Friday 9 July 2021

# bookreview # fiction

Aku Ada by Syu Ariani

Assalamualaikum, good day dearest! Aku nak post entry ni awal minggu haritu tapi asyiklah bertunda edit gambar. Sudahnya hujung minggulah kita post huhu.





Tajuk : Aku Ada 
Penulis : Syu Ariani
Mukasurat : 519 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : April 2018
ISBN : 9789674690786
Blurb : 

Hidup Lyssa yang selama ini aman dengan rutin seorang penuntut di sebuah kolej, tiba-tiba berubah selepas Lyssa jatuh tergelincir di Ledang. Sudahlah didiagnos dengan Retrograde Amnesia, malah boleh mendengar suara-suara halus. Dan kebolehan itu akhirnya membawa Lyssa kepada penemuan satu mayat di dalam hutan.

"Jangan percayakan papa Lyssa, Saf dan Fitri."

Itu yang dititipkan suara halus itu. Lyssa penasaran. Namun, ketenangannya sekali lagi berkocak. Kali ini, Lyssa bisa melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesuatu... Atau seseorang?

"Kau... Siapa kau sebenarnya? Kau nak apa daripada aku?" -LYSSA

"Aku cuma nak stay dengan kau aje. Aku nak ada kat sisi kau selalu, setiap masa..." - HAFIY

Dalam ketakutan, ada rasa bahagia yang menjalar. Dalam keengganan, ada rasa dilindungi yang menyapa.  Menunaikan permintaan suara-suara itu ditemani Hafiy, Lyssa terpaksa akui dia juga mahukan Hafiy di sisinya. 

Identiti mayat terbongkar. Cukup untuk buatkan dunia Lyssa jadi kelam namun semangat dikutip semula untuk mencari tahu punca kematian tersebut. Di setiap langkah Lyssa untuk mencari kebenaran, ada rahsia yang terbongkar.

Sesungguhnya kematian itu hanyalah titik permulaan untuk permainan kejar-mengejar di antara Lyssa dan dia! Cinta. Keluarga. Sahabat. Semuanya menjadi pertaruhan. Dan juga... Nyawa. Kata dia, ini semua takdir!

"Apa kata kita potong bulatan takdir ini?" - LYSSA

"Kematian aje caranya. Aku takkan mati jadi jawapannya ialah kau!" - DIA

Apa dan siapa Hafiy sebenarnya? Masih utuhkah rasa yang bertamu dalam hati walaupun mereka hanya menyakiti satu sama lain? Dan yang paling penting... Mampukah Lyssa melawan dia?

Untuk pertama kalinya aku baca novel yang bertema paranormal. Selama ni aku tak pernah terfikir pun nak baca novel paranormal, bukanlah skeptik ke apa cuma belum jumpa novel paranormal yang buat aku betul-betul nak baca.

Permulaanya agak mendatar, lebih kepada pengenalan kepada watak Lyssa yang pada masatu student. Watak Safina yang merupakan kawan baik kepada Lyssa, watak Fitri yang minat dengan Lyssa dan... watak Yuskhairi, seorang hm nak kata kawan, Lyssa macam tak berapa selesa dengan dia, nak kata musuh tak juga sebab Yuskhairi ni sentiasa hantar Lyssa balik rumah lepas kelas. Dah macam bodyguard takde upah pun ya jugak. Kehidupan Lyssa berubah lepas dia tergelincir dekat Ledang, dia hilang ingatan juga, dia dikurniakan satu kebolehan untuk dengar suara halus. Suara mereka yang memohon pertolongannya.

Pertama kali Lyssa ikut kata suara halus, dia terjumpa mayat perempuan di dalam hutan. Pesanan yang ditinggalkan perempuan tu cukup membuatkan Lyssa tertanya. Saf, sahabat yang sentiasa bersama dia. Papa, penjaga yang sangat prihatin akan anaknya juga Fitri, seorang lelaki yang dah lama meminatinya, kenapa dia tidak boleh percayakan mereka? Sejak berjumpa dengan Dr. Kareena, seorang psikologis yang juga punya kebolehan sama menyuntik semangat jiwa dalam diri Lyssa. Dia mula beranikan diri. Dia mula membantu suara-suara tu. Kemunculan Hafiy, seseorang atau... roh atau hantu di hadapan Lyssa membuatkan dia kembali gentar. Perminataan Hafiy yang mahu sentiasa ada dengannya juga membuatkan Lyssa buntu.

Kemunculan Hafiy, mengingatkan Lyssa kepada seseorang. Seseorang yang dia sendiri tidak tahu siapa. Bertanya kepada Saf, katanya tak tahu, bertanya pada papa, diam seribu. Lyssa keanehan sendiri. Setelah bertahun barulah Lyssa dapat tahu identiti mayat pertama yang dia jumpa. Dari situ, dia mula menyiasat segalanya.

Novel thriller pertama karya Syu Ariani ni bagi aku banyak kekurangan dari segi jalan cerita. Ada beberapa babak yang aku tertanya kenapa macam tu. Contohnya, Fitri yang tak suka Yuskhairi, belasah dia separuh mati tapi dia tak bunuh terus, bertahun Yuskhairi koma tapi dia yang tinggalkan di rumah usang. Kedua, mak Yuskhairi, dah tahu anaknya hilang kenapa tak repot polis? Sekalipun diberitahu Emran yang Yuskhairi ni dah mati, takkan lah tak nak tahu mana kuburnya. Lepas tu, Saf yang nampak apa yang Fitri buat, kenapa tak buat report masa tu jugak? Kata suka Yuskhairi. Dan tanda tanya paling besar, kenapa ibu kepada Lyssa, senang-senang tinggalkan Lyssa dan papanya sebab kena ugut dengan Emran. Apa yang jadi rahsia sangat sampai sanggup berjauhan dengan anak?

Tapi disebabkan aku tertanya-tanya siapakah si 'dia', aku teruskan bacaan. Bukan senang ya nak teka siapa dia. Gigih baca in between the lines, mana tahu tertinggal hints. And, memang yaa. Aku langsung tak sangka si 'dia' tu, adalah dia. 

Novel ni aku boleh cakap wataknya banyak jugalah. Tapi it's okay sebab semua nama-nama watak sangat distinct so takdelah aku asyik terkeliru aje. Selain daripada tanda tanya yang mengganggu pembacaan aku, semuanya okay. Babak-babak Lyssa pergi bantu suara-suara halus tu pun aku boleh gambarkan macam mana keadaannya (berkat beranikan diri tengok drama horror rom-com korea barangkali).

Ending nya? Sangat memuaskan hati aku. Memang padan muka kepada villain kita. Gila sangat kenapa tah. Takdir? Memang takdir untuk dia derita macam tu. Dan Lyssa, akhirnya dapat juga kebahagiaan dia. Cuba teka, Yuskhairi atau Hafiy? 

p/s: nama Yuskhairi ni susah ya nak sebut berbelit lidah hamba.
-thes

8 comments:

  1. Dah baca juga.. not bad lah pada SHa..

    ReplyDelete
  2. Memang susah nak sebut YusKhairi.

    ReplyDelete
  3. seronok! da lama xbeli novel niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, skrg ni cari ebook je kaknad... baca kat phone je senang.. tapi kita ni gemar bau buku, baru syok nak baca hehe

      Delete