Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Alpha 122
Penulis: Nur Izzah Hani
Mukasurat: 606
Genre: Romantik
Penerbit: AHA Publication
Terbitan: 2023
ISBN: 9786299793236
Blurb:
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkuni, terjun dalam api, meredah banjir, tumpahan minyak dan banyak lagi. Cuba cerita sikit kerja apa yang bomba tak buat? Di mana ada panggilan, di situ bomba berkhidmat. Macam superhero datang menyelamat.
Nama aku, Akmal Harith. Anggota STORM yang ditempatkan dalam pasukan Alpha 122 di Balai Bomba Siber Raya. Hidup aku aman sehinggalah muncul seorang manusia yang cuba mencuri nama aku; Akmal Aira namanya. Dia seorang anggora EMRS yang baru bertukar balai.
Ini kisah kami di Balai Bomba Siber Raya. Kisah superhero yang tidak didendang dunia Anggota bomba kejiranan anda.
Demi nusa bangsa, rela berkorban nyawa.
Kalau Sayap Satria macam terkejut sebab penulisan dari pandangan satu, ni makin terkejut kot sebab cerita pandangan satu dari perspektif hero. Hah kau, selalu dapat perspektif heroin ni, ni hero pulak. Rasanya ni pertama kali kot baca novel dari perspektif hero, selalunya perspektif heroin je. Mulanya agak janggal untuk aku then makin lama makin terhibur sebab perangai seorang Akmal Harith ni, memang masuk air! Dah namanya ahli bomba siap lepas masuk STORM, konfemlah Akmal yang satu ni gagah perkasa, kacak bergaya! Dan, sejenis yang perasan, masuk bakul angkat sendiri jugak. Disebabkan cerita daripada perspektif Akmal Harith, memang tahu habislah dia punya monolog tu, semuanya memuji keindahan diri sendiri.
Kalau Akmal Harith, Akmal pertama dalam kumpulan Alpha 122 di Balai Bomba Siber Raya. Cue masuk another Akmal dalam Alpha 122. Ingatkan hero juga, rupanya heroin! Akmal Aira, setakat nak suruh panjat turun tangga tu celah gigi dia je! Akmal Aira ni pun gagah perkasa juga! Bab pujuk memujuk ni, bagi je dekat dia, semua jalan! Kalau tak jalan, ada je cara lain yang dia guna hehe. Bak kata Akmal Harith, Akmal Aira ni, perempuan besi. Takut itu seolah-olah tak ada dalam diri dia.
Gandingan The Akmals ni, sangat meletops ya rakan-rakan. Dan semestinya, he fell first, and harder. Ya Allah, comel betul wehhhh dua ketul ni! Tak tahu nak describe macam mana tapi aku sangatlah suka dengan dorang punya chemistry, interaction, supports for each other sangatlah *chef kisses! Ngamlah dua-dua pun sejenis kuat makan.
Melalui novel ni, banyak yang aku belajar mengenai pekerjaan seorang anggota bomba. Siapa kata bomba padam kebakaran dengan tangkap ular je? Sangat banyak ya yang bomba kena buat. Aku duk fikir latihan yang anggota Alpha 122 buat tiap-tiap hari pun aku rasa letih (walaupun tengah baring sambil membaca masa tu). Kalau nak compare dengan novel NIH yang melibatkan pasukan keselamatan yang lain, rasanya novel ni paling banyak kes. Logik jugalah sebab novel ni pasukan keselamatannya paling dekat dengan masyarakat yang banyak songeh, kan? Lagipun, novel ni boleh tahan tebal, kalau pegang satu tangan, lenguh jugalah.
Kes yang paling aku ingat semestinya kes banjir besar di Buana yang mendekatkan hubungan Akmal Harith dengan Akmal Aira. Juga mempertemukan Akmal Harith dengan bakal adik ipar, Adam. Haha comel je si Adam ni dok mengugut Akmal Harith supaya tak sakitkan kakak dia. Kes kedua, kes bi awak. Wei aku taktahulah aku ni memang sejenis mudah terhibur agaknya. Aku serious terhibur sangat-sangat dengan lawak biawak si Lew ni. Berdekah wei. Tak tahulah kenapa aku rasa kelakar gila. Agaknya, telur masin lauk favorite si Lew ni masa makan nasi kerabu Pak Yeh kot. Sebut sikiiiit je, terus jadi. Takde delay-delay dah. Jadi terus. Dan kes terakhir yang aku ingat mestilah kes bangunan perumahan runtuh. Wahhh, sini memang main emosi habis. Lepas satu, satu ya. Debaran tu memang tak habis, pakej dengan air mata lagi aduhai.
Benda yang aku paling suka is that cerita The Akmals ni tak terhenti lepas kahwin tapi bersambung sampailah ada si kecil Maryam. Alahaiiii, dah la mak bapak cute, campur dia makin cute keluarga Akmal ni! Semua yang belum baca, meh la beli, serious tak rugi sebab jalan cerita sangat best, dengan watak-watak abang bomba dan akak bomba yang sangat hilarious lagi-lagi si Lew tu.
p/s: malam ni, megi.
-thes
2 Comments
i pun mula2 rasa awkward bila baca novel ni dari pov hero tapi sebab akmal ni jenis sempoi, terhibur juga dengan jalan cerita dia..
ReplyDeletekan! susah jumpa pov hero...
Delete