Friday 28 January 2022

# bookreview # comic

Asil Pelindung Khalifah 1: Tukang Masak Yang Menyelinap Ke Istana Uthmaniyah by Hazwani Osman & Nafisah Hisam

Assalamualaikum, good day dearest! Selamat berhujung minggu! Aku plan nak update review komik ni next week, tapi hmm, next week aku dah start exam, so macam malas la pulak en. So, aku update la harini. Tapi aku akan try schedule review novel untuk entry next week, jadi tak jadi, tengok la nanti hehe.




Tajuk: Asil Pelindung Khalifah 1 - Tukang Masak Yang Menyelinap Ke Istana Uthmaniyah 
Penulis: Hazwani Osman
Pelukis: Nafisah Hisam
Mukasurat: 114 pages
Penerbit: IMAN Publication
Terbitan: June 2021
ISBN: 9789672459194
Blurb: 

“Asil, misi kamu kali ini adalah menyelinap ke istana sebagai tukang masak.”
“Hah?” Tercengang Asil mendengarnya.


Daulah Uthmaniyah meski makmur dan maju di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, ada pakatan belot yang cuba menggulingkan pemerintahan beliau. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan khalifah Uthmaniyah.

Kerana itu, Asil dihantar untuk menyelinap ke istana – agar rancangan Sultan Abdul Hamid II untuk menghalang pemberontakan gagal!

Namun, ketika Asil mula bertugas sebagai tukang masak, semua orang di istana menunjukkan rasa sayang pada Sultan. Lebih mengejutkannya apabila dia melihat sendiri akhlak Sultan yang terpuji, bukannya pemimpin kejam seperti yang dikhabarkan.

Asil mula tertanya-tanya, mengapa ada orang yang mahu menjatuhkan khalifah?

 


Okay, bila kali terakhir baca komik? Sekolah menengah kot? Masa dok asrama, ada member sekelas memang hantu baca manga, komik dan seangkatan so last time aku baca komik, maybe time tu. Dan berapa tahun lepas SPM, nilah baru sentuh komik semula. Terasa awkwardnya aku baca komik, nak start dari bubble speech yang mana ke mana adehhh. 


Komik ni bertemakan fiksyen sejarah berlatar belakangkan sejarah Islam Turki Uthmaniyyah dan mengikut apa yang aku baca di website publisher, komik ni kira pelengkap pada Komik Gaza tulisan IF Moses (which obviously aku tak baca lagi). Sejujurnya, sejarah can be boring kalau tulisaaaaaaan je kan, so, bila in form of comic, dia jadi lebih seronok untuk dibaca.


Watak utama, Asil, salah seorang perisik yang memperjuangkan nasib rakyat untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II or that's what he believed to be true. Bab awal-awal, boleh nampak Asil ni seorang perisik yang handal, sekali datang member dia, Tarkan terus bengong-bengong. Senang je dia kena tipu dengan Tarkan aduhaii. Kelakar jee.


Selingan fakta sejarah antara bab membantu aku untuk faham lagi apa yang  pihak Committee of Union & Progress (CUP) perjuangkan. Walaupun sebenarnya aku confuse sebab kalau based on those facts, SAH II takdelah kejam dengan rakyat kenapa pulak ada pihak yang nak jatuhkan dia? And bila Asil berjaya masuk ke istana sebagai tukang masak, hahh lagila kuat tanggapan aku. Jadi, apa yang dia akan buat?  Nak persoalkan ketua perisik aka pakcik dia sendiri, Mukhtar, atau nak teruskan saja misi tu?


Sayang, aku takde jawapan melainkan tunggu jelah siri yang seterusnya. Sebab dia komik, jadi ceritanya pendek sajalah. Tak puas kita. Baru nak excited, eh dah habis. Huwaaaa. Ni yang lemah nak kena tunggu ni. Haihh.. Tapi serious best baca! The graphics pun, walaupun black and white tetap nampak cantik and kemas. Jadi marilah dapatkan komik Asil, dengan kadar segera! Hehe.


-thes 

2 comments:

  1. hi. singgah sini. btw dah beli buku ni tapi tak baca lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks singgah! komik pendek jeee, mudah nak habiskan (tapi i pun peram lama jgk baru baca 😅

      Delete