Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Permata Hati
Penulis: Rehan Makhtar
Mukasurat: 408
Genre: Keluarga, Drama
Penerbit: Karyaseni
Terbitan: 2016
ISBN: 9789674690199
Blurb:
Pada Sofia, Aizudin adalah lelaki sempurna. Suami yang terbaik dan ayah penyayang. Namun, dia lupa. Yang sempurna itu hanyalah Tuhan. Bukan manusia. Kerana itu, bila terbukti Aizudin itu manusia yang khilaf, dia hampir terduduk.
"Abang ada buat salah besar..." - AIZUDIN
"Dengan siapa?" - SOFIA
Air mata Sofia jatuh terseka. Untuk memaafkan Aizudin sudah cukup sukar, ini pula untuk tunaikan permintaan suaminya? Dia sudah tiada kekuatan berbaki.
"Sofia nak cakap abang pentingkan diri sendiri. Rosakkan bahagia keluarga kita selama ni. Tapi abang tak nak terus berdosa dengan sembunyikan semua ni daripada Sofia." - AIZUDIN
"I trusted you for life time, abang and this is how you pay me..." - SOFIA
Manusia, hanya mampu merancang tapi tiada upaya untuk kita tentukan segalanya. Sofia tabah memujuk hati biarpun seringkali berperang dengan kebencian dalam hati sendiri. Kerana cinta dan kasih pada Aizudin yang tak pernah terhakis seinci pun, dia terima segala ujian. Dia tak akan biarkan Aizudin karam kerana kesilapan.
"Apapun jadi, penceraian bukan pilihan..." - SOFIA
"Terima kasih, sayang..." - AIZUDIN
Di saat hati menerima dan ujian itu berjaya ditepis, dugaan itu hadir lagi di depan mata. Sofia terduduk dalam tangisan bisu. Aizudin bagai mahu tersembam menahan beratnya ujian.
"Dia hanya pinjaman. Sofia relakan dia pergi, abang..." -SOFIA
"Abang juga relakan da pergi..." - AIZUDIN
Tak ubah seperti telah jatuh tertimpa tangga. Aizudin memejamkan mata. Menyebut nama Tuhan berkali-kali. Redha dengan segala ketentuan bila permata hatinya dibawa jauh pergi.
Permata Hati membawakan sebuah kisah ringkas tapi cukup padat dengan teguran dan pengajaran dan aku habiskan novel ni in one sitting. Instead of young love, hero dan heroin kalini dah berumah tangga selama belasan tahun dan punya seorang anak perempuan.
Aizuddin dan Sofia, walaupun dah lama berkahwin tapi kemesraan mereka seolah baru seminggu berkahwin. Bagi Sofia, Aizuddin adalah lelaki yang paling sempurna dan istimewa. Dan apabila satu rahsia yang Aizuddin simpan rapat terbongkar, kepercayaan Sofia musnah.
Plot cerita, konflik, dan rahsia yang tersimpan sebenarnya sangat predictable tapi sebab olahan penulis yang baik, ceritanya takla jadi bosan. Dengan segala mainan emosi yang penulis bagi, fuh, tersentap-sentap jantung aku ni ha. Mata jangan cakap la, macam paip bocor. Dengan hidung-hidung pun ikut berair. Seksa betul.
Villain dalam novel ni walaupun takde, aku tetap bengang dengan beberapa orang, kenalan Aizudding, Herman dan isteri dia terutamanya. Aizuddin sendiri pun agak menyakitkan hati jugak la time flashback time dia dekat Indonesia tu. Tapi dari kesilapan dia ni la kita boleh belajar.
Ending dia jangan cakap la. Walaupun dah expect, tapi tetatp sakit bila jadi. Sedih habis mat. Rehan Makhtar punya penulisan, mana je yang tak sedih? Cer share. Apapun, its a good book to read for leisure, tak payah pening-pening, kau nangis jela. Hehe.
-thes
0 Comments