Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Chef Sufi
Penulis: Anas Miras
Pelukis: Ayman Adny, Zyll Fathe
Mukasurat: 121
Genre: Komik, Makanan, Karier
Penerbit: Iman Publication
Terbitan: 2023
ISBN: 9789672459941
Related title(s): Psikologi Imran, Doktor Johari, Cikgu Akbar, Gamer Aimer, Veterinar Delia
Blurb:
Sufi - seorang sous chef di sebuah restoran 5 bintang bercita-cita membuka restorannya sendiri. Demi mencapai impiannya menjadi seorang chef yang pantas dan mahir, Sufi terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga.
Tanpa diduga, ibu bapanya terlibat dalam sebuah nahas kemalangan jalan raya lalu meninggalkan Sufi sendirian untuk membesarkan adik perempuannya.
Sufi akhirnya bertekad membuka perniagaan trak makanan untuk menyara keluarga.
Namun, segalanya mula terlerai. Rupa-rupanya, memulakan perniagaan tidaklah semudah yang Sufi sangka, ditambah pula masalah hubungan dengan adik yang masih dingin.
"Kalau abang tak sibuk sangat kerja pada hari tu, mesti papa dan mama..."
Mampukah Sufi dan adiknya berdamai? Bagaiman pula dengan cita-cita Sufi untuk membuka restorannya sendiri - adakah akan tercapai?
Mengisahkan Sufi yang mengubah haluan hidup daripada menjadi seorang sous chef di sebuah restoran terkenal kepada chef dan businessman food truck selepas kematian ibu bapanya untuk menjaga adiknya, Farha. Aku suka dengan watak Sufi ni. Walaupun dia tahu dia banyak habiskan masa dengan bekerja, dia tetap cuba untuk luangkan masa dengan keluarga. Dan keputusan untuk buka food truck tu pun untuk lebihkan masa dia dengan Farha. A responsible man.
Jalan cerita komik ni pun ringkas tanpa banyak konflik. Aku suka sikap Sufi yang up to the challenge dari tukar persekitaran kerjaya yang dah tetap ke sesuatu yang belum pasti. Perjalanan dia menjadi seorang chef di food truck pun seronok. Dari perangai customer yang harey, ke cuaca yang tak mengizinkan semuanya entertaining. Lagi-lagi bila perangai dua beradik ni sangatlah contrast. Sufi sentiasa cari jalan damai tapi Farha, dia fuel up and face the problem heads on.
Fav part aku masa baca novel of courselah bila tengok Sufi tengah bekerja keras memasak untuk pelanggan. Weh walaupun lukisan je, tetap nampak menyelerakan. Part knowledge pulak ada share pasal kerjaya seorang chef, tips memasak untuk beginner dan juga info makanan. Komik ni memang sesuai untuk bacaan santai (dan untuk habiskan reading goals, eh). Banyak juga part-part yang menghiburkan. Dan jangan ingat saya tak nampak ya cameo editor komik karier dalam komik ni👀👀.
-thes
0 Comments