Lockdown Moment by Ayeshah Amani

 Assalamualaikum, good day dearest! Selamat berhujung minggu~ Meh mulakan cuti anda dengan review saya muehehe.

 

Tajuk: Lockdown Moment

Penulis: Ayeshah Amani

Mukasurat: 533

Penerbit: Fajar Pakeer

Terbitan: 2021

ISBN: 9789838221313

Blurb:

Semesta memberi isyarat setiap orang yang kita temui dalam hidup, pasti hadir membawa perasaan atau pergi menyerah dek kenyataan.

Seakan-akan segala kebetulan yang terjadi bagaikan mimpi. Siapa sangka, pertemuan seorang jururawat bernama Haira Sofia bersama seorang kapten tentera bernama Luth Asyraf membuka satu riwayat baru dalam hidupnya.

Namun, disebabkan kisah silam Luth Asyraf, Haira Sofia juga turut menjadi sasaran kepada pihak yang ingin membalas dendam.

“Cantik perempuan tu. Sama macam dulu. Bukan dia dah mati ke, hurm?” – HAIDER

Menerima ketentuan, tidak mudah bagi Haira Sofia. Siapa sahaja yang sanggup menelan hakikat yang perit itu? Mengapa dia juga turut terpalit dengan misteri hidup lelaki bernama Luth Asyraf?

“Tell me, kenapa mereka kenal saya? Juga kata saya dah lama mati.” – HAIRA SOFIA

“Aku. Tak. Nak. Kau. Tahu.” – LUTH ASYRAF

Bibit rindu mula berputik menyatukan dua insan yang berbeza latar belakang. Tetapi, disebabkan tugas dan amanah, mereka terpisah. Memenuhi tanggungjawab kepada tanah air. Menjadi petugas barisan hadapan untuk menyelamatkan nyawa. Sebegitu mahalkah harga kebahagiaan perlu dibayar sehingga perlu mengorbankan jiwa dan raga?

Luth Asyraf… Haira Sofia, mereka insan terpilih yang dipaksa masuk ke dalam permainan jiwa yang bermandi luka. Ada lara yang merusuh, ada darah yang menjadi saksi pertaruhan.

Sanggupkah Haira Sofia bangkit setelah ditikam dengan sandiwara dan mengejar kembali nadi cintanya?

Persoalannya, kepada siapa kemenangan itu berpihak? Kepada pihak seteru… atau mereka berdua?

Jika momen terkunci itu mengajar 1001 erti kehidupan, izinkan secebis bahagia terselit bersama untuk melenyapkan air mata yang jatuh tanpa bicara.


Kerana rasa sebuah tanggungjawab ke atas nyawa seorang wanita, Luth Asyraf mengangkat Haira Sofia sebagai isteri. Haira, kerana berada di tempat dan masa yang salah, dia terjerat sama dalam permainan nyawa antara Luth dan musuhnya, Haider. Yang seorang bekerja sebagai seorang tentera dan seorang lagi sebagai jururawat. Based on tajuk, memang tahulah setting masa adalah masa PKP yang total lockdown tahun 2020 dulu.


Watak Luth Asyraf, cold, emotionless sewajarnya seorang ketua askar. Despite that, dia seorang yang penyayang and quite warm. Especially after dia dengan Haira kahwin, boleh kata dia ni mat sweet jugak la kot. Haira on the other hand, is the perfect match for Luth. She's strong, tak mudah menyerah dan yang penting, dia sumber kekuatan Luth. Tapi, aku sebenarnya tak berapa feel dengan kemesraan dua watak utama ni, taktahula mana silapnya, aku tak rasa mereka punya chemistry.


Memandangkan ni novel pertama daripada penulis, aku rasa banyak benda yang boleh ditambah baik, terutama bab penggunaan tatabahasa English memang kena banyak improve. Kalau satu dua boleh la aku nak lelap mata je baca, aku pun grammar hancus jugak tapi ni sampai mengganggu fokus untuk aku baca, oh rasanya memang kena check balik la. 


Bab pengolahan dialog antara watak, aturan cerita pun boleh diperbaiki lagi. Tapi, aku memang tak jangka plot twist tu. Masa tu memang macam eh? Kau? Ha gitu. Tapi even dengan plot twist tu pun aku still rasa macam eh, ending ceni je? Agak mengecewakan jugakla untuk final confrontation tu, sangat anti-climatic bagi aku given apa yang antagonist buat geram pulak rasa. Dan something yang aku sayang sangat is how penulis tak gambarkan dengan lebih mendalam tentang pengorbanan frontliner masa total lockdown dulu. Serious aku rasa agak kecewa jugakla dekat situ.


Overall, it was a bit meh for me. Banyak ruang untuk penulis tambah baik berkaitan novel ni. Sebab novel ni sangat hype dekat IG masa mula-mula released dulu so aku ada expectation yang tinggi. Tapi realitinya tak tercapai pun. But the idea is there so maybe next novel will be better than this. Lagipun e-book daripada penulis ni yang aku pernah baca aku rasa her writing is good. So, kita tunggu next novel.


-thes

Post a Comment

2 Comments

  1. Cover cantik.. sayanglah x edit bagi cantik isi dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulahhh.. cover dia mmg mengancam betul!

      Delete