Saturday 17 August 2024

Nama Aku Syaiful Rizal by Rina Khan

17 August 1 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Nama Aku Syaiful Rizal 

Penulis: Rina Khan

Mukasurat: 346

Genre: Jenayah, Keluarga

Penerbit: Anaasa Publication

Terbitan: 2018

ISBN: 978-967-0870-64-9

Blurb:

Kehidupan Syaiful Rizal berada di titik sempurna. Di usia belum mencecah 30, Syaiful memiliki segalanya. Malah ura-ura untuk melangkah ke alam perkahwinan juga telah bermula. Namun di sebalik semua ini, Syaiful mempunyai satu rahsia hitam yang tak pernah diketahui sesiapa.


Syaiful bukan lelaki biasa. Dia adalah anggota kumpulan perompak yang mengganas di sekitar ibu kota Kuala Lumpur sekian lama. Namun demi masa depan yang cemerlang, Syaiful mahu mengubah hala. Dia beriltizam untuk cuci tangan dan kambus terus rahsia hitamnya dari mata dunia.


Takdir hidup tidak seperti yang dirancang. Nyawa anak saudaranya menjadi taruhan. Musibah yang menimpa Amira secara tiba-tiba memaksa Syaiful sekeluarga mencari dana sebanyak RM200,000 dalam sekelip mata. Suatu jumlah yang Syaiful tak punya.


Eddy, ketua kumpulan rompakannya telah sedia dengan satu 'projek besar'. Sasaran mereka Dino, pengedar dadah terbesar Kuala Lumpur. Bagi Eddy, tiada salahnya mereka 'mengorbankan' pengedar dadah yang telah lama 'membunuh' bangsa Malaysia.


Haruskah Syaiful meneroka semula jalan hitam yang hendak ditinggakan itu? Wajarkah dia mengorbankan masa depannya yang telah tersusun cantik demi menyelamatkan anak abangnya yang mungkin telah tercatat ajal? Bagaimana pula kalau dia kantoi kali ini?


'Nama Aku Syaiful Rizal' adalah kisah marhaen yang tak didendang. Kisah kasih sayang dan pengorbanan. Kisah kesetiaan dan keikhlasan di dalam kehidupan yang bersalut noda dan dosa. Kisah kau dan aku yang boleh terjadi pada bila-biila masa.


Syaiful Rizal, di Kedah dia hanyalah seorang pemilik gim biasa yang mempunyai seorang kekasih, Dahlia. Tapi, apabila dia turun Kuala Lumpur, dia seorang ahli kumpulan rompakan. Kerana niatnya untuk berkahwin dengan Dahlia, Syaiful nekad mencuci tangan walaupun Eddy, ketua kumpulan mereka khabarkan operasi baru yang mungkin menguntungkan mereka berjuta. Berita pembedahan untuk membuang ketumbuhan di kepala anak buahnya, Amira memakan kos sebanyak RM200,000 memaksa Syaiful setuju dengan rancangan Eddy. Rahsia yang selama ini disimpan ketat, terungkai kerana desakan Syaiful Azam, si abang yang sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan anaknya.


One misstep, the whole plan crumbles. Di mana salahnya? Aku dah lama tak baca naskhah yang berfokuskan jenayah dan keluarga. Rancangan Eddy untuk merompak Dino, si tokan dadah yang mempunyai ramai konco jadi mereka sepasukan, Eddy, Syaiful, Azam, Jed dan Pya menyusun strategi sebaik mungkin.


Buku ni penuh dengan debaran dan setiap babak diatur rapi tanpa cela. Semasa mereka pecah masuk banglo Dino untuk mendapatkan peti besi, tangan aku sejuk! Seram jika mereka tersalah langkah. Dan tersalah langkah tu tetap berlaku. Dan kerana itu, geng Dino retaliate! Lagilah mendebarkan. Dan yang jadi selepas itu, aku speechless, tak expect pun berlaku.


Novel ni banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Pertama, the end does not justify the mean. Sebagai muslim, semua yang dalam kumpulan rompakan Eddy tu tak sepatutnya pun setuju dengan rancangan gila Eddy. Tak kantoi tapi masih salah di sisi undang-undang dan agama. Walaupun hasil rompakan tu ada yang diagihkan kepada asnaf.  Kedua, terdesak macam mana sekalipun, jangan sesekali mencari sumber haram. Azam yang perlukan duit untuk surgery anaknya terpaksa membayar harga yang tinggi. And last but not least, rendahkan ego. Untuk semua yang terjadi selepas Dino, Syaiful masih tak mahu mengaku salahnya. Hukuman dunia dia mungkin terlepas tapi di sana, tiada sapa yang tahu. Geram jugalah aku sebab dia hilang kawan-kawan dan abang tapi masih tak mengaku penglibatan dia yang sebenar. Fuhhh. Dan agak tak logik jugalah kenyataan saksi yang mestilah taktahu apa yang Syaiful cakap pada pihak polis tapi boleh selari. Entahlah.


 Overall, puas hati dengan novel ni walaupun saya tak setuju dengan ending. Nakkan cerita jenayah yang full of suspense but also filled with humor? Bolehlah pick up novel ni. Gerenti tak menyesal😏😏

-thes

Thursday 15 August 2024

Silat Warrior by Sharina Elisa

15 August 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Silat Warrior 

Penulis: Sharina Elisa

Mukasurat: 136

Genre: Slice of life, Sukan, Novela

Penerbit: Bookiut

Terbitan: 2022

ISBN: 9789563696253

Related title(s): Silat Warrior: Government Special Agency

Blurb:

Meen tidak memilih untuk menjadi pendiam tetapi terpaksa diam kerana apa yang terlintas dalam fikirannya tidak pernah sama dengan apa yang bibirnya lontarkan. Pada ketika mereka di sekeliling menuduhnya biadap, Kamarul bertindak memahami meski mereka tidak pernah sebulu.


Meen pernah memenangi pingat emas pada Kejohanan Silat Peringkat Negeri ketika usianya 12 tahun. Disebabkan insiden kecelakaan, Meen dihurung trauma. Dia menjauhkan diri dan enggan bersilat lagi. Bahkan, tegar membiarkan sahaja dirinya dibuli biarpun, tubuhnya disakiti.


Kamarul tidak betah membiarkan Meen tersungkur jatuh. Dia tidak mampu berpejam mata membiarkan Meen semakin jauh. Dia perlu lakukan sesuatu agar semangat Meen untuk beraksi di gelanggang kembali riuh.


"Dia mungkin lebih hebat daripada abang. Maafkan saya sekali lagi. Saya tak cakap kosong. Kalau dulu, dia mungkin saingan saya tapi sekarang, serangannya seperti kilat. Sedar-sedar, lawan dah berada di tanah. Tersungkur tanpa orang tahu apa yang berlaku." - KAMARUL


Kerana trauma, Meen meninggalkan silat walaupun datuknya merupakan guru silat di kampung. Kamarul, jiran merangkap pembuli kelasnya yang juga anak murid datuknya suka mengganggunya walaupun dia buat tak layan.


Masa mula-mula baca, aku keliru betul dengan gender si Meen ni hahaha. Gambar dekat cover lelaki, namanya macam perempuan, cerita awal-awal takde pulak meng-gender-kan dia sampailah adik Meen, Humaira panggil dia abang hahah. Barulah tahu Meen ni lelaki. Untuk sebuah novela, banyak tema yang penulis bawakan dan memadatkan cerita. Paling aku suka adalah persahabatan antara Meen dengan Kamarul.


Kamarul dan Meen sangat matang untuk budak sekolah menengah. Kamarul terutamanya. Dia tak pentingkan diri sendiri dan sanggup tolong Meen untuk keluar daripada traumanya. Well, approach dia tu ajelah yang tak matang. Aku suka cara penulis gembarkan setiap gerakan silat, membuatkan aku terbayang-bayang macam mana gayanya.


Disebabkan tema kesihatan mental dan buli, aku tak rasa aku boleh letakkan buku ni dalam kategori bacaan santai sebab memang tak santai haha. Agak berat juga temanya tapi diseimbangkan juga dengan kisah persahabatan Kamarul dan Meen. Ditambah juga dengan dua orang kawan baik Kamarul, Ijat dan Mut yang kadang-kadang masuk air. Memang terhiburlah dengan mereka.


Apapun, tahniah penulis untuk novela ni. InsyaAllah nanti saya baca SW:GSA pula. PBAKL haritu terlupa nak beli hahaha.

-thes

Tuesday 13 August 2024

Bayang by Siti Khadijah

13 August 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Bayang

Penulis: Siti Khadijah

Mukasurat: 609

Genre: Romantik, Aksi, Thriller 

Penerbit: Penulisan2u

Terbitan: 2019

ISBN: 9789672102922

Blurb:

Ungkapan itu tidak akan dilupakan oleh SYADI ARSYAD buat seumur hidupnya. Diserang, diugut dan dipukul oleh lelaki misteri membuatkan ketenangan hidup Syadi sebagai insan seni, terganggu. Tanpa alasan yang pasti, nyawanya diancam bahaya. Syadi ketakutan. Lantas, keputusan dibuat. Syadi harus  diawasi setiap saat dan setipa waktu. Cadangan untuk mengupah sorang pengawal peribadi diterima oleh Syadi tetapi bersyarat.


"Aku cuma nak perempuan ni jadi bodyguard aku. Dia atau bukan orang lain! Itu keputusan aku. Titik!" - SYADI ARSYAD


Keputusan yang dibuat oleh Syadi menimbulkan tanda tanya kepada semua pihak. Namun, keputusan itu merupakan satu peluang yang terbaik bagi AINAN YUSRA. Dibelenggu dengan hutang yang ditinggalkan oleh ayahnya, memaksa Yusra bekerja keras. Dia sanggup menjadi pengawal peribadi kepada Syadi tanpa memikirkan maksud di sebalik tawaran itu.


"Aku tahu, banyak salah aku kepada kau dulu. Tapi tu waktu kita tak matang. Kau tak boleh libatkan perkara lepas dengan perkara sekarang. Kalau kau yang dulu bukan kau yang sekarang, aku pun sama. Aku tahu aku salah, aku minta maaf! Tak cukup lagi ke?" - AINAN YUSRA


Namun, kata-kata maaf yang diucapkan oleh Yusra seakan-akan tidak berbekas dalam hati Syadi. Kesalahan dahulu terus diungkit. Walaupun kemaafannya tidak diterima tetapi Yusra tetap menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin sehingga Syadi mengakui kepentingan Yusra dalam hidupnya.


"Aku ambil kau jadi bodyguard untuk lindungi aku daripada segala bahaya, jadi mulai sekarang aku nak kau jadi bayang aku. Bayang yang takkan tinggalkan aku walaupun dalam gelap, faham?" - SYADI ARSYAD


Yusra akur. Walaupun pelbagai bahaya yang datang, dia siap untuk menghadapinya demi Syadi. Tanpa sedar, rasa aneh mula menjalar dalam hati mereka. Tetapi, belum sempat rasa itu mekar, hati Syadi hancur berantakan! Rasa yang ingin mekar, layu kembali.


Mampukah Yusra menjadi bayang untuk Syadi buat selama-lamanya? Hati kedua-duanya ancur. Apakah sebenarnya yang terjadi? Mungkinkah, bayang akan lebih bersinar daripada cahaya?


"Anggap saja kesakitan yang aku rasakan setiap kali melindungi kau sebagai balasan untuk sikap aku terhadap kau dulu." - AINAN YUSRA


Adi Arsyad atau nama sebenarnya Syadi Arsyad menerima ancaman bunuh apabila seseorang telah memecah masuk ke apartmennya dan cuba untuk membunuhnya! Tak henti setakat itu, dia menerima surat yang mengandungi ancaman. Tanpa sebab. Atas gesaan pengurus merangkap kawan baiknya, Rafi untuk mengambil pengawal peribadi membuatkan dia alah. Tetapi kad nama Ainan Yusra yang tertinggal di bilik peribadi hospital yang menempatkannya membuatkan Syadi berubah fikiran.


Ainan Yusra, menjadi pengawal peribadi bukanlah rancangannya tapi dia rasakan pekerjaan itulah yang paling sesuai dengannya. Demi melunaskan hutang ayahnya, dia menerima jawatan sebagai pengawal peribadi buat Syadi walauapun lelaki itu dingin dengannya. Tak dia sangka, si 'apek' sudah berubah 180 darjah menjadi penyanyi popular di Malaysia. Kerana kesilapan lalu, Yusra terpaksa menjadi bayang Syadi walau dalam kegelapan.


Kerana dendam lama, Syadi mengambil Yusra sebagai bodyguard. Aku agak pelik kenapa Syadi ni berdendam sangat sedangkan Yusra langsung tak mengecam Syadi. Macam-macam yang Syadi arahkan Yusra buat walhal bukan bidang tugasnya pun. Tapi, lepas balik ke kampung Syadi, barulah terbuka mata Yusra dan mula kenal siapa sebenarnya Syadi.


Bagi aku yang memang sukakan cerita bergenre aksi romantik, aku sangat enjoy membaca buku ni. Identiti yang mengugut Syadi sangat misteri dan memang aku tak boleh teka. Ceritanya juga bersangkut paut dengan kejadian yang berlaku berbelas tahun lalu yang melibatkan orang tua Syadi jadi agak susah nak teka.


Babak aksi memang tiptop. Aku suka gila dengan watak Yusra yang bukan perempuan tipikal. Iyalah, dia pun kerja as bodyguard, mana boleh jadi damsel in distress, ye dok? Syadi yang acah-acah tak kisah kalau Yusra cedera, dialah yang terpaling risau. Hahaha. Tulah mulut aje kata benci tapi hati sayang. Gitchewww. Tapi, dia ni ego eee geram jugaklah. Plot twist, aku macam expect tapi macam tak expect haha. Kira terkejut jugalah plot twist tu.


Overall, aku enjoy baca buku ni and first time baca buku SK yang genre ni. First buku yang aku baca buku Rindu Dalam Sepi. Comfort book juga yang tu. Apapun, tahniah cik penulis! InsyaAllah lepas ni kita check buku-buku lain pula.  

-thes