Friday 30 August 2019

# mymalaysia

Salam Merdeka !

Assalamualaikum to my dear fellow Malaysian. Harini merupakan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-62 ! Syukur, alhamdulillah untuk Malaysia yang aman damai dan insya-Allah akan berkekalanlah keamanan juga kemakmuran Malaysia.

Tema kemerdekaan Malaysia tahun ni is 'Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih' dan 'Malaysia Bersih' sebagai lagu utama untuk sambutan kemerdekaan tahun ni (sumber: Berita Harian Online, 24 Julai 2019)

edited with : canva.com
photo taken on : 16 March 2019
Dekat tempat aku sendiri sambutan kemerdekaan memang agak meriah dibandingkan dengan tahun-tahun lalu. Sambutan yang kemerdekaan dibuat awal sedikit, dengan macam-macam aktiviti seperti Konvoi Berhias dan Gubahan Jalur Gemilang. Aku tak sempan nak snap gambar masa hari kejadian, so yea, no gambar =(

Macam tahun lepas, aku nak share satu YouTube videos yang related to merdeka. And aku harap korang dapat enjoy ~


Haaa, aku memang fans betul tengok video-video dorang. Tapi kan, kalau lah aku yang kena terjah, mungkin aku akan buat bodoh macam takde apa berlaku. Hahaha. Aku ni dengan orang yang ajar memandu pun aku block out suara dia apatah lagi orang yang aku tak kenal. Lagi-lagi bila ada camera, oh no. Memang aku lari lah !  (I'm camera shy y'know !)

Last year sangat popular dengan budak-budak peragakan baju daripada Jalur Gemilang, aku rasa creative sangat orang yang come up with that idea. Tahun ni pulak, especially this month mana-mana pergi mesti ada yang pakai tudung Jalur Gemilang. Wow gila. Lawa sangat design tu. Cumanya aku je yang malas nak ikut trend. Hehe.

For the last words, aku harap isu-isu perkauman yang timbul sekarang ni will be resolve because we have been living together for over a half century. And yes, aku tak nafikan ada beberapa peristiwa hitam yang mengancam keamanan kita but that's for our lesson. Andai kata kita berpisah, aku rasa the one that will be benefit the most is the outsider yang nak Malaysia jatuh. So, daripada kita terus duduk menuding jari, mencari salah orang tu orang ni, membangkitkan isu-isu yang remeh, lagi baik kalau kita sama-sama majukan Malaysia, tak gitu ?

So, that's it from me,

-thes

4 comments: