Lamaran Di Taman Nakajima by Marissa

Assalamualaikum, good day dearest! Selain #bookreview, aku ekceli takde topik lain lah nak tulis... Okay maybe ada yang aku boleh share tapi tula, penyakit M ni dah sebati dengan diri. 





Tajuk : Lamaran Di Taman Nakajima
Penulis : Marissa
Mukasurat : 453 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : 2018
ISBN : 9780672102496
Blurb : 

"Wei!" Linda sahabat baik panggil aku di tempat ketibaan.

"Sorrylah. Aku tak tahu handphone aku cicir kat mana."

"Memanglah. Aku telefon, mamat yang jawab. Dia cakap kau tertinggal handphone kat tempat duduk kau."

"Allah." Aku pegang dahi. rasanya sebab tu kut lelaki sebelah aku panggil aku. Salah dia jugaklah. Yang panggil aku sayang tu kenapa? Panggil saudari saja tak boleh ke? Kalau dia panggil aku kakak pun aku takkan marah punya. Ini siap panggil sayang. Dia ingat aku apa?

Aku jumpa dia kali pertama di dalam pesawat dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Tak sangka duduk sebelah dia dan dikelilingi kawan-kawan dia. Ada seorang kawan dia suruh aku berhati-hati dengan dia sebab dia dikatakan mat romeo. Masa pesawat sudah mendarat, kelam-kabut aku tinggalkan tempat dudukku. Si mat romeo bukan main panggil aku.

"Sayang..."

Gatal!

Semakin laju aku melangkah. Tak toleh-toleh lagi. Kalau toleh, sah aku pulak yang dia tuduh gatal.

"Sayang, tunggulah. Awak tertinggal ni..."

Aku jeling tajam.

"Awak tertinggal hati saya!"

Kurang ajar! Dia main-mainkan aku rupanya. Habis aku kena gelak dengan kawan-kawan dia. Aku tak tunggu lagi dan baru tersedar telefon bimbitku tiada bersamaku. Rasanya kisah aku dengan lelaki tu bakal menjadi panjang.

Karya penulis Marissa yang ketiga aku baca dan this one is my favorite from her, so far. Macam novel-novel penulis ni yang aku baca sebelum ni, novel ni juga a family-based novel. Dari blurb, aku serious ingatkan ni kisah si bujang dan dara, so imagine my surprise bila dapat tahu it is a duda-janda novel. 

Teya, kerana kehadiran orang ketiga, rumah tangga yang terbina bertahun lamanya musnah. Hancus. Sungguh aku tak sangka yang Dhinah, si perampas ni rupanya kawan sepejabat dengan Teya. Eyy dasar penyondol tak tahu malu. Aku cukup tak suka dengan watak Dhinah ni(maksudnya watak dia memang menjadi la enn) Dah la rampas suami kawan sendiri lepastu boleh pulak  fitnah Teya nakkan Zafran ni semula. Dah la buat dosa meruntuhkan rumahtangga orang lepastu tambah pulak dosa fitnah. Dasar perempuan taktahu malu. Pastu member dia dua orang tu dengan bengapnya sokong? Alahhhh cara kawan lain la wehhh apa ni.

Zafran, suami Teya ni eyyy memang mintak kaki tau watak dia. Dah la curang lepastu bagi alasan sebab takde anak? Helo????????? Emo la bab ni haihh. Dah tu, tak reti pulak nak jatuhkan talak dekat Teya sedangkan nak kahwin dengan Dhinah dah. Alasannya? Takut mak and kakak dia salahkan dia? Tapi memang salah dia sebab curang??? Ada eh lelaki cenggini? Pastu bila Teya dah mintak cerai and nak move, eh menyibuk lagi kata tak boleh la apalah. Wahai Zafran sedarlah kau tu EX-HUSBAND! 

Okay done emo dengan Zafran. Let's talk about Nik pulak. First meet, aku sangat tak expect dia ni pernah kahwin sebab dia pi holiday pun dengan member-member so aku ingatkan dia like bujang. But surprise-surprise, dia pernah kahwin and disebabkan cara dia hidup serupa takde bini, bini dia tinggalkan dia. And now, dia jumpa Teya and terpikat so dia nak ubah cara dia. Him. I loiiike beri mutchi! Someone who admit his mistakes and not afraid to be vulnerable and change his ways. Chef kiss.

Nik punya persistent nak pikat Teya walaupun Teya masa tu still tak ready nak masuk dalam hubungan baru. Siapa je yang boleh move on secepat tu kan. Lagi pulak dengan kawan-kawan Nik yang seolah bagi amaran jangan kahwin dengan Nik semata sebab dorang takut Nik kena 'kongkong'. Manusia ceni pun wujud. Tapi serious Nik ni seorang yang serious. Dia kata dia nak berubah, he did it. And godddd. Dia punya proposal dekat Nakajima tu haihhhh. I kenot!

And of course, best highlight goes to Hajah Sauwiyah and Kak Kay, family Zafran. Walaupun diorang ni punya pertalian darah dengan Zafran, dorang still nak Teya datang rumah melawat seolah tak de apa yang jadi. Pendek cerita, Teya ni lagi family daripada Zafran. Watak dua ni siap komplot kot nak suruh Teya terima Nik. Nice one!

So nak aku simpulkan, senang je. Aku suka novel ni. Kejap rasa macam nak mengamuk dengan Zafran dengan Dhinah punya perangai, kejap lagi dok tersengih baca Nik punya taktik nak pikat Teya. 

 
-thes

Post a Comment

4 Comments

  1. Tak pernah baca karya marissa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak novel-novel dia.. banyak konflik keluarga gituu

      Delete
  2. suka part first time diorang jumpa, selamba badak si Nik panggil Teya sayang..hahaha.
    effort Nik tu yg best baca novel tapi kawan Nik tu aishh..anoyying betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn! dah stranger panggil syg, confirm la lari ennn!

      Delete