Awak Suka Saya Tak? 2 by Melur Jelita [Edisi Jelita Terkini]

Assalamualaikum, good day dearest! Ni review untuk buku kedua ASST. Aku lupa nak schedule huhu makanya berminggu lagi la lambat. Lel







Tajuk: Awak Suka Saya Tak? 2
Penulis: Melur Jelita
Mukasurat: 850 pages
Penerbit: Anggun Melor
Terbitan: 2018
ISBN: 9789671537244
Blurb: 

"Sayang sayang sayang sayang sangat-sangat" - HILMAN YONG

"Adakah Tuan Hilman kembali kepada Islam seorang diri? Bagaimana dengan ibu bapa? Sebaiknya tuan dakwah mereka ke jalan Allah. Takkan tuan nak masuk syurga seorang diri? Atau dengan kata lain, hanya tuan yang mahu terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka?

"Ustaz, bila balik ke Malaysia, senang-senang carilah saya. Banyak yang saya boleh belajar dari ustaz. Bagaimana metodologi dakwah? Uslub. Mantiq. Balaghah. Tentu banyak benda menarik boleh sama-sama kita kongsi."

"Insya-Allah."

"Saya minta diri dulu. Kami perlu berehat sebelum ke masjid lagi untuk zuhur dan asar. Tapi sebelum tu, tolong forward video kami kepada saya. Dan tolong delete semua gambar isteri saya dari handphone ustaz. Ustaz tentu lebih tahu, tidak manis mengambil gambar bukan mahram tanpa izin. Assalamualaikum."

Kehidupan berdua dilayari dengan penuh kasih sayang di antara Hilman Yong dan Intan Yong. Tetapi biasalah. Keharmonian pasti terkocak sedikit sebanyak dengan mulut manusia. Hilman dibebankan dengan pertanyaan yang sangat berat. Bagaimana akidah mummy dan daddynya?

Untunglah Hilman memiliki seorang insan berjiwa bidadari. Intan yang sentiasa meniupkan semangat kepada apek hensemnya.

"Jika dunia ini masih punya sedetik lagi masa... saya akan minta dengan Allah masa yang sedetik itu.. untuk bersama awak, Hilmanku" - INTAN YONG

"Manusia terlalu banyak sangkaan sehingga menimbulkan kebencian dan mencipta permusuhan." -  HILMAN YONG

Everyone has an addiction... mine happens to be you - DAMIEN YONG

Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil.


 Novel ni merupakan kesinambungan kisah Hilman-Intan setelah mengikat tali perkahwinan. Buku kedua ni fokus pada hubungan Hilman and Intan setelah berumah tangga. Expectations from keluarga mentua terutamanya mummy Hilman, Intan's ability to ignore people's judgement, kasih sayang Hilman dalam menjaga hati isteri dan ibu juga tentang apa sebenarnya yang berlaku semasa Hilman hilang ingatan dan macam mana dia boleh kembali kepada Islam.

Macam biasalah, belum kahwin, orang tanya bila nak kahwin, dah kahwin orang tanya bila nak ada anak. Anak. Mummy Hilman, walaupun moden tapi masih percaya pada tilik nasib dan kerana itu, Intan didesak untuk mengandung secepatnya. Tahun pertama perkahwinan Intan-Hilman kononnya ada 'ong'. Disebabkan desakan itu, Intan tak keruan setiap kali isu anak dibangkitkan mummy tapi Hilman, selamba derk jee. 

Tapi, dalam selamba Hilman, dia tetap menjaga hati Intan dan mummynya. Dengan Intan, Hilman pujuk sebaik mungkin untuk tak ambil hati dengan kata-kata mummy sebab anak tu rezeki dari Allah. Dengan mummy, Hilman diamkan dan dengar saja. Sedikit pun tak membantah. Nak bertikam lidah buat apa kalau akhirnya mummy terasa hati? Hilman punya caring ni I kenot laaa. Above average bak kata lecturer kita. Aku suak dengan effort Hilman untuk jaga Intan sendiri tanpa bantuan bidan atau sesiapa masa Intan berpantang kali kedua tanpa bayi. Segala urusan resort, dia serahkan pada Cherish and focus pada kesihatan Intan.

Kisah mereka tunaikan umrah masa bulan puasa pun best sangat dibaca. Seolah kita pun tengah ikut umrah, dengan segala diskripsi suasana dekat sana. And of course, family bonding dalam novel ni memang tip top. Mummy Hilman walaupun agak mendesak untuk timang cucu tapi dia tak salahkan Intan bila keguguran. Malah, siap jaga Intan macam anak sendiri. Seriously, every woman should have mother-in-law that treats her in-law like her own daughter.

Aku especially loves the flashback when Hilman hilang ingatan. Kalini, dari side Hilman. Macam mana and apa sebenarnya yang jadi masa dia hilang ingatan and how he got his memory back.Mungkin ada orang akan rasa macam annoying kot, cerita benda yang kita dah tahu tapi bagi aku it's great sebab dapat baca and know two sides of the story. 

If you're wondering, perlu ke baca buku kedua ni? Well, aku tak berapa suka nak paksa orang on my stand so it's depend on yourself. Kalau rasa nak tahu cerita Hilman-Intan lepas nikah, then read. Kalau rasa ending ASST 1 dah memadai then don't. Apa yang aku boleh cakap after baca both books is that buku kedua ni aku rasa macam pelengkap pada buku pertama. So that's it.

-thes

Post a Comment

6 Comments

  1. Lain orang lain pendapatnya kan..
    Kalau boleh baca dari pov orang yang hilang ingatan tu, lagi puas rasanya..

    ReplyDelete
  2. mesti nak tahu how penulis garapkan perjalanan weds hilman ngan intan.

    ReplyDelete
  3. I'm not sure if I'll read this but thank you for sharing this hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah understood! it was a thick book but definitely worth it!

      Delete