Sebelum Lamaran Diterima by Ayumi Syafiqah

Assalamualaikum, good day dearest! Apa khabar semua? Berminggu-minggu dah aku dok perap review ni. Haih.. Dengan keadaan laptop yang screen mengganggu mata ni nak buat apa pun hilang mood. Nantilah aku bawa pergi baiki haih. Anyway, novel ni best gileeer!





Tajuk : Sebelum Lamaran Diterima
Penulis : Ayumi Syafiqah
Mukasurat : 456 pages
Penerbit : Anaasa Publication
Terbitan : April 2018
ISBN : 9789670870540
Blurb : 

They say a princess always waits for a prince to come and save her, right? Well, this princess saves herself. Itulah moto hidup yang dipegang Kamilia Asyiqin atau Cami, selama ini. Dia tidak perlukan mana-mana lelaki untuk berjaya dalam hidup. Sebab itulah calon-calon suami yang dicarikan oleh mamanya, Julia ditolak mentah-mentah.

"Apa masalah Cami ni? Semua calon yang mama carikan untuk Cami, semua Cami tak nak. Cami nak yang macam mana sebenarnya?" - Julia
"Anak Aunty Marida tu orangnya baik, taat orang tua, ada kerja bagus. Kenal dengan dia pun Cami tak nak?" - Julia
"Sounds like a mummy's boy." - Cami

Julia pula tidak mudah berputus asa. Pencarian diteruskan lagi sehinggalah takdir menemukannya dengan Adam Khairy, mesra dipanggil Kai.

Oh, mama dah jumpa lelaki untuk Cami! Dia pemilik sebuah kedai perniagaan komik. Dia obses dengan superhero! Tapi yang penting, dia baik hati!

"Pernahlah tengok Superman. Peter Parker is so not my type." - Cami
"Sorry, sweetheart. Peter Parker is Spider-Man, not Superman." - Kai

Bagi Kai, bertemu dengan Cami bagaikan satu anugerah yang selama ini dinanti. Apatah lagi dalam masa yang sama dia sedang berdepan dengan dilema untuk menyertai konsert tribute buat arwah ayahnya, Allahyarham A. Iskandar, seorang penyanyi yang pernah terkenal suatu masa dulu.

Bersama Cami, dia mula menelusuri kehidupan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dan mula membongkar rahsia yang selama ini tersimpan kukuh. 

Hari demi hari yang berlalu, hati Cami yang tegas dengan prinsip mula goyah. Dia jatuh cinta tanpa sengaja!

"You sounds like a jealous girlfriend," - Kai
"Good night, Kai." - Cami

Tapi, sebelum lamaran diterima, Cami perlu jawab soalan hatinya sendiri. Betul ke cinta atau suka semata-mata?

Novel yang pada mulanya aku agak skeptik nak baca. Sebab cover dan tajuknya screams romance! Tapi disebabkan aku sangat intrigued dengan blurb, aku beli jelah.

Novel ni dibahagikan kepada tiga bahagian utama; Bahagian I, Sebelum Lamaran Diterima. Dimulakan dengan babak yang menggeletek hati aku bila Cami buat hal. Disebabkan nak cancel-kan rancangan mama daripada jodohkan dia dengan anak aunty Marida, dia berlakon macam perempuan tak berapa betul masa aunty marida datang rumah. Dengan turban, make-up serupa badut sekali pulak dengan lagu yang dipasang maximum dekat speaker, memang terus makcik tu cancel nak jadikan Cami menantu. And disebabkan kejadian tu jugaklah mama nekad untuk carikan jodoh yang mampu buatkan Cami kalah.

Masa mama berkenalan dengan Kai and jujur nak kenalkan Kai dengan anak dia, Kai sebenarnya dah jumpa Cami dekat kedai komik dia. Dia yang sebelum-sebelum ni layan semua perempuan sama asyiklah teringat dekat Cami lepas diorang berbalah. Scene tu comel betul. And once dah ada peluang untuk kenal Cami dengan lebih dekat, Kai apa lagi, memang dia grablah! Bahagian satu ni relationship Kai dengan Cami ni just full of banters, teasing and a little jealousy. 

Mulanya aku ingatkan Cami ni menganggur ke apa, rupanya dia merupakan seorang blogger, instafamous juga seorang pemilik business tudung. Orangnya ada vision yang jelas and she is super independent. That's why she is a princess that does not need any saving. Tambah pulak dia punya ego tu, haih. Nasib baiklah pandai nak rendahkan ego kalau tak memang tak kahwinla dengan si Kai ni. Dekat bahagian ni jugak the untold story of A. Iskandar, seorang penyanyi yang sangat popular satu masa dulu diceritakan. A. Iskandar yang juga merupakan ayah kepada Kai, ayah yang Kai sangka pilih karier lebih daripada keluarga. 

Dengan Cami, Kai mencari tahu kisah disebalik nama A. Iskandar. Kisah yang bukan dia baca melalui keratan akhbar tapi melalui ornag-orang yang pernah berkhidmat bersama beliau. Lamaran Kai diterima Cami baik. Hari perkahwinan ditetapkan selepas konsert tribute A. Iskandar.

Bahagian II - Setelah Lamaran Diterima.  Sebulan perkahwinan adalah yang paling bahagia. Disebabkan tuntutan kerjaya, Cami semakin sibuk. Balik pun malam. Jumpa suami pun cuma di pagi hari dan lewat malam. Because of that, hubungan dorang makin renggang, komunikasi pun kurang. Bahagian ni paling banyak salah faham. Cami yang selama ni berdikari, buat keputusan sendiri masih dengan cara dia. Dan Kai pulak, terasa hati dengan Cami. Dia rasakan Cami ni seolah-olah lupa yanng dia dah bersuami.

The moment you let the crack seen by others, they will start to tear you apart. Khaira, one of those yang terlibat dengan konsert tribute A. Iskandar, menaruh rasa dekat Kai. Dan... disebabkan obsesi dia, dia cuba untuk singkirkan Cami. Being a public figure means that you live your life under the microscopes of others. Segala  kata-kata kesat, cacian ditujukan dekat Cami. And, she let those things inside of her head. Dia mula rasa yang dia tak sesuai untuk Kai. The insecurities. Bahagian ni paling seksa nak baca. Sebabnya benda kecik je tapi bila dah salah faham, jadi benda yang besar. Lagi-lagi bila Cami taknak langsung bincang, Kai pulak mengalah aje. Memang tak berkesudahan la.

Bahagian III - Lamaran Kedua. Bahagian terakhir ni ceritakan the  aftermath of Cami's kidnapping case. Cami yang hilang keyakinan disebabkan kata-kata Khaira (and those keyboard warriors), juga sebab muka dia yang mungkin akan meninggalkan parut kekal. And because of these reasons, dia tak yakin untuk berdepan dengan Kai. Lagi-lagi bila dia sedar yang dia dah sakitkan hati Kai. Nasib baiklah ada Kamil, kembar Cami yang banyak bagi nasihat and kata semangat.

Walaupun lamaran kedua Kai yang pertama ditolak, Cami akhirnya balik semula pada Kai. And sebab masa mula perkenalan mereka ada tetapkan friendship rules, untuk perbaiki rumah tangga diorang, Kai suruh Cami buat relationship rules. Bagi aku, novel ni bittersweet. It's not too bitter and not too sweet. Just nice. Paling penting it is an easy read with fun. Aku sukakan perkembangan watak Cami dengan Kai. Tambah pulak dengan watak mama yang menghiburkan sekali jugak dengan kisah A. Iskandar yang menggamit perasaan. Pakej lengkap novel ni kasi. 









-thes

Post a Comment

10 Comments

  1. Bila dah insecure memang susah nak rawat melainkan tuan punya badan sedar value dia dekat mana. Macam menarik je kisah Kai dengan Cami ni. Geram je baca bila Cami kata Peter Parker tu Superman. Tu Clark Kent okay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. truuuue! hahahha Su yang confirm bukan peminat marvel pun tahu Peter Parker tu Spiderman tapi kalau tanya yang lain tingtong la jawapannya hehe

      Delete
  2. Kalau dijadikan drama mesti menarik ni.

    ReplyDelete
  3. Dah la lawa flatlay, pahtu review best pulak tu. Aiguu~ sensei bukak kelas flatlay la. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyyyy, tak mau la bukak kelas flatlay, kita noobie lagi ni hahaha. thanks kak aien~

      Delete
  4. Dah lama ccl tak baca novel . Tsjuk novel ni pun nampak macam best

    ReplyDelete
  5. suka juga baca buku ayumi syafiqah. dulu dok cari buku ni bila ramai yang review best. pastu tak tahu macam mana boleh lupa pasal buku ni..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak dia punya buku, smpai tak tahu nak start dari mana hahaha... novel ni pun beli sebb sales haritu.

      Delete