Thursday 18 August 2022

# bookreview # fiction

My Precious Iris Legacy Edition 2 by Melur Jelita

 Assalamualaikum, good day dearest! Okay, ni sambungan dan buku terakhir dalam duologi MYPI (ataupun siri ILUS). Ahh, lepas ni takde dah abang pedas huhuhu.





Tajuk: My Precious Iris

Penulis: Melur Jelita

Mukasurat: 612 pages

Penerbit: Anggun Melor 

Terbitan: 2019

Related title(s): I Love You, Stupid! Extended Version 1I Love You, Stupid! Extended Version 2, My Precious Iris Legacy Edition 1

ISBN: 9789671537268

Blurb: 

 

Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!


Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah aa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnyya seorang Iris?


"Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boyfriend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati! - FIRMAN


"I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They're unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang palin memukau, nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland." - AIDAN


"You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki..." - HARIS


Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu. - IRIS


Kalau yang pertama hanya kegembiraan dan gelak tawa serta sedikit indikasi perubahan Iris, buku kedua menggambarkan kepedihan dan duka lara dalam hubungan Iris dan Firman. Asbab perubahan seorang Iris, mengapa perubahan dia sangat ekstrem dan tidak terjangka. 


Bila aku katakan duka, memang duka. Lepas satu, satu ujian dan dugaan yang menimpa pasangan ini. Dan lumrah seorang manusia yang merasa lelah dan putus semangat dengan ujian yang bertali arus. Aku sangat suka cara penulis membentuk watak Iris dan Firman dalam buku terakhir ini. Watak dimana manusia tak selamanya kuat dan kukuh berdiri dan ada kalanya hanyut mengikut arus. Dan manusia yang sedar tak selamanya dia harus hanyut hanya kerana sedikit arus dan kembali bangkit dan berenang.


Elemen kejutan ditulis dengan jayanya. Tatkala kau rasa kau dah boleh bahagia dan tengok watak kegemaran kau bahagia, masa tulah tiba-tiba 'hantu' tu datang. Dalang disebalik serangan yang Iris terima, sangat aku tak jangkakan. Dia satu watak yang sangat kecil yang aku rasa kalau tak kerana misi  rahsia Iris di Kemboja dulu, aku takkan ingat dia. Tapi rupanya, watak dia memainkan peranan yang penting dalam menentukan arah tuju kebahagiaan Iris dan Firman.


Penyudah empat buah buku (dua je kalau ikut terbitan Karyaseni dulu) agak mengelirukan aku. Aku je ke yang keliru ke semua pun keliru? Jadi, aku beranggapan ada dua kesudahan. Makna kata, ada dua alternatif ending untuk pembaca. Satu kesudahan yang dekat dengan realiti hidup manusia dan satu kesudahan yang dekat dengan dunia fiksyen. Jadi, aku ambil yang fiksyen. 


Oh, ya. Aku dah tahu kenapa dekat cover 'I Love You, Stupid! Extended Version 1', 'I Love You, Stupid! Extended Version 2' ada tulisan braille dekat dengan tajuk. Mulanya pelik juga sebab bukan cerita mengenai watak yang tiada deria penglihatan pun dan disini, aku mendapat jawapannya. Sekian.


-thes

4 comments:

  1. Wow.. Review yang ohsem.. Version Extended nie x baca lagi..

    ReplyDelete
  2. banyaknya extended version dia. kalay su tak review ni memang sis takkan tahu yang novel ni ada sambungan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... kalau ikut novel yang terbit under Karyaseni, memang 2 je; I Love You Stupid dengan My Precious Iris. Tapi kalau baca yang under Anggun Melor punya penerbitan, ada total 4 buku macam yang kita review ni. Yang under AM lagi panjang.

      Delete