Assalamualaikum, good day dearest! Dah la review ni terperap, harapnya dah cukup la rasanya, hehe.
Tajuk : Melirih Kasih
Penulis : Marissa
Mukasurat : 448 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : November 2017
ISBN : 9789674690649
Blurb :
Bukan senang untuk Faizal jatuh cinta. Tapi entah kenapa mudah pula dia jatuh cinta dengan rakan sekerjanya sendiri. Ada sesuatu yang menarik tentang Nurul yang membuatkan Faizal tak mampu melupakan cintanya terhadap Nurul.Seksi mungkin tidak, cantik memang ya. Tapi Nurul mampu membuatkan hidup Faizal menjadi ceria.Faizal terpaksa gigit jari bila Nurul beritahu, dia sudah ada teman lelaki. Perlahan-lahan Faizal tarik diri dan doakan Nurul dari jauh.Namun, seperti ada sesuatu yang menghempap kepalanya bila Nurul beritahu dia sudah mengandung anak teman lelakinya dan lelaki itu sudah menghilangkan diri."Saya mengandung tiga bulan.""Awak mengandung?""Teman lelaki awak tahu?""Tahu, tapi dia tak mengaku dan dia dah tinggalkan saya.""Jantan tak guna. Dah habis madu...""Habis tu macam mana sekarang ni?""Saya tak tahu...""Awak jangan bimbang. Saya akan selalu bersama awak. Awak percayalah, saya akan bersama awak. Cuma buat sementara waktu, saya nj awak tenangkan fikiran awak. Jangan lakukan perkara-perkara di luar kawalan. Memang dosa awak besar, tapi awak kena sedar, seesar mana pun awak buat dosa, kalau awak bertaubat, insya-Alla, semua dosa awak akan terampun."Demi cinta, Faizal sanggup terima Nurul dan bayinya. Demi cinta, Faizal pejamkan mata. Manusia mana yang tak pernah buat salah? Nurul juga perlu diberi peluang.Bayi itu lahir dan diberi nama Awliya. Kenapa raut wajah anak Nurul tak ubah seperti wajah seseorang yang amat dikasihi dan dirinduinya? Saling tka tumpah membuatkan Faizal benar-benar sayangkan Awliya tanpa berbelah bagi? Siapakah Awliya sebenarnya?
Pertama kali aku baca karya Marissa. Dari awal lagi aku dah boleh agak yang Awliya ni bukan anak kandung Nurul. Well, baca blurb pun boleh teka. Persoalannya, anak siapa? Apa pulak kaitan dengan Faizal. And bila baca blurb aku cuma fikir, ex-girlfriend, ex-wife dan seumpamanya. Nak tahu anak siapa? Teruskan baca.
Faizal dengan Nurul kenal dekat tempat kerja. Kalau aku tak salah, Nurul ni assistant Faizal and both of them baru lagi join syarikat tu. And sebab dorang selalu jumpa and ngam pulak, hubungan mereka agak rapat. Cuma aku rasa watak Nurul ni macam inconsistent, but then so are woman. Huhu. Maybe aku jarang jumpa watak heroin yang bebetul macam perempuan. Dia mengaku ada boyfriend pun sebab dia dapat rasa yang Faizal suka dekat dia.
Bagi aku novel ni so-so je. Boleh kata takde apa yang menarik. Oh, the fact that Nurul ada anak luar nikah tu yang buat lain sikit kot. But turnout anak tu bukan anak dia pun. Cuma dia dilantik as penjaga kepada Awliya selepas akak angkat dia, Kak Husna meninggal dunia. Aku, sangat tak setuju dengan cara Nurul yang mengaku dia mengandung walhal tidak. Seolah-olah dia buka aib sendiri. Aib yang dibuat-buat pulak tu. Rasanya banyak lagi cara lain untuk sorokkan identiti Awliya selain cara macam tu.
Faizal and Nurul sepatutnya jadi watak utama dalam novel ni tapi entah kenapa aku rasa watak Kak Husna lagi penting. And, the whole novel seriously centered around Kak Husna. Sepatutnya watak dia dimmed la sikit daripada Nurul and Faizal tapi aku rasa lagi menyerlah Husna berbanding dua watak utama tu.
Kenapa aku kata watak Kak Husna nampak lagi menyerlah? First, dia ada suami. And suami dia nak kahwin lain atas alasan Husna tak mampu bagi dia anak. Jadi mereka bercerai atas kehendak Kak Husna. Second, family Kak Husna, minus adik beradik dia salahkan Kak Husna atas penceraian tu. Memang terasa la dia punya social problem tu. Apa-apa jadi dekat satu perkahwinan, mesti perempuan dulu yang disalahkan. Haihh. And last, Kak Husna ni ada barah rahim (kalau tak salah aku la) and at the same time dia dapat tahu dia mengandung. Kalau dia teruskan kandungan, nyawa dia dalam bahaya. Rasanya boleh agak dah siapa anak dia and apa jadi dekat Husna.
Awal-awal aku rasa agak janggal dengan penggunaan bahasa dalam novel ni. Aku rasa susunan ayat, perkataan yang digunakan terlalu baku. Dah rasa macam baca karangan BM. Tapi lama-lama dapat jugaklah aku adapt. Pace aku baca novel ni boleh kata laju la jugak (sebab aku nak habiskan before busy dengan tests huhu)
Ada few issue yang berkaitan agama jugak dalam novel ni. Lagi-lagi bab zina and anak luar nikah. Tapi tak dibincangkan pun sebab benda tu tak terjadi. Sekadar mention angin lalu. Untuk aku ulang baca novel ni mungkin tak dalam masa beberapa tahun ni.
-thes
9 Comments
suka juga baca buku Marissa tapi tak pernah lagi baca novel ni sebab tengok review banyak yg tak best..
ReplyDeletehttps://www.tiarasaphire.com/2021/06/drama-korea-taxi-driver-2021.html
su baru je nk try baca karya Marissa ni... dulu pernah baca Teduhan Kasih tapi separuh jalan, macam okay...
Deletepenceritaan mcm ni byk dah dalam novel-novel atau drama kan..
ReplyDeletenovel tak berapa pasti sngat sebab banyak baca yang action-thriller-romance.. drama melayu dah lama tak tengok hehe
Deletebahasa baku sngt ok juga..dpt belajar BM semula haha
ReplyDeletehahahaha
DeleteBahasa tu boleh bt pembaca fhm dan belajar bhasa melayu semula. Tp tertanya siapa mak awliya tu
ReplyDeletemungkin juga... mak awliya, jawapannya ada je dalam review tu ahahha
DeleteNampaknya sy kene beli novel ni hah. Nampak bestnyaaaa. Alahai
ReplyDelete