Tajuk: Qasidah Buat Khadijah
Penulis: Hana Ilhami
Mukasurat: 761 pages
Penerbit: Karyaseni
Terbitan: 2022
ISBN: 9789674691929
Blurb:
MUHAMMAD: Mempunyai ilmu agama yang tinggi, ditambah dengan 30 juzuk al-Quran di dalam dada, bukanlah bermakna dia tak boleh jatuh cinta. Cinta itu milik setiap insan. Apa yang penting iman dan takwa dijadikan sempadan agar tidak tersasar."Khadijah juga tak cantik." - ZULAIKHA"Mempunyai al-Quran di dalam dada, merupakan satu kelebihan yang tiada tandingnya. Tentu saja Khadijah lebih cantik dari segala-galanya mak cik. Itu sudah mencukupi bagi saya." - MUHAMMADMalangnya, pinangannya ditolak dan gadis idamannya lari jauh ke Yaman.KHADIJAH: Anak kedua kepada pasangan Zulaikha dan Yusuf itu merupakan seorang yang keras hati dan kuat memberontak. Segala kerenahnya membuatkan pasangan itu pening kepala. Namun begitu, otak Khadijah cerdas. Dia berjaya menamatkan hafazan al-Qurannya dalam tempoh yang lebih pantas berbanding rakan-rakan madrasahnya yang lain."Abi nak ingatkan Khadijah, jangan sesekali buat hal dekat sini. Kalau Khadijah call aje umi atau abi kata nak balik, abi akan terus terima lamaran Muhammad." - YUSUFGara-gara pinangan Muhammad, Khadijah kini tercampak jauh di Tarim yang dikenali sebagai Bumi Seribu Wali. Tarim merupakan pusat ilmu dan pentarbiahan yang hebat. Namun bagi Khadijah, Tarim merupakan bumi tandus lagi mundur. Sudahlah pasar rayanya ala-ala Chow Kit dan tiada barangan berjenama, nak melayari Internet pun sebulan sekali saja dibenarkan. Merasakan dirinya terbuang, Khadijah nekad memutuskan hubungan dengan keluarga."Kita nak cari mamat Arab handsome kat sini. Lepas tu kita nak menetap terus kat Yaman. Kita tak nak balik Malaysia lagi dah." - KHADIJAHDemi menyatukan semula Khadijah dengan keluarganya, Muhammad melakukan sesuatu yang di luar pemikiran. Melalui Anggerik Desa, Muhammad dapat mengetahui segalanya tentang Khadijah. Khadijah memberitahu Anggerik Desa yang dia sudah jatuh cinta dengan seorang lelaki Yaman. Tampan dan berkerjaya sebagai doktor. Fikiran Muhammad semakin kacau apabila dia diminta menguruskan madrasah Pak Cik Sahar, iaitu sahabat baik bapanya. Tak hanya menjadi mudir, Pak Cik Sahar mahukan dia jadi menantu!"Apa salahnya? Budak Aida tu tak lama lagi tamat belajar. Eloklah kalau kita masuk meminang sekarang. Habis saja hujung tahun ni, terus kita langsungkan perkahwinan mereka." -RAOFPerlukah Muhammad mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan Khadijah atau menjadi anak yang taat? Akan terdendangkah qasidah khas buat Khadijah?
Kisah cinta yang berpasakkan pada pengharapan dan ketentuan Yang Maha Kuasa. Muhammad, seorang hafiz dan juga pelajar alim yang secara tak sengaja telah terjatuh hati pada Khadijah, adik kepada kawan baiknya, Abdul Rahman setelah mendengar Khadijah menyanyi. Muhammad yakin Khadijahlah jodohnya, lantas dia melamar Khadijah melalui ibu bapa Khadijah. Dan lamarannya ditolak mentah oleh Khadijah. Dan kerana lamaran itu, Khadijah di hantar jauh ke Yaman untuk melanjutkan pengajian alimah.
Walaupun tiada babak yang menemukan Khadijah dan Muhammad secara bertentang mata (literally ada satu babak je) aku tetap terhibur dengan interaksi mereka yang menggunakan pengantara. Comel sungguh la. Khadijah yang sedikit kebudak-budakan dan Muhammad yang matang, waduhh, gawat hatiku dengan telatah mereka berdua ni. Kalau masa tak bertentang mata pun dah comel, haih, babak yang mereka bertemu empat mata lagilah cute habis!
Konflik yang tertimbul pun taklah berat dan memeningkan kepala jadi aku sangat enjoy membaca. Penggunaan platform Facebook yang Muhammad guna untuk menyebarkan dakwah banyak mengingatkan aku pada novel penulis sebelum ni, MSMN. Masa Muhammad menyamar jadi Anggerik Desa untuk dekati Khadijah pun alahai, gigih sungguh dan bijak sungguh. Watak sampingan pun banyak memainkan peranan since Muhammad dengan Khadijah ni tak pernah berhubung secara langsung, melainkan melalui Anggerik Desa. Especially, Fatimah, adik Khadijah. Walaupun Fatimah sendiri takde babak yang bercakap secara langsung dengan Muhammad tapi sebab dia sentiasa ada di latar belakang semasa watak lain tengah berbincang, so dia macam spy Khadijah jugak la untuk menyampaikan berita dari Malaysia.
Aku jatuh hati sungguh dengan buku ni. Walaupun mencecah 700+ mukasurat, ia tetap penuh dengan pengisian dan tiada satu saat pun yang aku rasa penceritaannya meleret. Sungguh penuh dengan ilmu dan. Suasana di Tarim juga digambarkan dengan terang, memudahkan aku untuk membayangkan suasana di kota seribu wali tu.
Setelah beberapa tahun, akhirnya Hana Ilhami kembali mengeluarkan karya baru. Walaupun beliau pernah update beberapa bab dekat Facebook Pagenya, tapi aku tak selalu buka FB, jadi aku tak pernah baca. Walaupun agak lama menyepi dari dunia penerbitan novel, karya beliau masih mampu memukau aku. Bayangkanlah, dua jam setengah aku naik ETS untuk balik ke rumah, langsung aku tak mampu nak berhenti baca. Highly recommended.
-thes
4 Comments
Terima Kasih...Nak kena cari juga novel ni..
ReplyDeletesama-sama! cari dekat shopee senang..
DeleteWah.. review yang ohsem.. Nak kena cari juga nampak gaya nie..
ReplyDeletethanks kak sha!
Delete