Saturday 19 December 2020

Code Name Cobra by Sara Aisha

December 19, 2020 12 Comments
 Assalamualaikum, good day dearest ! Happy weekend semuanya ! Anyway, here is another draft posted ! Hm, aku rasa ada dalam tiga ke empat buah novel hasil garapan Sara Aisha yang akan aku post bulan ni soooo, hah terimala.



Tajuk : Code Name Cobra
Penulis : Sara Aisha
Mukasurat :705 pages
Penerbit : SA Publication
Terbitan : Julai 2020
ISBN : 9789671771402
Blurb :

2019, RED OPERATION
Objektif: Jatuhkan ketua paling tinggi dalam jaringan kumpulan kongsi gelap The Sun Society 
Misi: Menyeludup masuk ke dalam kumpulan Red Sun
Sasaran: Athena Li

"Athena? As in... the Greek goddess?"
"Lebih tepat lagi, the goddess of war."

Bagi Kai, dia tidak peduli. Sama ada wanita itu ialah dewi peperangan atau pun tidak. Yang pasti dia ialah Cobra. Salah seorang hacker terbaik di Malaysia, merangkap salah seorang ejen terbaik dalam organisasi rahsia, The Shadow. Dia akan menyeludup masuk macam ular, dan akan keluar macam ular. Tiada siapa yang tahu, kecuali bila mereka mati terkena bisanya.

Namun...

Berdepan dengan seorang Athena Li, bukanlah semudah yang dia jangka. Wanita itu benar-benar cocok dengan namanya. Dingin, keras, bijak, manipulatif dan... kejam.

"Huh, berlagak malaikat!"
"Malaikat? Tak. Kenapa aku nak jadi malaikat, kalau aku booleh jadi syaitan?"

Tidak cukup dengan itu, Athena membuat sesuatu. Tidak terjangkau dek akalnya. Tidak terduga oleh The Shadow. Misi mereka dalam bahaya. Lebih-lebih lagi, bila Athena menjatuhkan bom paling besar.

"Nice to meet you, I am..."

Sekarang, apa yang akan berlaku? Bila Kai bukan setakat perlu menjayakan misinya, tetapi juga perlu berdepan dengan Athena. Lagi haru, bila dia mula menyedari... bahawa sesungguhnya, dia sudah jatuh cinta pada wanita berbahaya itu.

Here we are, back with Sara Aisha's new series (aku rasa this is her first series sebab novel lain boleh baca stand alone), 'The Shadow'. Okay, pertama-tama, ucapan tahniah aku ucapkan kepada Sara Aisha sebab dah ada her own publication company! Yeay to you !! At first, aku taknak beli sebab it is series and aku tak berapa minat nak menunggu for the next book. But then aku punya niece beli and dia suruh aku baca. Well, orang dah bagi pinjam takkan aku nak tolak kot.

Aku rasa dalam sebulan lepas aku banyak baca karya SA, so aku perasan cara penulisan dia and dia punya style and that kind of weird sebab selama aku membaca aku tak pernah perasan benda ni. So yeah, this novel feels like typical SA. Typical yang macam mana? Typical dari segi writing style je. Plot penceritaan, flow, pace memang dynamic, kalau tak bosan la pembaca kalau sama je kan,.

Permulaan cerita je dah buat aku berdebar-debar, mana tidaknya Kai tiba-tiba pulak kena kejar dengan geng kongsi gelap. Tanjat gegirl. It is very interesting and berjaya buatkan aku fokus. Macam selalu, novel thriller SA memang macam movie. Berdebar-debar kita dibuatnya. Lagi-lagi masa The Shadow confront cho kun The Sun Society. 

At first aku rasa macam novel ni semuanya predictable and the only obstacle was cabaran The Shadow untuk tumpaskan The Sun Society je. But girl, how wrong can I be? That plot twist shocked me to the core! Rupanya ada rahsia disebalik seorang Athena and that secret almost buat aku berhenti baca. Haih, nasib baikla Athena punya character ni admirable.

Untuk pertama kalinya, aku baca novel thriller SA dalam pace yang sangat perlahan. Aku ambil masa seminggu untuk habiskan novel ni despite the great plot, flow and writing. Mungkin sebab aku baca masa mood aku ke bawah so aku tak berapa nak excited. And satu lagi aku rasa sayang nak habiskan bacaan. Maklumlah, aku tak sure bila lagi aku dapat baca physical novel hahaha. Nak tunggu beli sendiri hmmmmm.

Oh ya, watak Kai ni tak macam Ryu mahupun Alex, yang most of the time serious, itu Wolf. Dia ni macam hm in between sikit. Ada masa dia serious nak mampus and ada masa dia punya playful tu aku pun dok tersengih. Oh, another fact, aku suka cara SA tukar ganti nama antara Kai dengan Cobra based on situation. Interesting play. 

And now aku excited for the next The Shadow agent !

p/s: for few number of scene of Wolf, kenapa aku rasa dia ada aura Han Tae Woong (Jo Dong Hyuk) from Rugal ? 

-thes

Sunday 6 December 2020

Aku Lelakimu by Sara Aisha

December 06, 2020 5 Comments
Assalamualaikum, good day dearest ! Happy weekend semuanya~ Here is another #bookreview to spice up your day. Actually aku dah baca novel ni dua bulan lepas, kot and aku dah siap tulis review lama jugak la tapi entah kenapa aku dok peram lama dalam blog ni.


Tajuk : Aku Lelakimu
Penulis : Sara Aisha
Mukasurat : 743 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : September 2017
ISBN : 9789674690625
Blurb : 

"I'm the only PhD in serial murder." - Ted Bunny
"You could smell the blood." - Richard Ramirez

Membaca pengakuan daripada pembunuh bersiri terkenal dunia sudah cukup menggerunkan. Tetapi bagaimana kalau anda yang menjadi sasaran?

Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatkan Tihani Rose sudah terlalu lali dengan mayat dan pembunuhan. Namun satu panggilan pada malam itu, mengubah segala-galanya.

"Tihani Rose... Suara kau memang manis."

Dia diselamatkan oleh seorang lelaki yang langsung tidak dijangka-jangka. Lelaki yang pernah menghentak jantungnya dengan pengakuan...

"I am obsessed with serial killers."

Kemunculan Alexander Aryan bukan sekadar itu. Datangnya membawa memori silam dua belas tahun lalu. Katanya, mahu menjaga dan melindungi. Tetapi, benarkah dia sekadar seorang pelindung?

"Izinkan I ambil mood musim luruh ni, izinkan I guna keberanian yang tiba-tiba muncul ni, untuk luahkan apa yang ada dalam hati I." - Tihani Rose

"Tia, don't do this. You're hurting yourself." - Alexander Aryan

Bila seorang demi seorang remaja perempuan dibunuh, Tihani akhirnya mengetahui kebenarannya. Mereka semua dijadikan bahan latihan sebelum White Killer mendapatkan dia.

"You shall be my masterpiece, Tihani Rose." - White Killer

Tetapi White Killer tersilap besar. Tihani Rose tidak akan semudah itu menyerah. Untuk setiap titis air mata yang mengalir, untuk setiap titis darah yang menitik dan setiap penderitaan yang dia tanggung, Tihani akan melawan semula.

"Kau nakkan nyawa aku? Baik. Bring it on. Malam ini, hanya akan ada salah seorang daripada kita yang selamat." - Tihani Rose

Cabaran akhirnya dilempar. Mereka sudah sama-sama jadi gila. Dan Alex semakin terdesak! Mampukah dia jadi sang penyelamat? Atau dia perlu membebaskan kegilaannya sendiri? Kerana sesungguhnya, dia juga bukan manusia biasa.
Okay, this is another  movie-like novel from Sara Aisha. From the very start lagi dah rasa very suspense. A great way to start your novel, naikkan perasaan tertanya-tanya pembaca. Ugh, memang susah aku nak berenggang dengan novel ni. Bila aku teruskan baca, eh tiba-tiba time frame and situation dah berubah. Ish memang geram la kan pertanyaan kita tadi tak terjawab. Haih. Macam-macam teori aku keluarkan sambil-sambil aku baca tu. Alex dengan Tihani kenal satu sama lain lah, Rafael pernah kena reject dengan Tihani lah, Alex sebenarnya kenal rapat dengan Eireen lah, and macam-macam lagi. Tapi semuanya mengarut belaka.

Lagi jadi tanda tanya bila Alex kata dia kenal Tihani berbelas tahun lamanya sedangkan Alex ni seorang penulis cerita jenayah betul and Tihani pulak wartawan jenayah. Path diorang pun macam tak pernah cross sebab sorang duduk New York sorang kat Malaysia. Nasib baiklah soalan aku terjawab dalam masa yang agak singkat. Yang menjadi persoalannya is why White Killer nakkan Tihani. Kenapa mesti Tihani sedangkan mangsa-mangsa dia semuanya umur 17 tahun. 

Penulis menggunakan topic yang sangat interesting iaitu sociopath, serial murders and also one other medical conditioned yang Alex ada. Bagi aku, serial murders ni satu topic yang menarik tapi aku taklah obsess sampaikan pergi kaji every serial killers out there. Aku memang minat tengok drama criminal (mostly Korean) dan mostly mesti ada kisah pembunuh bersiri ni. Sociopath pulak is one of the antisocial personality disorder. White Killer ada penyakit ni and walaupun penulis tak beri penekanan sangat pada penyakit ni there still is the situation yang menampakkan dia seorang sociopath. 

Alex punya conditioned mengingatkan aku pada drama Korea Selatan bertajuk 'He Is Psychometric' dimana salah satu watak (Kang Sung Moo) ada conditioned yang similar to his, but not. Aku tersilap sebab Alex still ada rasa empati, sayang, bersalah dia cuma tak boleh rasa takut, tu je. Kang Sung Moo memang tak faham dan tak tahu semua perasaan. Keadaan Alex ni dipanggil Urbach-Wiethe disease and Kang Sung Moo ni menghidap Alexithymia (erm ada Alex pulak kat situ) disease.

Pace pembacaan aku memang boleh kata laju jugak la sebab separuh hari dah habis separuh novel. Mungkin sebab plotting penulis yang sememangnya cun ditambah pulak dengan perasaan suspen, juga persoalan yang berbangkit tentang kisah silam Tihani, tentang Alex, tentang Rafael dan juga White Killer. Memang susah untuk aku slow kan pembacaan bila theme yang penulis gunakan memang menarik minat aku.

Bagi aku novel ni penuh dengan info menarik tentang pelbagai topik. Memang banyak research yang penulis buat before tulis novel ni and usaha tu tak sia-sia. Novel ni memang tip top and best gileeeer! Cuma itulah, pengakhiran seorang White Killer buat aku rasa geram sikit. Tapi kalau berlaku dalam alternatif lain, big possibility novel ni jadi lagi panjang.



-thes