Thursday 20 October 2022

# bookreview # fiction

Neredesin? Awak Di Mana? by Puteri Nor

Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Neredesin? Awak Di Mana?

Penulis: Puteri Nor

Mukasurat: 994

Genre: Romantik, Drama

Penerbit: Karyaseni

Terbitan: 2016

ISBN: 9789674690267

Blurb:

Gel gor beni ask neyledi. Mari lihat apa cinta buat kepada saya. 


RUBY HAYA arkitek lincah berkeyakinan tinggi yang menyembunyikan kepahitan hidup dalam keceriaan. Niat untuk menyertai pasukan simpanan tentera menemukannya dengan Mejar Syed Hilal Aslan.


Tika berkelana di Istanbul, juruterbang pesawat tempur itu dijadikan pengawal peribadi disebabkan gangguan yang dialami. Peradaban tinggi pemuda peranakan Arab dan Turki itu mempesonakan Ruby. Takdir mereka bercantum di Butsa apabila flight leader itu melamar selepas suatu kejadian besar.


Si ibu mentua cuba menyingkirkan Ruby apabila sejarah hitam keluarganya dibongkar oleh saudara yang berdengki. Tidak pernah mengecap kasih ibu, didewikannya wanita itu. Namun solusi berisiko tinggi yang diambil memakan diri.


Kecewa, Ruby ke ibu kota untuk menjadi hamba kerjaya. Dalam satu kejadian, dia bertemu dengan doktor perubatan merangkap pengusaha business sukan air berjiwa bebas.


"Semua beach boy tak senonoh pada pandangan awak?" - SHAH


Ayhan yang menyelamatkan Ruby di hutan Chiang Mai pula ada misi peribadi.


"Kalau ditanya, say it loud and say it proud. Tuhan yang anugerahkan awak status itu." - AYHAN


Baru persahabatan dengan Shah dan Ayhan berkembang, Syed Hilal yang sudah berstatus bapa muncul.


"Tak berhubung tak bermakna tak berhubungan.  Bercerai fizikal tak bermakna bercerai emosi. Melepaskan pernikahan tak semestinya tak lagi mencintai. Hilang di mata tak bererti hilang di hati." - SYED HILAL


Takdir terus membanting Ruby, menekan dan menguji Saat dia diculik oleh ceti haram, tiga pemuda bergabung untuk menyelamatkannya. Dapatkah Ruby mengecap bahagia atau cintanya berkubur dengan kekasihnya? Lahaulawala quwwataillabillah. Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Dan sesungguhnya, jihad terbesar adalah menentang kejahatan sendiri!



Novel ni memang dah lama aku sasarkan untuk beli tapi baru ni ada pitih lebih. Aku tertarik nak beli sebab tajuknya ada perkataan yang aku tak tahu asal dari bahasa apa dan apa maksudnya. Dan setelah aku baca, memang menarik. In love sangat.


Masa aku mula-mula baca, aku dah excited gila sebab ada dialog yang cakap dalam bahasa Iban (if I'm not mistaken la), almaklumla, jarang baca novel yang include bahasa-bahasa daripada Malaysia seberang laut sana tu. Lepastu aku pening sendiri sebab banyak pulak watak yang muncul untuk introduction ni. Nasib la senang nak catch who is who, kalau tak payah jugak la nak menghabiskan.


Ruby Haya. Hidupnya dibuang keluarga kandungnya setelah kematian kedua orang tuanya kerana perkara yang bukan salah dia pun. Menumpang kasih dengan keluarga aminya (pakcik sebelah bapa) namun dilayan seperti orang gaji. Tabahnya seorang Ruby! Untuk melarikan diri daripada makciknya, Normah dan sepupunya, Sara, dia memohon tempat dalam PSSTLDM (Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia) dan tanpa diketahuinya, dia diintai dari jauh.


Mejar Syed Hilal. Pertemuan pertamanya dengan Ruby menjentik rasa dalam hati lantas si dia mengejar selagi boleh. Pertemuan tanpa sengaja dalam pesawat menuju ke Turki mendekatkan hubungan mereka. Untuk menghalang diri daripada jatuh ke kancah maksiat, Ruby disunting menjadi isteri. Hai la tuan syed yang satu ni, memang posesif sungguh. Pantang saja ada lelaki yang memandang isterinya, laju saja cemburu. Nasibla cemburunya boleh bawa bincang lagi.


Bahagia yang tercipta seketika cuma. Atas hasutan, si ibu mentua, Saadiah membenci Ruby yang tak bersalah. Aku memang emosi betul dengan Saadiah ni. Mudah betul dia dipengaruh dengan cakap orang sampaikan sanggup menzalimi. Geram, terkilan, semua ada. Lagi-lagi dengan Normah yang sentiasa cucuk jarum berbisa. Dan kerana mereka ikatan suci akhirnya terlerai. Sedih gila.


Ruby kembali membina kehidupan tanpa Syed Hilal di sisi. Perempuan cantik seperti Ruby yang berdarah kacukan sentiasa menarik para jejaka. Tak terkecuali Ilman Shah Khan, si medical doctor turn beach boy dan Ayhan, penyelamatnya ketika di Thailand. Sikap Ayhan banyak menyenangkan aku, dia gentleman. Tapi sebaliknya dengan si Shah. Selalu buat aku rasa geram dengan sikap dia yang lepas laku. Rasa nak je aku siku. Tapi untuk Ruby, tiada yang setanding Syed Hilal.


Penuh dengan cerita suka duka, pahit manis, tangis tawa Ruby. Sangat worth to read. Lagi-lagi bila penulis dengan senang hati membawa kita 'mengembara' ke negara luar, Turki terutamanya. Negara yang menyatukan Ruby dan Hilal. Negara yang menjadi saksi cinta mereka. Ah, comel! Membaca perjalanan mereka seolah-olah aku pun ada dekat sebelah. Seronok sangat!









-thes

2 comments:

  1. lama mama tak baca novel sebenarnyan.. ni yg buat mam nak buka novel balik ni

    ReplyDelete
  2. Sha juga mensasarkan novel ini kerana tajuk dia.. huhuhu.. Nantilah.. Nak kenabeli juga nie..

    ReplyDelete