Friday 3 December 2021

# bookreview # e-book

Ayla Hanna by Syu Ariani

Assalamualaikum, good day dearest! Setelah berbulan-bulan daku peram e-book AH ni, berjaya jugaklah habiskan dalam masa sejam dua.






Tajuk: Ayla Hannah
Penulis: Syu Ariani
Mukasurat: 421 pages
Penerbit: BLEU Fantasy Publication
Terbitan: Februari 2021
Format: e-book (PDF)
TELAH DITERBITKAN DENGAN TAJUK: Di Hatiku
Blurb: 

Dia suka menyendiri bersama lakaran busana, sesekali melempar pandangan pada Selat Johor. Dia simpan luka di hati tanpa berkongsi dengan sesiapa. Itulah Ayla Hannah.

Saat takdir pertemukan Hannah dengan Anaqi, Hannah mengerti sesuatu.

Mereka sama. Mereka tidak sempurna.

Namun dalam keterpaksaan itu, Hannah bahagia. Lily, Anaqi, Rizman dan Kaer tak pernah gagal menceriakan harinya. Tetapi...

"Aku nak kau kahwin dengan Thariq." - TUAN SALLEH

"AH Empire perlukan kau."- ATILIA

Insan-insan yang membenci dan dibenci Hannah seumur hidupnya, muncul menggangu ketenganan. Dia juga semakin diingatkan tentang asal-usulnya, tentang tarafnya yang sering dipandang hina.

"Pada aku, Hannah tetap sempurna." - ANAQI

Di penghujungnya nanti, tetap sempurnakah Hannah di hati Anaqi?

Kematian ibu angkatnya membawa Hannah kepada pangkuan keluarga kandung. Cumanya... kehadirannya langsung tak disenangi sesiapa kecuali atuknya, Tan Sri Abdullah. Namun setelah datuknya pula kembali ke rahmatullah, Hannah membawa diri ke selatan, jauh daripada manusia yang langsung tidak mahukan kehadirannya.

Melepak dekat KFC sambil melakar busana pengantin memang aktiviti favorite Hannah, dapat pulak kedudukan KFC tu berhampiran laut, memang mendamaikan hati yang lara. Lily, satu-satunya kawan baik yang Hannah ada tetapi selepas kebetulan yang membawa mereka mengenali tiga orang lelaki di majlis perkahwinan kawan lama menambah senarai kawan Hannah. Kaer, Rizman dan Anaqi.  Aku suka dengan persahabatan mereka.

Aku suka baca every one of their interactions. Lagi-lagi bila Rizman dengan Lily dah mula 'berperang'. Cute wehhh. Paling best masa Kaer duk mengadu dekat Nek Wan yang Hannah tak kasi dia dekat dengan Atilia apalah comel sangat Kaer ni!

Aku baca e-book ni lepas aku tengok movie 'A Way Station', dah melalak tengok movie tu hah ni sambung sedih baca e-book ni. Tak cukup dengan Hannah punya background, sekali Anaqi punya kisah silam pun tak kurang deritanya. 

E-book ni pendek je ceritanya tapi cukup padat. Untuk aku, kira dah lengkap dah. As for Anaqi dengan Hannah punya relationship, haih tak comel bukan hero-heroin kak syu lahhh. I kenot! Anyway, kalau nak dapatkan e-book ni aku mintak maaf awal-awal sebab tak salah aku kak syu dah tak ambil order sebab ia bakal dibukukan! Soooo, kalau nak jugak, hampa trylah bodek penulisnya, Syu Ariani. Hehe.

-thes

10 comments:

  1. berbaloi cerita ni kan menarik kisah pershabtan mama pun suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaaa, baca pasal friendship dorng tu rasa cute sangattt

      Delete
  2. antara kelebihan orang membaca novel ini...ialah mempunyai kosa kata yang banyak dan menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulll cuma entah bila pulak kita nk guna kosa kata tu hehe

      Delete
  3. bestnya KFC dia menghadap laut. Hannah duduk dekat area Muar ke?

    ReplyDelete
  4. Ala.. tak tahu pula penulis ada keluarkan ebook.. rugi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takpe kakshaa, dengarnya ebook ni nak diterbitkan, tambah lagi sikit kisah antara enam sekawan niii

      Delete