Saturday 6 August 2022

# bookreview # fiction

I Love You, Stupid! Extended Version 1 By Melur Jelita

Assalamualaikum, good day dearest! Lepas kecoh karya ni akan diadaptasikan ke drama, aku dengan pantasnya mensauk dan membaca. Walaupun tahu aku memang takkan tengok dramanya. Anyway, nilah pandangan aku untuk novel ni.




Tajuk : I Love You, Stupid! 1 Extended Version
Penulis: Melur Jelita
Mukasurat: 940 pages
Penerbit: Anggun Melor
Terbitan: 2018
ISBN: 9789671537213
Blurb: 

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. 

Perjalanan hidupku mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hati.

Aku, Iris the diva. pembunuh senyap lelaki tanpa bayang. I'm bad and dangerous!

"Apalah sangat dengan saman tiga ratus ringgit? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hottie ni. Handsome dan pedass!" - IRIS

"Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam, menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas..." - INSPEKTOR EBRAHIM A.K.A ABANG PEDAS. MY PARFAIT! PERFECT!

"Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh seksi Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris." - DOKTOR AIDAN

Abang pedas sudah hilang, hidupku sunyi. Tiada lagi hiburan.

Dari pembunuh senyap lelaki tanpa bayng aku bertukar kepada pembunuh lanun tanpa ampun!

Gara-gara dia! Ya, dia. FIRMAN the lanun! Mulutnya ya rabbi! Ufff pedas pijar!

Di Kemboja, aku dihadiahkan seorang bodyguard yang serabai bagai roti kirai! Persis seorang lelaki tua gelandangan yang tidur di atas kotak. Nak melalak aku! Teruk  betul taste papa! Langsung tidak memahami jiwa seorang anak. Tiada yang handsome sedikit ke?

Dia lupa ke siapa aku? Seorang SUKSIS yang bersemangat kental. Salah satu produk Polis Diraja Malaysia yang paling berjaya! Setakat lanun selebet seperti dia, aku sesah tanpa ampun!

Demi misi, aku terpaksa bersabar. Dan aku berdoa kesabaranku tidak menipis. Jika tidak, pasti kami berbunuhan!

Cukuplah Allah ada dan DIA ada untukku.


Korang kalau kena tahan dengan polis trafik, apa perasaan? Kalau aku berpeluh ketiak agaknya! Tapi, memandangkan dia si diva Iris jelitawan pembunuh senyap lelaki tanpa bayang, jangankan gabra, sempat lagi dia menggoda dan menggedik dengan polis trafik tu! Haru weh! Tapi, walaupun Iris ni diva, kuat menggedik, merasakan dirinya adalah perempuan yang paling jelita pada abad ini, dia juga seorang perempuan limited edition bagi aku. Dalam gedik dia, ada kerasnya. Dalam menggoda dia, ada garangnya. Siapa sangka, Iris ni salah seorang ahli SUKSIS? Well, bukan aku lah.

Inspektor Ebrahim, abang pedas yang menjadi mangsa godaan Iris. Tapi dia kalis godaan! Sikit pun dia tak layan apa yang si Iris ni lakukan. Sampailah... satu ketika... dia menghilang, oh celarunya seorang Iris yang tidak sempat memohon maaf. 

90% penceritaan dalam novel ni berlatarkan di Kemboja di mana Iris yang menyertai misi kemanusiaan untuk membantu umat Islam di sana. Di Kemboja, Iris sangat diraikan, ke mana saja ceruk kampung, semuanya teruja untuk bertemu dengan gadis Malaysia ni. Dan di Kemboja jugalah Iris berkenalan dengan Firman. Si lanun itu telah dilantik sebagai bodyguard kepada Iris. Dan lanun inilah yang sentiasa menaikkan amarah seorang Iris. Ada saja yang Firman lakukan, katakan tak kena dek mata dan telinganya. Eh, Firman pun boleh tahan juga melawan. Ada saja benda yang mereka ni gaduhkan. Kadang sweet, kadang macam terlebih emosi je mereka ni dan kadang tu fedup juga aku dengan kepala batu mereka berdua ni.

Nasib baiklah ada watak Fatimah yang meneutralkan keadaan dengan babak-babak blurnya, sakit pipi wo asyik ketawa! Tapi, sampai dia buka mulut mengenai perkara yang berkaitan agama, tergamam rasanya. Belum cerita tentang Mai Tuen lagi... Setiap buah bicaranya sangat mengasyikkan dan memberi tamparan kepada aku. Perbahasan perkara-perkara yang tegas tetapi penyampaiannya sangat lembut. 

Aku sangat suka cara penulis menceritakan tentang suasana di Kemboja. Bagaimana masyarakatnya, bagaimana dinamiknya, bagaimana keperihan mereka meneruskan hidup, bagaimana ketaatan mereka yang beragama Islam, segalanya diceritakan dengan penuh detil yang berjaya memukau aku. Juga sejarah bagaimana bangsa Melayu Champa semakin dilupakan, asal usulnya, pendek cerita, segalanya lah.

Walaupun hampir mencecah 1000 muka surat, takda satu babak pun yang aku rasa meleret dan perlu dikeluarkan. Segalanya mencukupi, rencahnya penuh rasa, penuh dengan ilmu-ilmu baru. Pengakhiran novel ni membuatkan aku tak bertangguh untuk membaca ILUS 2. Sangat mendebarkan. 

-thes

8 comments:

  1. Handsome dan pedas? Omg 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, itulah adjektif yg penulis guna untuk describe hero... hot la agaknya hahhaa

      Delete
  2. Masa baca yang versi lama tu memang nak tergelak layan perangai sengal si Iris ini.. Dia punya nakal, sabar jelah.. Tapi suka kerekter development dia.. Drama tu pula, conformlah tak tengok.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn, ni extended version, bertambah la nakalnya seorang Iris!

      Delete
  3. dah lama tak beli novel. novel Melur Jelita yang ni dari dulu sampai sekarang kalau tengok je mesti terpegun sebab tebal amat! 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha, novel-novel dia semuanya tebal-tebal belaka! kalau mood rajin nak baca tu memangcepat la habis tapi kalau mood suam-suam kuku, sebulan pun belum tentu habis!

      Delete
  4. kita jarang baca novel tebal2 ni. novel melur jelita pernah baca yg unsung hero yang ni belum lagi. macam best pula macam review awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhhhh unsung hero tu memang best gila! tiara x baca sambungan dia keee, pun best jugakkk

      Delete