Komik Karier: Veterinar Delia by Nuaibira, Nafisah Hisam

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Komik Karier: Veterinar Delia

Penulis: Nuaibira

Pelukis: Nafisah Hisam

Mukasurat: 114

Genre: Komik, Karier, Vet

Penerbit: Iman Publication

Terbitan: 2023

ISBN: 9789672459927

Related title(s): Psikologis Imran, Doktor Johari, Cikgu Akbar, Gamer Aimer, Chef Sufi

Blurb:

Delia - seorang veterinar yang sangat profesional dan penyayang ketika memberikan rawatan kepada haiwan-haiwan memerlukan. Dia bekerja di Klinik Adelia, yang dimiliki Delia bersama kembar lelakinya, Addy.


Namun, semakin hari Delia berasa semakin tertekan apabila terpaksa berhadapan pelbagai kerenah pemilik-pemilik haiwan itu.


"Kenapa arnab saya tiba-tiba mati? Doktor tolonglah selamatkan arnab kesayangan saya tu!"

"Saya sebenarnya tak mahu dah bela hamster tu. Doktor jagalah atau jual saja!"


Situasi yang menekan itu membuatkan Delia rasa keseorangan. Usahanya seakan tidak dihargai, seolah-olah dia seorang saja mahukan yang terbaik untuk haiwan-haiwan yang dirawat.


Adakah Delia mampu terus bersabar dan mencari semula kegembiraan dalam bekerja sebagai veterinar?


Komik ni menceritakan tentang kerjaya seorang veterinar. Dengan kembarnya Addy, Delia berjaya membuka sebuah klinik haiwan. Macam-macam kerenah pemilik haiwan yang dia jumpa, yang menyakitkan hati, yang suka mengambil kesempatan, yang betul-betul sayangkan haiwan peliharaan, macam-macamlah.


Salah satu sebab kenapa aku suka baca komik terbitan Iman Pub is sebab akan ada selingan ilmu. Komik karier pun tak terkecuali. Banyak tips berkenaan haiwan peliharaan yang dikongsi dalam ni. Tak applicable dekat aku pun sebab aku tak ada pets but it was great to know. Dan ada satu fakta yang aku rasa interesting gila which, Akta 722, Akta Kebajikan Haiwan yang melindungi kebajikan haiwan daripada dihancurkan oleh manusia bodoh. Interesting sebab aku tak pernah tahu.


Pertama kali aku baca tulis Nuaibira dan wow, dengan komik sependek ni macam-macam emosi dia berjaya sampaikan. Dan semestinya takkan berjaya tanpa lukisan sis Nafisah yang sangatlah cantik.Sampai part Suria tu aduhai, menitik air mata gue. I is kenot la.


All and all, cerita ni best and mudah nak habiskan haha.


-thes

Post a Comment

0 Comments