Garis Masa by Nur Izzah Hani

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Garis Masa

Penulis: Nur Izzah Hani

Mukasurat: 408 / 500

Genre: Romantik, Keluarga, Aksi

Penerbit: BesQ / AHA Publication 

Terbitan: 2019 / 2023

ISBN: 9789672052371 / 9786299793243

Blurb:

Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah-tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan.


Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja umi dan abah. Memilih untuk menjadi anggota pasukan khas Armada Laut DiRaja; Trodaire dan doktor neurologi paediatrik dalam masa yang sama. Keputusan paling gila yang pernah dibuat dalam hidupnya.


Bercinta? Langsung tidak pernah terlintas di minda. Hanya umi sahaja perempuan dalam hidupnya. Sehingga si rambut ungu; Dr. Violet Lim hadir bersama 1001 persoalan tentang kehidupan.


"Don't judge a book by its cover? Tolonglah, kita ni manusia memang jenis tertarik ada benda cantik sebab tu first impression tu penting. Jadi, kalau betul Islam tu indah, bukan ke tanggungjawab kau sebagai Muslim untuk jalankan perintah agama dan jadi duta kecil kepada agama kau?" - VIOLET


Kehidupan peribadi, nyawa pesakit dan mempertahankan negara... segalanya terlalu berat untuk digalas sekali. Pasti akan ada yang dikorbankan. Ah! Sekali lagi, bukankah kehidupan itu tentang pilihan?


"Keajaiban itu wujud andai Tuhan dijadikan sandaran." - AZRIL


          Lepas jatuh hati dengan karya The Silent Killer, aku memang usya habis semua karya-karya NIH. Buku ni, aku beli sekali dengan TSK & Permata, dah alang-alang owner asal nak jual, aku kaut ajelah. Sedang elok aku habis baca GM versi BesQ ni, dan dan lah penulis announce ada terbitan baru cerita ni bawah penerbitan AHA Publication dan ada penambahan cerita. Apa lagi, aku pun jelah dulu nak buat review. Dan hasilnya, sekaranglah baru nampak hehe.


Permulaan cerita sangat mendebarkan dengan hero yang bersendirian dikelilingi musuh, tak dan nak serang hendap, dia dulu yang dihendap. Teeeettttt. Game je, jangan serius sangat. Haha, tertipu aku.  Apalah hero yang sorang ni, boleh pulak dia mulakan sesi perkenalan dengan game. Adehh, terima jelah. Pertemuan tanpa sengaja di atas pesawat menuju ke UK menemukan kembali dua sahabat pena yang sekian lama terputus hubungan.


Azril Aqil. Pemilik nama yang gah ni merupakan seorang yang sangat gah. Sangat hebat. Tak cukup satu, dua kerja terus dia sapu. Setengah tahun, orang gelar dia Big Bro, yang selebihnya sebagai Dr. Bunny. Dua personaliti yang berbeza tetapi orang yang sama. Sifatnya, cukup santun, cukup lembut, cukup matang, cukup tenang. Persahabatan dia dengan anggota Trodaire yang lagi lima, sangat akrab dan ampuh. Kuat menyakat betul semua. Babak paling ingat haruslah masa Trodaire mengejar Azril yang mengejar surat dekat pusat mel pengkalan. Comel betul babak ni. 


Violet Lim. Gadis berjiwa besar yang sentiasa menawarkan diri untuk yang memerlukan. Sentiasa menawarkan diri menjadi sukarelawan. Dengan kepakarannya sebagai seorang doktor neurologi paediatrik, dia amat dialu-alukan. Dan, siapa sangka, gadis yang Azril sangka seorang gadis gothic, rupanya banyak mulut mengalahkan si murai tercabut ekor. Yang bertanya tiga patah, yang dijawab tiga puluh patah, siap dengan pakej explanation terus! Violet ni, seorang yang tak reti duduk diam dan tak kekal di satu tempat. Dia sentiasa bergerak, mencari sesuatu. Pertemuan semula dengan Azril, mengembalikan dia ke tempat asalnya.


Terbitan BesQ aku rasa banyak dah misi tapi dengan terbitan AHA, penulis tambah lagi 2 misi; bantuan untuk mangsa taufan dekat Filipina dan juga misi menghadap pandemik disebabkan virus NekoV-6 dan lockdown. Tapi dalam banyak-banyak misi, yang paling aku ingat haruslah misi ke Syria yang menemukan Azril dengan Qawiy El-Furqan. Ahh, daripada TSK lagi aku ada weird attachment dengan Qawiy ni. Dan bila jumpa dia dalam Permata, lagilah aku tertanya-tanya perjalanan dia macam mana dan kini terjawab sudah. Dan setiap misi yang mereka jalankan, semuanya ada suasana yang berbeza-beza.


It was a ride reading this book. Cakap je nak emosi yang mana, maka dapatlah. Babak sedih memang tersedu-sedu dibuatnya. Babak sweet, eh aku pun cair. Babak kelakar, memang tak kering gusi. Macam biasa, karya NIH tak pernah kosong, sentiasa terisi. Banyak doa-doa yang NIH kongsikan menerusi watak Azril juga nasihat teladan daripada mereka semua. Habis baca, memang terasa susah untuk aku let go watak-watak ni. Terasa rindu je haha.




-thes

Post a Comment

0 Comments