Hanya Kamu Johanna by Dilla Ahmad

Assalamualaikum, good day dearest! Lama dah aku tak blogwalk. Ada masalah sikit dengan laptop. Ni pun update guna phone. Tapi itulah aku tak berapa gemar sangat nak guna phone. Tapi sebab dah lama tak jengah blog, aku gagahkan jugakla.





Tajuk : Hanya Kamu Johanna
Penulis : Dilla Ahmad
Mukasurat : 480 pages
Penerbit : Anaasa Publication
Terbitan : November 2015
ISBN : 9789670870083
Blurb : 

"Pasti ada sesuatu perkara yang awak buat sampai umi hantar awak ke mari, kan??" - SYED HARRAZ
"Saya dah bunuh seseorang!" - JOHANNA

Pertama kali bertentang mata dengan Johanna, Syed Harraz tidak suka dengan imej gadis itu. Dari atas sampai ke bawah, semuanya hitam. Gothic. Itulah gaya yang dibawa oleh Johanna.

Tak pernah ada perempuan yang tak menggedik bila bersama dengannya. Semua akan menempel apabila melihat wajah kacak Syed Harraz. Tapi yang ini, sedikit pun tidak menunjukkan minat kepadanya. Namun, bila adanya Johanna, hidupnya tidak lagi sunyi. Gadis itu merubah rutinnya. Bagi Johanna pula, hadirnya bukan untuk memikat sesiapa. Jauh sekali Syed Harraz Hussain. Siapa sangka, dia boleh berkawan baik dengan lelaki senyum senget itu.

"Nak ke mana tu?" -  SYED HARRAZ
"Nak sambung kerja gualah, bro!" - JOHANNA
"Aik? Layanlah aku makan dulu. Aku sorang-sorang aje makan ni." - SYED HARRAZ
"Lu tu bukan  suami gua, bro... Nake kena layan bagai!" - JOHANNA

Setiap kali panahan mata bundar itu tepat memandangnya, jantung Syed Harraz berdegup laju. Hati mula memainkan tempo.  Dunia ini ana yang punya!

Tapi, apabila si abang suarakan rasa suka pada Johanna, jantung pula berhenti berdetak. Nafas seakan sudah tersekat. Senyuman si abang meluluhkan perasaan. Syed Harraz hanya mampu berdiam. Dia hanya mampu melihat. Kepada Johanna disampaikan pesan. Kerana cinta ini tidak memandang siapa aku dan siapa kamu!

Pertama kali aku baca karya daripada penulis ni. Permulaanya not bad. Syed Harraz yang sentiasa dengan perempuan keliling pinggang kena tangkap basah dengan perempuan Cina! Nasib baiklah ada kawan baiknya si Remy dengan Kevin dalam rumah tu, dan pembantu rumah pun ada jadi kes digugurkan. Malangnya, disebabkan kes tu, bapanya menjatuhkan hukum mencari calon dalam masa setahun. Kalau tidak akan dijodohkan dengan pilihan mak tirinya.

Perkenalan Johanna dengan Syed Harraz bermula bilamana Johanna dihantar ke rumah Syed Harraz untuk bantu pembantu rumah Syed Harraz. Mulanya aku ingatkan umi yang disebut dalam blurb umi kepada Syed Harraz tapi rupanya umi tu merupakan penjaga rumah pemulihan akhlak, tempat Johanna tinggal. Sehari ditugaskan di rumah  Syed Harraz, Johanna dah buat hal. Dengan bahasa panggilan dia punya rock, Lu-Gua nyahh! Dengan Syed Harraz yang tuan rumah tu pun dia main taram aje. Maklumlah, dia dihantar pun sebab hukuman umi dan dia tak dibayar gaji.

Penceritaan novel ni santai aje. Dengan bahasa pasar yang Johanna guna. Tambah pulak dengan babak-babak gila-gila antara Syed Harraz dengan Johanna memang meriah aku ketawa. Part Syed Harraz bawak Johanna ke makan malam keluarga kononnya nak jadikan fake girlfriend upahan tapi bila dah sampai boleh pulak dia tergoda dengan si Naomi yang seksi, calon pilihan mak tirinya. Bebal sungguh Pak Syed yang satu ni! Nasib baiklah ada si abang, Syed Haziq yang layankan Johanna.

Hubungan Johanna dengan Syed Harraz makin rapat lepas  Syed Harraz berjaya pujuk Johanna yang merajuk sebab buat dia macam orang bodoh masa makan malam tu. Konflik mula bila Syed Haziq mula tunjukkan minat dekat Johanna. Hah, tak tentu arah  Syed Harraz dibuatnya! Nak merelakan si abang yang dah dua tahun menyendiri bahagia tapi hati sendiri sakit. Johanna pula, mulutnya memuji lebih ke Syed Haziq tapi hatinya menyebut Syed Harraz. Haihlahh.

Konflik ni, taklah berat pun. Biasa je sebenarnya and boleh resolve kalau bincang baik-baik. Tapi, sebabkan Syed Harraz ni ingatkan Johanna suka dengan abang dia, dia pun let go aje. Malangnya, niat baik Syed Haziq nak memeperisterikan Johanna tak kesampaian bila nyawa terpisah dari jasad. Wasiat yang ditinggalkan menyatukan Johanna dan Syed Harraz demi anak-anaknya. Nasib baiklah pihak Johanna dengan  Syed Harraz ni takde halangan sangat. Cuma si Naomi tu ajelah yang acah nak malukan Johanna dekat majlis dia tapi dia pulak yang dimalukan balik. Lol.

Dalam rumah tangga dorang ni takde konflik pun. Cuma part jealous sikit, merajuk sikit tu biasalah. Dapat pulak anak-anak express. Memang meriah la perkahwinan mereka. Rancangan si mak tiri pulak menjadi fokus.  Syed Harraz yang dah tahu mak tiri dia ni nakkan kuasa dalam syarikat teruskan siasatan and  akhirnya berjaya selamatkan ayah dia daripada terus jadi mangsa si perempuan tamak.

Bagi aku, flow penceritaan cantik tersusun. Semuanya berlaku sedang elok and fit perfectly. Dengan permulaan yang gila-gila, buatkan aku terhibur membaca. Part konflik, macam yang aku cakap taklah buatkan aku stress nak tolong cari solution. Konfliknya tak berat hatta part si mak tiri merancang nak dapatkan syarikat keluarga Syed Harraz. Overall, simple but enjoyable read. Insya-Allah in future, boleh check novel daripada penulis ni lagi.
-thes

Post a Comment

15 Comments

  1. menarik juga cerita ni walaupun mula-mula macam cliche..haha..tapi, saya suka cara su review novel ni, teratur dan tenang je

    ReplyDelete
  2. lama dah ammi tak baca buku fizikal..

    im yr 240th follower

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang baca ebook je tapi su prefer buku fizikal, feeling sikit hehe..

      Nnti su follow kak ammo semula ya.. terima kasih

      Delete
  3. macam kelakar baca sinopsis tu. Mesti terciduk syed harraz tu bila jumpa johanna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha memang punn, lagi-lagi dengan selamba Johanna tu

      Delete
  4. lama dh xlayan novel..
    jalan cite mcm menarik jgk ni..

    ReplyDelete
  5. Happy reading su..
    jemput join GA kak shida ya su :)

    ReplyDelete
  6. Kalau buat drama ni macam best. Hehe Malas nak baca novel.. Dah lama tak baca novel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jadi drama pun okay kot... Su dh lama x layan drama dekat tv.. tengok yg ada dekat tube je

      Delete
  7. Tak berapa suka juga bw guna fon hehe rasa tak puas. Dh lama xmembaca novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn tapi nak nak buat mcm mana ni terpaksa sebb lappy problem

      Delete