Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: The Arrival
Penulis: Naim Tamdjis
Mukasurat: 275
Genre: Thriller, Suspen, Jenayah
Penerbit: Mahakarya
Terbitan: 2020
ISBN: 9789672437079
Tajuk berkaitan: Kartel Narkotik
Blurb:
Dia muncul di saat dunia dalam keadaan kucar-kacir akibat wabak dan perang. Dia dianggap penyelamat kerana berjaya merawat berjuta-juta orang yang terkena jangkitan wabak.
Dia begitu berpengaruh dan berjaya mengumpukan berjuta pengikut, menggoncangkan politik negara. Ini menggusarkan Tan Sri Jamalee yang telah berkuasa selama 18 tahun.
Adakah kemunculannya satu rahmat atau malapetaka?
Adakah dia Imam Mahadi yang disebut-sebut muncul pada akhir zaman?
Saat dunia dilanda pelbagai penyakit yang tiada ubat, dia muncul sebagai penyelamat. Kebolehannya menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan koronavirus menyebabkan ramai rakyat Malaysia menjadi pengikutnya. Dan saat dia, Sheikh Mahadi mengaku sebagai Imam Mahadi yang muncul pada akhir zaman, ASP Rahem dipanggil untuk terlibat dalam operasi untuk menangkap dan menyoal siasat Sheikh Mahadi. Namun, setiap langkahnya terbejat kerana tiada bukti yang boleh mengaitkan Sheikh Mahadi membawa ajaran sesat. Tambahan pula dengan pengikutnya yang ramai, kekecohan bermula.
Naskhah ni sangat engaging dan penuh dengan babak-babak suspens. Tambah pula dengan pace cerita yang laju membuatkan aku susah untuk melepaskan buku ni. Pada awalnya, aku sangat tertanya-tanya dengan identiti sebenar Sheikh Mahadi ni. Iya ke tidak ni membawa pengaruh ajaran sesat seperti yang didakwa? Dengan segala kebolehan yang dia tunjukkan depan pengikutnya dan ASP Rahem, sangat mencurigakan tapi pihak JAKIM sendiri tak ada bukti yang boleh mengaitkan dia dengan ajaran sesat. Nak pula, setiap langkah yang pihak polis ambil untuk menangkap Sheikh Mahadi, semuanya dia dapat teka dengan tepat.
Dari mula lagi aku dah tertarik dengan cerita ni. Sangat sukar untuk aku letakkan buku ni dan berjaya aku habiskan dalam masa sehari. Ceritanya penuh dengan debaran, aksi dan babak-babak yang thrilling. Lagi-lagi bila pihak polis actively trying to catch Sheikh Mahadi. Dengan pengikutnya yang ramai yang sentiasa cuba untuk melindungi 'imam' mereka, menimbulkan kesukaran untuk pihak polis. Belum tambah dengan Sheikh Mahadi yang berkali-kali lolos selepas ditangkap ASP Rahem. Dan pengkhianatan dari orang dalam yang tak disangka-sangka. Ada juga dialog-dialog yang tiba-tiba membuatkan aku ketawa walaupun dalam situasi genting, menyeimbangkan tekanan dalam cerita. Jujurnya, aku seronok sangat dengan naskhah ni.
Pertama kali aku membaca tulisan penulis ni dan aku sangat suka! Plotnya tersusun kemas dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami dan cerita yang straightforward, tak meleret membuatkan pembacaan aku sangat enjoyable. Looking forward to read Kartel Narkotik!
-thes
0 Comments