Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis by Teme Abdullah

Assalamualaikum, good day dearest!





Tajuk : Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis
Penulis : Teme Abdullah
Mukasurat : 488
Genre: Fantasi, Pengembaraan
Penerbit : IMAN Publication 
Terbitan : 2019
ISBN : 9789832423690
Blurb : 

Ribuan tahun selepas peperangan yang memusnahkan hampir keseluruhan dunia. 

Nusantara kembali aman di bawah naungan sultan: sehingga datang mereka yang mendakwa - kekuasaan itu hasil perjanjian dengan syaitan.

Empayar 2 menyambung kisah yang berlaku setelah Putera melarikan diri daripada Madrasah Taming Sari. Sangkaan aku yang cerita dalam Empayar 2 ni akan mengelilingi pengembaraan si putera selepas melarikan diri sangat meleset. Rupanya, dalam sambungan ni, berfokus pada sahabat putera di madrasah iaitu Pelatih 6480. 

Susunan cerita yang teratur memudahkan aku untuk menghayati setiap babak. Saat munculnya puak penunggang agama merupakan saat yang sangat mendebarkan bagi aku. Kegilaan ketuanya, Imam Abu Aswad sangat tak terjangka (setiap kali dia ni muncul, aku rasa nak campak je buku hehe) dan dengan kehadiran Pahlawan 1636 yang masih lagi licik mencari peluang untuk mendapatkan kuasa, aku tak dapat jangkakan apa yang akan terjadi seterusnya. 


Empayar 2 juga memperkenalkan satu watak baru iaitu A-kaf 3808 yang menjadi teman baru Pelatih 6480. Bermula dari dua pihak berbeza kini mereka dalam pihak yang sama. Untuk menegakkan agama, menyelamatkan Madrasah Taming Sari dan melawan fitnah ke atas Kesultanan Aradhanapura dan Jurai Aradhana. Juga pengenalan kepada puak orang laut yang berketurunan Bugis yang mana menjadi susuk penting dalam dunia empayar. 

Empayar 2 ini merupakan satu peralihan latar tempat. Dari berfokus hanya dalam kawasan madrasah (dalam Empayar 1) perlahan-lahan kita 'dibawa' keluar daripada madrasah. Dan sedikit demi sedikit juga identiti sebenar di sebalik nombor pelatih disingkap. Memudahkan pembacaan aku. 

Isu-isu berbangkit aku rasakan sangat dekat dengan dunia kita sekarang ni. Si dia yang menggunakan agama untuk kepentingan diri, si penyebar berita yang tak tahu akan kesahihannya, mereka yang mudah menerima  dan mempercayai tanpa usul periksa, ah semuanya sangat dekat dengan kita.

Aku sangat sukakan watak Pelatih 6480 yang menjadi tunjang utama Empayar 2 ni. Ah, siapa aje yang tak sukakan watak utama? Aku suka kerana perkembangan watak dia, bermula dengan seorang yang lebih senang memendam kepada seorang yang lantang bersuara, kemudian seorang yang sempit pemikiran kepada seorang yang lebih terbuka dan menerima nasihat. 

Dan, pengakhiran buku kedua Siri Empayar ni, haih. Sungguh la tak bagi can langsung untuk aku rasa gembira sekejap. What? Why? Ha macam tu la. Terkaku jugakla sekejap lepas habis baca. Tak percaya dengan apa yang aku baca tapi itulah yang berlaku. Mengejutkan sungguh dan semestinya aku tak expect langsung! Secepat tu jugak la aku buka Empayar 3.

-thes

Post a Comment

1 Comments