Mother 2018

June 09, 2018

Assalamualaikum and holla people ! One k-drama review yang memang aku baru je habis tengok. Memandangkan dah dekat nak raya ni, kemas rumah tu biasalah tapi tahun ni penat dia lebih sikit sebab mak aku suruh cat rumah T_T so waktu cuti yang kononnya aku nak guna untuk tengok k-drama akhirnya dapat in between je. Dengan melayan anak buah aku lagi aduhaii.

Back to the topic, drama Mother ni actually adalah remake daripada drama Jepun of the same title tahun 2010. Actually aku taklah minat mana dengan drama yang berkonsepkan family sebab aku selalu tertidur waktu tengok. But trust me, this one is great.


Title : Mother / Call Me Mother / 마더
Network : tvN
Episodes : 16
Genre : Drama, Suspense
Plot :

Kang Soo Jin ni sebenarnya seorang researcher burung tapi dia kerja as cikgu dekat satu sekolah rendah dekat Mooryung. Dia tak suka dekat budak-budak pun so dia tak ambil peduli apa yang jadi dekat anak murid dia. Dalam kelas yang dia mengajar, ada sorang budak perempuan, Hyena yang selalu kena buli and tak de kawan. One of cikgu dekat sekolah tu perasan yang Hyena ni tak macam budak lain yang sebaya dengan dia and one day dia perasan yang dekat badan Hyena tu ada kesan lebam. Cikgu tu ajak lain Kang Soo Jin ni buat report child abuse. Tapi masa tu pihak polis memang bongok gila tak check betul-betul so ibu Hyena dengan boyfriend dia tu terlepas la. Ada satu malam masa musim sejuk, Soo Jin on the way nak balik rumah tapi dia ternampak Hyena tengah main dekat dock sorang-sorang. Dia pun ajak la Hyena singgah rumah dia sekejap and hantar dia balik rumah. Lepas hantar Hyena balik, Soo Jin perasan yang notebook Hyena tertinggal so dia pun pergilah rumah Hyena sebab nak hantar notebook tu. Tapi, belum sempat dia nak masuk kawasan rumah, dia perasan yang dalam plastik sampah dekat pagar rumah tu bergerak. Out of curiosity, Soo Jin bukak lah plastik sampah tu and dia discover dalam plastik tu is Hyena ! Soo Jin ambil Hyena and bawak balik rumah dia. Masa nilah Hyena bukak mulut and bagitahu apa yang ibu and boyfriend dia buat dekat dia. Masa nilah Soo Jin purpose untuk bawak Hyena lari and Hyena pun setuju.

!!! SPOILER ALERT !!!

First of all, aku tengok cerita ni sebab Lee Bo Young. Why ? Sebab dia kalau pegang watak ibu/mak memang feel habis. Dulu aku tengok cerita God Gift:14 Days and aku sangat suka cerita tu. So, aku tengok cerita ni dengan harapan jalan cerita dia best. And aku tak menyesal tengok cerita ni. Okay, back to this story, cerita ni sedih nak mampus. Aku tak pastilah dalam 16 episode yang aku tengok berapa kali dah aku menangis.

Mula-mula aku ingat budak Hyena tu ada Stockholm Syndrome sebab dia asyik deny yang ibu dia pukul dia and cakap ibu dia sayang dia lah, baik lah. Lepas tu dia langsung tak melawan apa yang ibu dia buat dekat dia. Paling pelik bila dia tak menangis langsung. Tapi dia takde pun syndrome tu. Hyena ni cuma percaya bila ibu dia bahagia, dia pun akan bahagia. So, dia tak bagi tahu sesiapa pasal dia kena dera sebab dia takut ibu dia sedih. Tapi waktu ibu dia abandon dia luar rumah dalam cuaca yang extreamly sejuk, dia confess dekat Kang Soo Jin yang dia kena dera and all.

Soo Jin ni pulak sebenarnya kena abandon dengan ibu dia jugak masa dia enam tahun. Badan dia ada kesan luka dera, so bila dia tengok Hyena, dia rasa dia kena selamatkan Hyena. Start dari situla dia ajak Hyena lari, then Hyena pun setuju although dia tahu tindakan dia tu salah. Diorang mask kan kehilangan Hyena seolah-olah dia jatuh dalam laut masa main. Detektif yang handle case Hyena ni refuse untuk percaya yang Hyena ni dah mati selagi dia tak jumpa mayat Hyena and somehow dia percaya Hyena ni kena culik.

Masa Hyena ni dilaporkan hilang, ibu kandung dia acah acah cuak depan detektif in charge. Tapi bila detektif tu blah, dia mula la main phone, memang tak kisah gila. Detektif tu perasan yang ibu Hyena ni tak kisah pasal Hyena masa dia mintak gambar Hyena untuk siarkan dekat TV untuk mudahkan urusan cari Hyena tapi ibu Hyena tak bagi. Alasan yang dia bagi memang tak masuk akal. Pelakon yang pegang watak ibu kandung Hyena ni memang daebak la dia punya lakonan sebab aku memang menyampah je setiap kali dia bukak mulut. Geram.

Soo Jin try nak bawa Hyena pergi Iceland tapi masalahnya Hyena takde passport. Lepas dia turun bas dari Mooryung, adala sorang mak cik nak tumpangkan diorang tapi Soo Jin refuse. Tapi lepas berapa kali dia pujuk, akhirnya Soo Jin pun setuju. Diorang stay la dekat rumah mak cik tu. And mak cik tu tolong Soo Jin untuk buat passport palsu untuk Hyena. Tapi lepas Soo Jin bagi bayaran, diorang tak buat pun passport tu. Kena tipu. Masa scene ni sumpah geram sebab Soo Jin ni main percaya je dekat mak cik tu. Sedangkan dia dah duduk dekat rumah makcik tu and nampak ada perempuan-perempuan yang tak berapa nak okay. As in condition diorang.

Aku paling suka part Soo Jin pergi rumah ibu angkat dia, Cha Yong Shin yang dia dah 10 tahun tak jumpa untuk mintak duit. Btw, ibu angkat dia ni pelakon yang dikenali ramai. Ibu dia bagi duit yang SooJin mintak dengan syarat Soo Jin kena jumpa ibu dia sebanyak 10 kali. Soo Jin pun terpaksa setuju sebab dia terdesak nak larikan diri. Sejak Soo Jin balik semula ke family dia, Hyena tu selalu kena tinggal sorang diri sampai la satu hari, Soo Jin pergi jumpa ibu dia and tinggal kan Hyena dekat
taman. Masa ni Hyena terjumpa dengan adik bongsu Soo Jin yang kebetulan ada dekat situ. Masa ni kantoi yang Soo Jin ada anak sebab dia tiba-tiba muncul and Hyena address Soo Jin as Mom. Bila kantoi Soo Jin ada anak, ibu dia insist untuk dia tinggal dalam rumah yang sama. Soo Jin yang desperate nak lari terpaksa setuju.

Cerita ni dipenuhi dengan kisah seorang ibu. Masa Soo Jin in process untuk fled, ada satu kedai barber yang diuruskan oleh bekas banduan perempuan dan kedai tu dekat dengan kediaman Cha Yong Shin. That woman turned out to be ibu kandung Soo Jin. Dialah yang abandon and lock Soo Jin bawah pokok dekat pagar rumah anak yatim. Reason dia ? Tengoklah sendiri. Masa Cha Yong Shin dapat tahu, dia memang marah gila. Dia larang Soo Jin daripada jumpa perempuan tu and try untuk halau dia daripada kawasan tu. Tapi in the end, dia terima jugak kenyataan yang perempuan tu is ibu kandung SooJin.

Bagi aku, part paling suspense dalam cerita ni masa boyfriend ibu kandung Hyena, Seol Ak culik Hyena daripada Soo Jin and demand a big amout of money daripada family Soo Jin. Ibu kandung dia tahu tapi dia taknak ambil tahu pasal Hyena pun. Kejam wehh. ( T_T ) Actually Seol Ak tu pun became who he was because of his mother. Dia anggap dia salah sampai ibu dia bunuh diri. Sebab tulah dia tak suka tengok budak-budak yang resemble his past self.

Aku actually tak expect banyak daripada cerita ni sebab, well, boleh kata jalan cerita dia boleh diteka. Tapi towards the ending, tiba-tiba ada plot twist sikit. Bayangkan sepanjang cerita ni, aku percaya yang Soo Jin je anak angkat Cha Yong Shin, tapi rupanya tak. Like, wow ! So, kalau nak tahu lebih lanjut, tengoklah sendiri =P

Kalau uols jenis yang suka cerita family-based, ada suspense sikit and bukan jenis tengok hero, this is for you. Dalam cerita ni kan aku kata ada detektif yang siasat pasal kes abuse Hyena tu, kalau korang kenal siapa assistant dia, please tell me his name sebab dia handsome and muka dia familiar. Aku tak sure la dia berlakon cerita apa lagi. Refer screenshot di bawah.


Mr. assistant detective. Apa nama dia ?
So, kalau korang tahu apa nama mamat ni, please let me know. That's all for now ~
-thes

You Might Also Like

0 comments

kindly leave your comment here ~ ppyong ~

Popular Posts