Friday 16 September 2022

# bookreview # fiction

Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja by Teme Abdullah

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja

Penulis: Teme Abdullah

Mukasurat: 481

Genre: Fantasi, Pengembaraan

Penerbit: IMAN Publication

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672459415

Related title(s): Empayar: Hikayat Putera Tanpa NamaEmpayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis

Blurb:

Saka raja yang diwarisi telah memberi kesaktian luar biasa kepada Sang Putera. Jijik dengan amalan syirik jurai keturunannya itu untuk kekal berkuasa, Putera Aradhana Sastra, pewaris tunggal Kesultanan Aradhanapura melarikan diri untuk menjadi rakyat biasa. Dengan harapan, hidupnya akan lebih tenteram.


Namun, kemunculan suatu makhluk dari gua yang tahu asal usul Sang Putera menggugat rencananya.


"Aku sudah tidak tahan hidup melarikan diri seperti ini! Sedalam mana aku menyembunyikan diri, ada sahaja yang kenal siapa diriku!"


Sang Putera kini menjadi buruan ramai atas tuduhan mengamalkan ilmu hitam. Pada masa yang sama, KesultananAradhanapura goyah akibat ketiadaan pemerintah. Rakyat pula kian tertindas dengan percaturan puak yang mabuk kuasa.


Kezaliman membanjiri tanah keramat. Putera Aradhana Sastra merasakan kewujudan diri dan jurai keturunannya hanya membawa malang kepada kepulauan Nusantara.


"...hanya darah Jurai Aradhana sahaja yang dapat membela kepulauan ini!"


Sang Putera enggan terus dibelenggu saka warisan. Namun, perit untuk diabaikan sahaja tanah air dan rakyatnya. Mampukah Sang Putera akhirnya berdepan dengan hakikat keturunannya sendiri?


Lepas dapat kejutan dalam Empayar 2, dengan sepantas kilat aku buka buku ni. Dan tak sampai lima saat, aku tutup semula. Haha, font yang diguna berbeza dengan abang-abang, lepastu agak kecil. Dua hari jugalah aku buka tutup, nak kasi mata biasa dengan size font tu. 


Peristiwa/babak akhir letak tepi dulu, kita fokus pada si putera. Kini, beberapa tahun berlalu selepas dia lari daripada Madrasah Taming Sari dan beberapa tahun selepas madrasah itu diselamatkan. Plot cerita siri Empayar ni jadi makin menarik bila kisah Sastra, si putera sedikit demi sedikit diceritakan. Tentang dirinya yang melarikan diri daripada istana, tentang dia yang menyembunyikan diri daripada 'musuh' dan tentang dia yang jijik dengan keturunannya. Juga mengenai pihak yang berusaha untuk menguasai Kesultanan Aradhanapura. 


Kehadiran Sastra di Kota Kepayangan membawa kita berkenalan dengan Puak Rubah. Satu puak yang bagi aku berada di pihak yang jahat. Dan... aku terkecewa. Aku kecewa dengan ketua atau ayahanda puak Rubah untuk Wilayah Kepayangan ni. Walaupun identitinya hanya terdedah saat dia bertemu mata dengan Sastra, aku boleh mengagak dan bila tekaan itu benar, kecewa dia aduh. Tak terkata. Pahit rasa di tekak. Terkilan sangat aku dengan apa yang berlaku pada dia sehingga dia berubah ke arah itu.


Penyusunan dari satu babak ke satu babak teratur kemas. Menjadikan ceritanya lebih mengasyikkan. Aku sangat suka cara penulis mendedahkan  cerita di sebalik Jurai Aradhana yang dikatakan membela saka untuk kekal berkuasa sekaligus menjawab tentang keadaan diri Sastra. 


Empayar 3 banyak menggunakan kosa kata yang aku tak tahu, timbul pulak rasa nak letak kamus dewan dekat sebelah masa membaca. Tapi sebab kamus tu disimpan dalam almari berkunci (sebab anak buah gemar main buku dan koyakkan) so aku malas nak menyusahkan diri. Selak ajela ke belakang untuk tengok end note.  Tapi aku lebih suka dengan penggunaan perkataan-perkataan lama sebab lagi feel nak baca.


Buku ketiga ni umpama satu reunion. Berjumpa dengan rakan-rakan lama, yang satu ketika dulu bersama-sama dengan kau untuk menggapai matlamat yang sama. Tapi lepas bertahun tak jumpa, mereka bukan lagi orang yang sama macam yang bertahun dulu. Reunion, untuk aku sering memberikan rasa yang bercampur. Satu saat aku bangga dengan apa yang kawan aku lakukan sekarang dan satu saat yang lain, aku kecewa dengan seorang kawan yang lain. Inilah perasaan aku. Jumpa Sastra, aku happy and rasa bangga dengan dia. Jumpa ayahanda, aku terkilan sangat. He had so much ahead tapi haih... Berharap dia  terima la nasihat Sastra yang terakhir tu.


Harapan aku satu je, moga buku seterusnya keluar next year (memaksa ke ni hehe). Aku punya hang up dengan dunia Empayar ni, dua tiga hari juga la asyik teringat-ingat. Susah la kalau terlalu invested ni. Macam-macam soalan aku ada tapi semau belum terjawab. Agaknya, berapa banyak buku dalam siri Empayar ni? 

-thes

1 comment: