Saturday 13 March 2021

# bookreview # fiction

Salju Kyoto by Sara Aisha

Assalamualaikum, good day dearest! Entry ni dah diperam agak lama (been in draft since December 2020),dan mujur, harini aku ingat (sebab aku baru je nak pre-order The Shadow series and also Salju Kyoto yang re-print under SA Publication). Hehe. 



Tajuk : Salju Kyoto
Penulis : Sara Aisha
Mukasurat : 746 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : 2016
ISBN : 9789670890968
Blurb : 

'When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.'

Musim dingin 2015. Kyoto.

Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingin mencari sahabat yang hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai dalam persalinan kimono hitam dan sebilah pedang.

A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran.

"Stay away from him."

Tetapi, bagaimana aku mungkin lari daripadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya? 

"She's my woman. You touch her... and you die." - A.K

Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yang tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini?

"If you feed an evil soul, he'll become a devil." - BADRI

Bila dua pilihan terhampar depan mata, aku akhirnya aku membuat keputusan muktamad. Tinggal di Kyoto dan berjuang... dengan status sebagai isteri kepada Arjuna Kaede.

Dari awal, aku sedar bahawa menjadi isteri kepada lelaki itu bukan mudah. Nyawa sentiasa di hujung tanduk. Namun, aku ialah Nailah Farafisha. Seperti agungnya cinta Nailah al-Farafishah, srikandi Islam buat suaminya, Khalifah Uthman Ibn Affan, seperti itu juga tingginya darjat Arjuna Kaede di mataku. Mereka boleh datang menyerang, tetapi bukan semudah itu untuk aku menyerah kalah. Pantang maut sebelum ajal!

"Masanya sudah tiba untuk aku jadi singa betina." - NAILAH

Tetapi mampukah aku terus bertahan dihimpit dunia gelap yakuza? Mampukah aku menjadi penyelamat tatkala Arjuna hampir tersungkur antara prinsip dan nyawa? Apa pula yang akan terjadi kepada Badri?

Ini bukan kisah cinta semata-mata. Ini tentang pilihan, pengorbanan dan akibat. Ini... kisah aku.
Finally, aku berpeluang jugak untuk baca Salju Kyoto. Well, aku rasa this novel kind of SA's fan favorite kot sebab aku nampak banyak kali novel ni dipuji and even berulang kali disebut-sebut (based on pemerhatian aku di cik penulis punya story IG, tapi mungkin juga time aku buka memang post pasal Salju Kyoto). And now aku dah baca and habiskan, aku boleh faham kenapa. Bagi aku, watak utama, Arjuna Kaede ni ada aura dia yang tersendiri. Bak kata Nailah, he's cold and beautiful, like the snow. Arjuna hampir-hampir nak dapat no.1 place in my heart but sorry Alexander Aryan still berjaya pertahankan (sorry, melalut kejap).

Dulu aku ingatkan Nailah ni Malaysian student yang further study dekat Japan rupanya tak. Dia ke Jepun atas sebab memenuhi kehendak ibu kepada kawan baik dia, Badri. Kenapa? Well, Badri yang sambung belajar tiba-tiba berhenti dan menghilangkan diri. Tak pernah pun contact mak dia dekat Malaysia walaupun tiap bulan dia masukkan duit dalam akaun mak dia. Dan disebabkan dia mencari Badri lah Nailah bertemu dengan Arjuna. 

Penglibatan Badri dalam yakuza taklah mengejutkan sebab dari blurb lagi memang dah diberitahu. Yang jadi persoalan sekarang, siapa Arjuna? Nama dia saja dah buatkan orang ramai gerun. Lagi-lagi bila dia muncul sebagai penyelamat masa Nailah kena culik dengan ahli yakuza yang berdendam dengan Badri. Peliknya, semua orang just biarkan Arjuna ambil Nailah, tanpa perlu Arjuna berlawan pun. With that, aku jadi semakin tertanya pasal Arjuna. Apatah lagi bila novel ni ditulis dalam Nailah's point of view. Memang misteri habis la Arjuna ni.

Novel ni is a story of love, friendship, sacrifice, familyhood. It is everything.  Aku suka cara penulis ceritakan persahabatan Nailah dengan Badri. How Nailah sanggup ke negara asing untuk cari kawan dia yang hilang entah kemana. How Badri buat keputusan yang mungkin membunuh nyawa dia untuk selamatkan nyawa Nailah. Friendship diorang, bagi aku jarang digambarkan dalam novel. Lagi-lagi bila sorang laki, sorang perempuan. Selalunya novel akan ketengahkan persahabatan antara sejantina and kalau ada lain jantina mesti akan jadi hero-heroin takpun second hero/heroin. 

Nailah dengan Arjuna, both had a scarred past. And, dua-dua punya masa silam yang berjaya buatkan aku emotional. Romance antara Nailah dengan Arjuna pun comel juga. Aku suka gilaaaa bila Arjuna address Nailah as young lady. Nampak biasa but it feels special. Arjuna still kekalkan aku-kau even lepas kahwin dengan Nailah. It was so Arjuna. Aura seorang Arjuna Kaede ni memang kuat agaknya sebab aku haihhhhh suka gila watak diaa!

Oh, one more thing, disebabkan aku dah baca 'I'm Not A Monster' so aku memang tahu watak Ryu-Maya akan muncul dalam novel ni. What I'm not expecting is, Karn-Dian from 'Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu' pun ada! Ter-excited gila kot masa baca part diorang. Aduhai, kita ni memang pantang la jumpa watak dari novel lain dalam novel lain. Tersengih sentiasa time baca babak yang melibatkan Dian-Karn walaupun babak tu sepatutnya mendebarkan hahaha.

Aku akhiri dengan quote arts (ada dua design pastu tak sanggup nak guna satu je so jadilah dua design),













-thes

5 comments:

  1. ahhh..suka juga buku ni..pendek cakap semua buku Sara Aisha memang best la..hahaha

    ReplyDelete
  2. sedap ye pulak nama arjuna kaede hehe

    ReplyDelete
  3. Best pulak jalan ceritanya bila Mana Nailah sanggup ke Jepun semata-mata nak Cari Badri. Jarangla nak nampak persahabatan yang sebegitu antara lain² jantina. Kan? Melainkan ada yang menyimpan perasaan.

    Eh! Best pulak reviews Su buat ni.

    ReplyDelete
  4. Tgk cover ni, omgg how much i miss japan huhuhu

    ReplyDelete