Darkest Moment by Ayeshah Amani

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Darkest Moment

Penulis: Ayeshah Amani 

Mukasurat: 598

Genre: Romantik, Aksi

Penerbit: Fajar Pakeer

Terbitan: 2022

ISBN: 978-983-822-174-0

Blurb:

Nukilan kehidupan manusia tidak semuanya tercoret indah. Adakalanya, ada garis hitam yang terconteng membuatkan dirinya larut dalam sunyi. Lontaran kata-kata nista sudah sebati dengan jiwa. Hidup diselubungi kegelapan, namun diredah jua.

 

Malaysia dan Thailand

 

Dua insan ditemukan dalam takdir yang kelam. Siapa sangka, hasrat seorang gadis buta untuk mencari pembunuh orang tuanya membuatkan dia ditemukan oleh seorang ketua kongsi gelap di negara gajah putih itu.

 

“Tolong saya... tolong cari siapa pembunuh ibu dan bapa saya.” – RATNA ANGGUN

 

Kerana terdesak, dia terpaksa meminta lelaki itu membantunya. Tetapi, ada harga yang perlu dibayar.

 

“Boleh, tapi aku ada satu syarat. Aku nak kau ikut aku dan berkhidmat selama dua tahun. Sebagai balasan, aku akan bantuk kau cari pembunuh tu.” – KHEN THANAWAT

 

Cinta itu bagai batu permata dalam di dasar lautan. Hati yang beku tanpa sebarang belas kasihan pada rintihan sayu mula berubah.

Anggun Ratna berjaya memberi secebis kasih yang selama ini Khen Thanawat inginkan.

Namun, indah yang didamba, liku sengsara yang diselusuri. Bernafas di dalam dunia yang bermandikan darah dan air mata, tidak mudah. Terleka sikit, nyawa mereka bakal melayang seperti abu di malam hari.

Persoalannya, berjayakan Anggun menjejaki pembunuh orang tuanya dengan bantuan Khen?

Adakah kegelapan itu sentiasa menyelubungi hidup mereka atau akan ada cahaya yang datang menjengah?

Dua jiwa yang berbeza latar belakang dijemput masuk ke dalam takdir yang gelap dan kelam.

Persoalannya, berjaya ke mereka bertahan sehingga ke akhirnya? Atau... mereka akan lemas selamanya?

Jika momen hitam itu mengajar 1001 erti kehidupan, izinkan secebis cahaya terselit bersama untuk melenyapkan segala kegelana yang merusuh jiwa dan raga.


Anggun Ratna. Hidupnya berubah sekelip mata apabila ibu bapanya terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Dia juga hilang deria penglihatan. Malahan, seluruh keluarga ayahnya mencacinya. Anggun hanya ada keluarga maksu dan Amani, sepupunya untuk teruskan hidup. Saat ASP Haiman hadir dalam hidupnya, dia nekad memohon pertolongan lelaki itu untuk mencari pembunuh ibu bapanya. Sekali lagi, hidup Anggun berubah, dan kali ini, Anggun hanya ada Khen, lelaki asing yang menyelamatkannya di Thailand.


Khen Thanawat. Antara lelaki berkuasa dalam Dragon, kumpulan kongsi gelap di Thailand. Pergelutan kuasa antara dia dan datuknya telah menjadikan dia sebagai sasaran. Kerana cubaan untuk membunuhnya, Khen secara tak sengaja telah bertemu dengan Anggun. Saat seterusnya, Anggun diambil bekerja dan sebagai balasan, dia akan mencari pembunuh ibu bapa Anggun.


Mulanya, agak susah juga untuk aku dapatkan rentak membaca sebab jalan cerita yang datar. Nak pula, banyak watak yang diperkenalkan. Mulalah seketul suraya ni nak pening. Tapi, selepas kejadian yang memaksa ASP Haiman ke Thailand, pace cerita makin laju dengan pelbagai insiden yang terjadi. Lagi-lagi bila Khen dan Anggun dah bertemu, makin rancak ya jalan ceritanya.


Babak-babak aksi memang penuh dari awal sehingga akhir. Untuk peminat cerita aksi macam aku, memang terasa engaging gilalah. Cuma aku terasa agak pelik dengan senjata pilihan Khen, macam tak sesuai pulak guna pedang sebab tempatnya yang berfokus di Thailand-Malaysia. Tapi itulah, Khen ni pantang la pulak orang tersalah sikit, semua nak dipancungnya uhuk tiba-tiba rasa macam culture shock🤣🤣


Jalan cerita agak smooth cuma ada minor details yang aku rasa bercanggah sikit tapi tak mengganggu bacaan pun. Plot twist, tak terjangka. Dia macam, "EH KAUUU?!!!!". Lepastu tercengang sekejap. Aku sangat tak expect dengan pembelotan itu. Antara tiga buku-buku moment kakcha, aku rasa ni fav aku.


-thes

Post a Comment

2 Comments

  1. Alaa tertengok plak novel. Terbaca plak sinopsis. macam best je novel ni. Kito nyo hantu novel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha jemputlah blogwalk sini selalu, memang mostly review novel je🙈🙈

      Delete