Wednesday 15 March 2023

# bookreview # fiction

Nuansa 2 by Nur Izzah Hani

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Nuansa 2

Penulis: Nur Izzah Hani

Mukasurat: 468

Genre: Romantik, Keluarga, Jenayah, Aksi

Penerbit: AHA Publication

Terbitan: 2022

ISBN: 9786299679080

Related title(s): The Silent KillerPermata, Nuansa

Blurb:

Kes pembunuhan Anne, kes kemalangan kenderaan polis ketika memindahkan bahan bukti, kes kebakaran bilik operasi dan penangkapan Ace of Spade iaitu salah seorang Sinister Seven daripada Kumpulan Clan of Sinners hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.


"Cukup Nuha, jangan. Jangan rendahkan diri kau sama dengan mereka. Biar undang-undang yang menghukum. Biar Allah yang mengadili." - AHMAD AQIL


"There won't be another life but next time don't fall in love with an international criminal like me." - TENGKU NUHA ZUHAILIN


Mempercayai seseorang itu sama sahaja seperti menyerahkan pisau tajam kepadanya. Ia datang bersama harapan untuk dilindungi sepenuh hati atau risiko untuk ditikam tak mati. Tengku Nuha Zuhailin dan Inspektor Ahmad Aqil datang daripada dua sisi dunia yang kontra namun mereka mempunyai misi yang sama dengan motif yang berbeza iaitu menjatuhkan Clan of Sinners dengan apa cara sekalipun.


Sesungguhnya, cinta itu memerlukan pengorbanan. Tak akan wujud kebahagiaan tanpa perjuangan.


Ace of Spade. Sinister Seven. Clan of Sinners. Siapa sangka si gadis penghantar makanan FoodKoala rupanya bukan sekadar penghantar makanan? Well, not me. 


Tengku Nuha Zuhailin. Kisahnya terkubur sejak berumur sembilan tahun. Pengkhianatan yang dia terima membuatkan seorang Nuha menabur dendam. Clan of Sinners mesti jatuh di tangannya. Kuatnya seorang Tengku Nuha Zuhailin bertahun dia bertahan untuk mengaburi mata King, Queen dan juga Sinister Seven yang lain. Berpura-pura menerima apa yang mereka berikan pada dia walhal hatinya membuak-buak untuk menjatuhkan mereka. Oh my sweet Nuha, kesiannya awak. Nuha dalam Nuansa 2 sangat berbeza dengan Nuha dalam Nuansa. She appeared a little more broken than before. Ataupun because her mask had fallen the moment dia terima bantuan Inspektor Aqil dan SI untuk jatuhkan Clan of Sinners. 


Dalam menjalankan misi untuk menjatuhkan Clan of Sinners, hubungan Aqil dan Nuha semakin rapat, especially setelah akad. Ya Allah comelnya lahai mereka dua ketul niii. Laki bini tapi macam member je. Ada ke patut pergi fist bump lepas lafaz akad? Orang lain punya la malu-malu nak salam aduhai. Aqil juga daripada seorang yang sejuk beku, dengan Nuha terus auto penyakat sejati. Ada saja idea dia nak mengenakan Nuha. But the protector in him still there for her. He listen to her, help her, be there for her, put faith on her like. Ahh, need a man like Ahmad Aqil.


Jalan cerita Nuansa 2 ni terbahagi kepada dua bahagian, first, misi menjatuhkan dan melenyapkan Clan of Sinners dan kedua Aqil dan Nuha selepas misi. Bahagian pertama, tak aku nafikan agak mendebarkan setiap kali mereka jalankan peringkat-peringkat misi. Lagi-lagi pabila nyawa Aqil sentiasa menjadi taruhan. Tapi babak pertama ni diseimbangkan dengan telatah Aqil dan Nuha setiap kali bersama. Ada saja yang digaduhkan. Penat tau menyengih tanpa sorang-sorang. Bahagian kedua pulak main emosi sikit. Iyala, dengan Nuha yang terpaksa dipisahkan daripada Aqil sebab dia merupakan salah seorang penjenayah antarabangsa dan walaupun dia dah banyak bagi maklumat dan bagi kemahiran dia, she still viewed as a threat. Sedih betul tengok si Aqil masa ni. Lonely sangat.


As much as aku ak habiskan novel ni, aku sedih jugak at the same time. How can I not when I fall deeply into these characters? Haih. Dilema sungguh la wei. Ni pun nak move on haih. Tak sabar nak reread siri ni balik semula hahaha. 


-thes

4 comments: