Wednesday 3 May 2023

Sara Nur Naila by Mardihah

May 03, 2023 0 Comments

Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Sara Nur Naila

Penulis: Mardihah

Mukasurat: 730

Genre: Romantik, Drama

Penerbit: Karyaseni

Terbitan: 2019

ISBN: 9789674691349

Blurb:

"Kalau kita ditakdirkan berpisah, you nak cari lelaki yang macam mana?" - KHALIL

"Kalau dia senyum kan, hati I mesti akan rasa berdebar-debar. Macam ada gendang tau kat hati I nanti." - SARA


Namun bilang emak, Sara ini tak akan sesekali beroleh bahagia. Sumpah itu sendiri diiakan oleh Sara, bahawa takdirnya memang begitu. Bahagia takkan pernah singgah dalam hidupnya. Khalil bukan jodohnya, malah penyebab deritanya.


"Kalau aku dah benci dan tak reda dengan kau, sampai bila-bila kau akan sentiasa merana." - NONIE


Kerana khilaf dan titik duka itu dia menjadi pelarian di bumi Melbourne, mencicip manisnya kehidupan bersama Haslinda, mak su kesayangannya. Dalam tak sengaja, wajah yang lama bermuram itu mula pandai mengukir senyum kepada insan selain Haslinda saat munculnya Reza. Lelaki yang mengembara ke tanah kanggaru mencari anak lelakinya.


"Kau ada dua bulan lebih aje kat sini nak cari anak kau. Kau ingat Aussie ni kecil macam Melaka?" - SARA

Mereka bertekak, bersenda, lalui musim kegembiraan yang buat hati masing-masing membisik rasa indah. Sara menjadi penenang yang setia buat Reza. Dan apabila tiba saat untuk Reza pergi, Sara masih kukuh memegang rahsia hidupnya.


Dan akhirnya tiang utuh dalam hidup Sara telah roboh. Saat Haslinda dikhabarkan hilang, bagai roh Sara turut sekali melayang.


Ketika itu Reza pula membalas segaa kebaikan Sara sepenuh hati.. Kemunculan emak Reza yang begitu penuh kasih dan saynag bagaikan penawar bagi segala kesakitan Sara Nur Naila selama ini. Kebahagiaan yang dirasa itu buat Sara tekad mengikar hatinya buat Reza.


"Lain kali kalau ada orang tanya, Sara ni kawan Reza ke? Atau Sara ni siapa? Jawab macam ni." - REZA

"Jawab macam mana?" - SARA

"Saya ni isteri Reza." - REZA


Reza yakin jalinan cinta itu perlu dinoktahkan segera. Dan apabila akad menyatukan, kisah silam dan luka lama isterinya itu telah melahirkan 'Sara Nur Naila' yang baru.


Dan Khalil, dia menjadi lelaki yang terus setia meskipun Sara itu telah menjadi milik Reza. Dia lelaki yang menyembunyikan keresahan akibat kisah silam si gadis yang berpunca daripada dia.


Satu soalan yang Sara Nur Naila fikirkan tanpa henti. Sejauh mana dia berusaha, mampukah dia terus bahagia jika ada satu doa tak henti mengahantui hidupnya?


"Ingat Sara, pergilah mana saja kau pergi. Sesekali pun kau takkan bahagia."


Novel ni terbahagi kepada tiga musim cinta. Musim pertama adalah antara Sara dan Reza. Pelik juga aku kenapa mereka dulu. Kenapa tidak Sara dan Khalil. Anyway, musim pertama ni musim yang mempertemukan Sara dengan Reza di Melbourne. Berbekalkan cuti tanpa gaji selama tiga bulan, Reza nekad mencari anaknya di bumi Australia. Dan macam yang Sara kata, dia buat kerja gila. Nasib malang yang menimpa memaksa Reza untuk bergantung dengan bantuan Sara, si gadis dari Malaysia yang dah lama menetap di perantauan bersama maksunya. 


Musim pertama ni memberi ruang untuk aku menyesuaikan diri dengan gaya penulisan penulis yang tiba-tiba masuk babak flashback di tengah-tengah babak lain. Mula-mula tu, blank jugalah tapi lama-lama aku boleh follow. Reza dekat musim ni agak menjengkelkan tau. Dah la bergantung dengan Sara, lepastu keras kepala tak nak dengar nasihat  Sara. Nasib baiklah dia cepat sedar dan tak terus buat kepala batu dia. Tapi lawan dengan Sara, memang sentiasa perang mulut aje mereka ni. Datang masa baik tu, haih, memang best friend habis weh!


Musim kedua pula adalah musim cinta Khalil dan Maryam. Ha sudah. Siapa pulak Maryam ni? Sekembalinya Reza ke Malaysia, Sara hilang arah. Maksunya pula hilang di Indonesia. Sara kosong sekosongnya. Reza yang tak mampu teman Sara sentiasa resah memikirkan gadis itu. Hanya Syamil dan Elly tempatnya bertanyakan khabar si gadis. Musim ni, musim yang menyakitkan. Musim yang membuatkan aku rasa menyampah dengan Sara kerana masa lalunya. Musim kedua ni membuatkan aku berfikir tentang peluang kedua.


Musim ketiga pula musim cinta Nonie, emak Sara Nur Naila. Sara yang tidak pernah terfikir akan kembali ke Malaysia akhirnya pulang. Pulangnya Sara tidak pernah diraikan. Perkenalan dengan Acik Deeda sedikit sebanyak mengubat rasa luka dan rindu dalam hati Sara terhadap emaknya. Dan sungguhlaaa. Acik Deeda ni memang kelakar orang! Tak kering gusi sungguh aku dengan ragam mak si Reza ni. Dibenci  emaknya semenjak lahir ke dunia dan dihukum atas kesalahan arwah abahnya membuatkan Sara tersisih. Permohonan maaf dan ampun yang dia tawarkan juga dipandang sepi oleh si ibu. Sedihnya aku dengan watak engkau Sara. Dan bila aku ingat derita kau dah habis, rupanya masih jauh perjalanan kesembuhan kau. Weh tak expect betul ada third act (more like third and third quarter act) twist argh!

-thes