Thursday 5 March 2020

# me and my life # thoughtless thursday

Thoughtless Thursday #027

Assalamualaikum, good day everyone ! Dengar kata harini reseult SPM 2019 keluar ? So, calon SPM'19, apa khabar result anda ? Nak pesan sikit je, apa pun keputusan yang korang terima sekarang, bersyukur dulu... Mungkin itu yang terbaik untuk korang. Insya-Allah akan datang ada rezeki yang lebih baik, so don't lose hope ! Take it as a motivation to move forward.

caught in a lieeee ~ k sorry


Harini, aku takdelah nak bercerita tentang apa-apa cuma nak bagi sikit life update cewahh. Memandangkan most of classmates masa diploma dah ada life (mostly dah dapat sambung degree and ada yang tengah kerja) unlike me, aku pun try-lah nak adakan life. Hehe.

Lepas mintak Atina belikan no pin UPU guna BSN Online, aku pun terus isi segala maklumat, lepas tu aku stuck. Dekat bahagian pilihan kursus dan universiti(?) Haih. Lemah betul sampai dekat bahagian tu. Aku pulak sekarang target nak ke financing. Tapi bila usha, kos financing banyak dekat belah utara takpun Malaysia seberang punya U. Halahhhh. Sis dah penat lah nak travel for hours and hours. Kalau bulih mahu yang dekat dekat aja. Tapiiii itulahhhh, yang dekat mesti tak menepati syaratlah, tak de kos yang berkaitanlah. Ergh. Stress jua ni.

Sekarang aku isi je yang mana aku rasa mampu bawak and penuhi segala syarat memandangkan web UPU pun dah mudah nak check syarat, kelayakan semua. So, shout out to anyone yang mengisi UPU, do think your choice over and over again, bulatkan hati betul-betul because it is your future that you're gambling on ! Kalau perlu, sentiasa buat istikharah ! 

Sekarang, kita tunggu announcement pemenang GA RM1000 yaa hihi.



edited with : canva.com



p/s: rasa macam nak post cerpen la... bulih ka ?

with me,
-thes

6 comments:

  1. Alhamdulillah syukur results SPM anak Mrs. A tyang sulung tu Mrs. A terima seadanya. Tahniah juga Mrs. A ucapkan buat mereka yang amik results hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALhamdulillah... seronok anak Mrs.A dapat ibu yang macam ni.. hihi

      Delete
  2. Replies
    1. hahaha.. bukan rezeki saya nampaknyaa

      Delete
  3. Result SPM Hana tak berapa sihat lah kak... hahah tapi tu cerita 2 tahun lalu lah ngehehe :P
    .
    Btw, Hana pun dah isi UPU recently... so good luck to us!! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. move on hanaaa nak masuk alam degree sudah kita ni.. ihiks

      Delete