Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Sehingga Yang Patah Tumbuh
Penulis: Aishah Madadiy
Mukasurat: 389
Genre: Drama, Slice of Life, Keluarga, Romantik
Penerbit: Iman Publication
Terbitan: 2022
ISBN: 9789672459354
Blurb:
"Kamu kata, kamu tak hidup dengan kenangan. Jadi, kenapa masih terkesan dengan hal lalu?"
Nawal Hamdi tekad. Kali ini dia memilih bersendirian. Dia tidak lagi berharap pada ayahnya. Dia tidak lagi peduli pada Wadi, lelaki yang telah menghancurkan harapannya. Mana mungkin perempuan yang kuat sepertinya kalah dengan emosi sendiri.
Nawal membawa diri jauh ke London demi menjejaki kakaknya. Sudah lima tahun kakaknya menghilang tanpa khabar setelah berkahwin dengan lelaki pilihan. Tanpa diduga, keberadaannya di sana mencetuskan perbalahan lain pula apabila Nawal tersepit dalam konflik rumah tangga sahabat baiknya.
Pencarian Nawal tiba-tiba dikejutkan dengan khabar ngeri bahawa kakaknya disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas. Ketika ini, kehadiran Ali seolah menawarkan harapan, sedang hatinya tidak sedia dilukai lagi.
Kemelut yang tidak berkesudahan membuatkan Nawal semakin terbelenggu. Nawal mulai sedar, demi menemukan semula kebebasan jiwanya, ada sesuatu yang dia perlu tawan - egonya.
Pertama kali membaca karya daripada penulis ni. Aku ambil masa sikit untuk menyelesakan diri membaca kisah Nawal ni sebab penulisannya agak baku, terutama bila baca dialog antara watak. Tambah pulak dengan font yang kecil, buat aku rasa macam lama sangat lagi kisah dia nak habis. Plot pada permulaan cerita pun agak slow dan mendatar.
Tak dapat nak nafikan, ceritanya, walaupun agak slow tapi sangat menarik minat aku. Apatah lagi aku nak sangat tahu apa yang sebenarnya jadi pada Nadya lepas dikatakan terlibat dengan kumpulan pengganas. Perjalanan Nawal ke negara asing hanyalah satu, untuk memenuhi permintaan akhir ayahnya di samping mengubat hati. Macam-macam yang dia lalui, dari berdepan dengan masalah rumah tangga teman baik, barangnya dicuri, takde kerjasama dari pihak yang dicari sampailah masuk ke bumi yang bergolak.
Aku suka dengan karakter Nawal yang sentiasa positif, kuat semangat dan tak mudah mengalah. Dalam dia sibuk dengan misi mencari kakak dia, Wadi pulak sibuk nak tegakkan benang yang basah. Eeee, menyampah betul dengan mamat yang satu ni. Kehadiran Ali yang sentiasa appear tenang dan ramah sangatlah membantu Nawal. This man is so gentleman. Kehadiran dia taklah overshadow dan sepenuhnya mengubah arah cerita Nawal tapi cukup menambah rencah dalam cerita.
Buku ni memberikan aku pelbagai rasa. Debaran semasa Nawal berada di Syria, 'mendengar' cerita Ali semasa jadi tahanan Israel, kegembiraan, geram kerana Wadi (terutamanya) dan Shazlin (sekejap), syukur kerana dia, tersenyum sebab Ali yang direct, syukur saat mereka terselamat dan tangisan kerana Samah (anak Nadya). Buku ni best sangat untuk dibaca. Slice of life yang tak berapa nak ringan sebab bahagian penghujung tu agak berat. In fact, aku terpaksa letak sekejap lepas baca fakta tentang Samah. Tak sanggup rasanya nak teruskan. Walaupun mentioned briefly je.
Kudos to the author for this masterpiece.
-thes
1 Comments
adeh..lama tak membaca buku cerita dan novel novel. ada beberapa buku lagi yang belum keluar plastik
ReplyDelete