sentuh Aina Natasha?" - ARHANSegala serangan dipatahkan dan ditepis. Berkali-kali mereka diasak, berkali-kali jugalah mereka mengasak. Mereka berlawan demi mempertahankan nyawa di dalam tubuh dan rasa dalam hati. Hinggalah satu per satu kebenaran terbongkar, sedikit demi sedikit kekuatan Aina dan Arhan tergugat. Apa yang mereka lihat, bukanlah realitinya. Apa yang mereka fikir, bukanlah hakikatnya.Sehingga akhirnya, Aina tertanya sendiri - "Apakah tiada pengakhiran bahagia untuk dirinya, Anastasia, si kakak tiri Cinderella?"
First off, I love the concept yang penulis guna. Villain dalam fairytales as the main character, very intriguing, kan. And this one is the classic Cinderella story. Watak Aina memang best, seronok bila baca watak heroin yang tak lemah dan tak bergantung dengan lelaki. Badass gila Aina Natasha. Memang heroin novel ni lain sungguh. Daripada latar belakang keluarga sampailah ke peribadi Aina, memang lain sangat berbanding dengan kebanyakan watak heroin. Kudos penulis sebab berjaya wujudkan kelainan untuk watak heroin. Takdelah asyik-asyik nak heroin lemah yang memerlukan knight to save the princess (walaupun banyak kali Arhan datang as Aina's knight, but still rasa lain). Eh, nama Aina Natasha ni dahla nama one of my bestfriend masa high school, rasa janggal pulak bila terbayang muka dia yang dok membelasah musuh jahat. Hahaha. Kisah dia dengan Arhan pun rasa sweet je, saling melindung walau apa pun halangan. Walaupun Aina suka gila dekat Arhan, she back off bila tahu Arhan ni fiance El, adik tiri dia. Alahai selfless-nyaa.
Pembacaan aku memang terasa laju gila sebab half day aku dah half novel. Lepas tu mulala rasa sayang nak habiskan, aku pun tinggal la dia kejap. Tapi sebabkan aku curious dengan identiti orang yang nakkan nyawa Aina, aku habiskan jugak la. Aku terkejut jugak dalang yang rancang pembunuhan El. Memang tak sangka, aku harapkan ada musuh luar tapi, wow memang musuh paling rapat. Paling tak sangka dengan identiti orang yang nakkan nyawa Aina. Mulanya, memang dah syak dengan that individu but sebab dia nampak sangat baik and macam tak sesuai dengan character dia so aku pun start la second guessing. Tapi rupanya, memang dia !
Aku suka watak Hadi. Dia punya straightforward confess suka Aina tu memang tak boleh blah. Tak pandang kiri kanan suka hati je confess. Kalau aku jadi Aina memang aku blah kot dari situ, tapi nasib baik Aina bukan aku. Walaupun dia silap langkah, silap percaturan, aku suka dia tetap stand with Aina, protect dia. Ahh, terasa sweet sangat gesture dia.
Ending dia, well as usual, happy ending lah and also happy me. Walaupun watak Aina ada masanya gila jugak sampai dia sanggup cederakan Arhan semata perasaan marah and cemburu, Arhan still sabar dengan dia. And walaupun disebabkan Arhan, Aina hampir mati, Aina tetap terima Arhan dan tak pernah terfikir nak give up. Walaupun mereka tegas, teguh, kuat bila berdepan dengan musuh, but with each other, they can be as themselves. They really have come so far because macam yang selalu Aina cakap dekat Arhan, 'Love is us against the world.' Eceh.. Sweet ennn. Sebagai penutup terimalah Arhan (mood malas nak ngedit quote art),
You tell me. Do I love her ?
-thes
8 Comments
Villain in fairy tales as a main character, must be so interesting!! it makes me wanna read it too
ReplyDeleteit is ! and please do when you have the time
DeleteBaru tengok versi cartoon dia haritu hihi
ReplyDeleteahhh lamanya tak tengok kartun, rinduu
DeleteNovel i bought on July tupun belum habis baca sampai sekarang..malar meliat anime hahaha
ReplyDeletehahah tunggu mood... selalu gak ceni
DeleteRasanya macam dah beli novel ini.. Baca je tak sempat.. hehehe
ReplyDeletehahha, baca kaksha... best!
Delete