Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Mengejar Mimpi Sempurna
Penulis: Auni Zainal
Mukasurat: 359
Genre: Fantasi, Keluarga, Rentas Masa
Penerbit: IMAN Publication
Terbitan: 2022
ISBN: 9789672459477
Blurb:
Nadiah mahu mengubah takdirnya.
Khalis mahu mengawal hidupnya.
Kedua-duanya mahukan kesempurnaan.
Nadiah mengabaikan Khalis ketika mereka kehilangan anak. Saat tersedar, semuanya sudah terlewat. Bergelut dengan rindu dan sesal, sebuah diari merah seolah-olah menawarkan harapan. Tidak semena-mena, Nadiah terlontar ke 'masa lalu'. Nadiah bingung sehinggalah dia menyedari bahawa dia masih berpeluang menyelamatkan hubungannya dengan Khalis. Namun keadaan menjadi lebih teruk apabila orang lain pula yang menerima padah.
Khalis pula terhimpit dengan masalah keluarga. Berbapakan lelaki tidak bertanggungjawab, dialah yang terpaksa menyara mereka. Khalis percaya bahawa nasibnya hanya akan berubah dengan usaha keras. Manusia tiada kuasa, doa tiada makna. Tanpa diduga, ego dan prasangkanya hampir mengorbankan diri sendiri.
Pada takdir kali ini;
Mengapa Nadiah harus kehilangan lagi?
Dan adakah usaha Khalis mampu melindungi?
"Kalau kehilangan dan ujian itu yang kita perlukan, maka mungkin itulah keadilan untuk kita. Itu yang Dia mahukan untuk kita. Jadi, jangan kesal, Khalis..." - DIARI NADIAH
Mengejar Mimpi Sempurna merupakan revamp version of Sekali Lagi, buku pertama penulis. Aku tak pasti apa bahagian yang diubah dan ditambahbaik sebab aku tak pernah baca buku pertama tu. So, fokus review ni memang hanya pada versi ni sahajala.
Permulaan cerita novel ni agak mendatar tapi untuk aku letak buku ni sangatlah susah. Mungkin kerana aku jarang jumpa buku Melayu yang gunakan tema time travel. Kedua, watak Nadiah yang dalam keadaan kurang stabil setelah kehilangan anak dan suaminya, Khalil dalam jangka yang singkat dan dengan kesempatan kedua yang diberi, membuatkan aku tertanya-tanya apa yang dia akan lakukan.
Aku suka dengan penceritaan penulis dan gaya penulisannya. Mudah nak faham dan tak berpusing-pusing jalan ceritanya. Konsep rentas masa dalam buku ni pun best untuk diikut. Apa yang aku expect, semua tak jadi. Walaupun konsep yang biasa guna dalam movie dan drama, tetap ada originality daripada penulis.
Emosi aku baca buku ni, tak payah cakap la. Memang roller coaster habis. Duk meleleh air mata masa Nadiah first time jumpa orang-orang tersayang dalam masa lalu, bengang dengan Khalil sebab dingin dengan Nadiah sedangkan dia tak salah, nervous sebab taktahu siapa dalang yang cuba cederakan Nadiah, dan of kos rasa mengharap akan ada happy ending untuk Nadiah. Semua ada! Babak-babak aksi, suspen yang aku tak jangka ada pun ada terselit, wow sekejap!
Ending... Hmm.... Tak aku sangka. Anyway, aku suka dengan cerita buku ni. Best! Pengajaran dari cerita Nadiah ni pun, padu! Dan akhir sekali, peluang kedua, tak semua orang terima. Jadi, gunakan sebaiknya kalau anda diberikan peluang tersebut.
-thes
2 Comments
Bercampur aduk emosi bila baca novel ni :'))) tapi lagi mencecet air mata bila baca Mawaddah Ilmi Ingin Pulang :')))
ReplyDeletekan kannn! ahhh Mawaddah Ilmi Ingin Pulang tu tengah kumpul kekuatan utk start baca hahah
Delete