Sayap Satria by Nur Izzah Hani

Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Sayap Satria

Penulis: Nur Izzah Hani

Mukasurat: 296

Genre: Romantik, Keluarga

Penerbit: AHA Publication

Terbitan: 2022

ISBN: 9786299679035

Related title(s): Garis Masa

Blurb:

Demi cinta yang sesungguhnya. Demi rindu yang tak pernah padam. Demi kasih yang tak pernah hilang. Kerana cinta, rindu dan kasih itu aku terbang bersama sang pelindung langit. Darah pahlawan milik ayah yang gugur di medan tempur mengalir laju di setiap pembuluh darah aku, Mejar Zahra Kamelia. Walaupun ayah menjaga laut manakala aku menjaga langit, tujuannya tetap sama; untuk memastikan tidak terganggu lena anak bangsa dek ancaman anasir yang cuba menggugat keamanan negara.

Mendirikan rumah tangga tak pernah ada dalam senarai prioriti hisup aku walaupun dia, Mejar Atif Aizuddin tak pernah berhenti cuba menjadikan aku suri hidupnya. Bukan aku tak sudi, cuma entahlah, mungkin aku takut. Aku takut untuk belajar menyayangi seseorang hanya untuk kehilangan. Melihat ibu menanggung rindu yang hanya diluah melalui pandangan sayu ke pantai, menanti ayah yang tak akan pulang menakutkan aku. Rasa itu terlalu menyakitkan. Biarlah aku abdikan jiwa raga ini untuk tanah air yang menyambut kelahiranku. Namun ibu yang memaksa aku meruntuhkan kubu yang utuh kubina selama ini. Sama seperti aku, Atif juga cintakan langit. Mungkinkah akan lapang hati ini selapang langit untuk menerima cintanya?


"Mejar Zahra, I got your six always and forever, over and out." - MEJAR ATIF AIZUDDING

"Hakikatnya, dunia ni memang tempat berpenat." - MEJAR ZAHRA KAMELIA

Novel ni merupakan spin-off novel Garis Masa yang menceritakan tentang kisah salah seorang anak  kembar Ace, Mejar Zahra Kamelia. Aku mulakan review kalini dengan aku terasa janggal dengan penulisan NIH kalini sebab novel sebelum-sebelum ni yang aku baca semuanya POV ketiga, kalini POV pertama, so dia macam eh eh sikit. Tapi okay je.


Mejar Zahra Kamelia, untuk dia menjadi salah seorang juruterbang helikopter rotari, bukannya mudah. Hati kena kental. Dan kerana dia mengentalkan hati dan fokusnya untuk terus mengembangkan sayap di langit biru, lapan tahun huluran kasih yang diberi Mejar Atif Aizuddin dipandang sepi. Pada Zahra, Atif ni hanyalah seorang teman dari akademi. Kerana keperibadiaan Atif yang sangat santun setiap kali menginap di Chalet Bayu, ibu serta adik beradik Zahra yang lain senang dengan kehadirannya. Setiap kali hal kahwin dibangkitkan oleh ibu, bermacam cara dan alasan yang Zahra bagi. Sehinggalah, dia tak mampu lagi untuk menolak. Tatkala ibunya mula mencucuk punca sebenar dia menolak rasa hati sendiri.


Mejar Atif Aizuddin. Boleh tak jangan gentleman sangat?! Ni bukan setakat nak pikat Zahra dan keluarga dia, dengan aku pun terpikat apa cerita? Lapan tahun tu bukan masa yang singkat ya. Setianya Atif menunggu Zahra sambut huluran cinta dia. Weh sungguhlah mamat PASKAU nan satu ni limited edition tahu. Dalam masa lapan tahun tu, sikit pun dia tak pernah paksa Zahra terima dia. Setiap kali bertemu, dia pandai mengasingkan hal peribadi (curi-curi pandang tu adalah jugak hehe). Lepas dapat kahwin, masyaAllah, manis terlebih youuuuu. Aku yang dah jatuh, tergolek-golek lagi tau! Dan Zahra, hah kan dah menyesal bazirkan lapan tahun tak terima Atif. Hahaha.


Sepertimana Azril dan Hana yang terikat dengan panggilan tugas, Atif dan Zahra juga tak terlepas. Setiap kali misi, aku sangat in awe dengan Mejar Zahra, lagi-lagi babak dia mengawal helikopter masa berlaku masalah. Dan sekali lagi aku kagum dengan watak dia semasa di Pulau Andaman. Untuk menghantar suami sendiri ke medan perang bukan mudah. Mendebarkan betul.


Nak dibandingkan dengan novel NIH yang sebelum-sebelum ni semuanya bobot comel belaka, Sayap Satria ni je yang alahai molek kecil tapi isinya tetap penuh dengan perasaan. Babak yang sebut nama sebenar Ace tu, entah kenapa aku boleh pergi menangis haha. Tak cukup agaknya sedih masa baca Garis Masa haritu. Aku agak terkilan jugalah sebab tak dapat jumpa geng Trodaire yang lain dalam cerita ni. Mungkin semuanya ada misi, tak mengapalah. Overall, cerita SS sangat best, bukan setakat Atif, dengan Zahra pun aku in love teruk! So, kena baca ya semua orang!


-thes

Post a Comment

2 Comments

  1. itulah bukan kemain jual mahal lepas kahwin baru menyesal tak terima lamaran Atif awal2..suka giler hero dia..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kannnn, jual mahal smpai 8 tahun lamanya, dah kahwin terus la menyesal sidai member tu sampai 8 tahun! Atif sangat-sangat-sangaaaatlah sweet. goshhhh, lelaki idaman betholl

      Delete