Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: The Silent Killer
Penulis: Nur Izzah Hani
Mukasurat: 727
Genre: Romantik, Aksi
Penerbit: BesQ
Terbitan: 2016
ISBN: 9789671395981
Related title(s): Permata
Blurb:
Jumpa - gaduh
Lepak sama - gaduh
Study sama - gaduh
Tak tahu bila masanya terbit rasa yang satu itu. Bila dekat, gaduh merajuk pukul sana sini. Bila jauh, ada yang merindu dan ada yang sampai masuk wad.
Pelik!
Tetapi Hani dan Irfan jenis sempoi. Bukan jenis touching tangkap leleh segala. Mereka ada cara mereka sendiri. Malah telepati yang kuat antara mereka, jarang ada pada yang lain. Tahu bila salah seorang dari mereka saling memerlukan. Tahu bilamana mereka perlu bertindak. Tak perlu secara lisan, dengan hanya pandangan juga mampu menghantar mesej.
Bila Dark Knight dan Black Rose muncul, terlalu banyak rahsia yang tersembunyi sehinggakan Hani jadi keliru dengan Irfan. Dia benci bila Irfan terlalu berahsia dengannya sedangkan mereka sama-sama The Silent Killer!
Cerita bermula di zaman persekolahan, yang seorang pelajar baru, yang seorang pelajar tak baru. Disebabkan si Hani yang garang dan tegas, tak ramai yang sanggup berkawan dengan dia. Sampailah si Irfan ni muncul dan sesuka hati dia saja duduk dekat meja Hani. Dan kerana pemadam, perang antara mereka meletus. Masing-masing tak reti nak mengalah, apa saja yang boleh bertikam mulut, mesti bertikam, apa saja yang boleh bersaing, mereka ada disitu.
Jujurnya, aku agak pening dengan jalan ceritanya. Tambah pulak penulis banyak menukar babak secara tiba-tiba, sekejap di makmal kimia, sekejap di padang, sekejap di bilik siaraya. Eh pening aku, nak follow cerita pun agak tersangkut-sangkut. Hampir jugak la aku nak men-DNF novel ni. Tapi aku gagahkan juga baca. Bermulanya zaman universiti mereka, minat aku dengan jalan ceritanya auto ke tahap max. Ada persoalan yang harus dijawab. Dengan tindak tanduk Hani yang mencurigakan dan boleh pula si Irfan ni main-main kenal tak kenal, aku mula meneka-neka.
Aku sangkakan novel ni akan memberikan aku konflik yang berat tapi aku silap. Walaupun bukunya mececah 700+ pages, konflik antara Irfan dan Hani tidaklah berat mana. Plot ceritanya lebih kepada kisah perkenalan dan permusuhan Hani dengan Irfan ni je. Walaupun hanya itu, tapi ceritanya sangat seronok dibaca. Tambahan pula penulis banyak include ilmu dan pengetahuan lain jadi penceritaannya taklah kosong semata.
Dengan chemistry antara dua watak utama ni, memang takkan bosan la. Sekejap sejuk sekejap panas, kalau masa bergaduh tu, hah, jangan la sesiapa tegur dua ni, alamat meletup dekat salah tempat. Aku suka part dua ketul ni duk prank satu sekolah buat itu ini, perangai dua-dua memang serupa tapi tak sama, pokoknya mereka memang serasi bersama! Watak-watak sampingan pun memainkan peranan penting jugak. Takdela ceritanya hanya tertumpu pada watak utama sahaja. Banyak juga pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah watak-watak sampingan.
Bagi aku, penulisan NIH ni seakan penulisan arwah Melur Jelita. Tapi ni hanya pendapat aku saja lah. Kedua-dua penulis ni banyak selitkan ilmu baru dan pengajaran dalam setiap watak yang mereka berikan. Babak aksi pun diselitkan serba-sedikit. Jadi, kalau korang enjoy baca ILUS, aku rasa korang akan enjoy baca TSK ni. Kudos to penulis untuk penulisan yang hebat ni. Insya-Allah akan datang aku akan explore lagi buku-buku beliau.
-thes
0 Comments