Assalamualaikum, okay, ni sebenarnya dah overdue lama sangat. Actually aku plan untuk post review ni right after aku habis baca novel ni. Tapi, ni dah dekat dua bulan habis baca. Before I proceed to the review, this book is actually the gift from 'Book Giveaway by JJM & Friends' that were conducted a few months back. Aku terima hadiah ni after raya aidilfitri haritu and yeah, lama dah.
So, let's get the review start.
Muka surat : 582
Penulis : Anna Nabila
Penerbit : alaf21
Sinopsis :
Aina Humaira dan Emir Izraf suka sama suka. Namun suka itu tidak bermaksud cinta. Lantaran hati belum bersedia, mereka bernikah atas persetujuan keluarga.
Sudah beberapa bulan hidup bersama, Aina dan Izraf tidak pernah menikmati erti kehidupan suami isteri. Aina keliru! Izraf seperti bersikap dingin terhadapnya. Hari-hari dia makan hati namun dipendamkan sahaja, Lagi menyakitkan hatinya, dia sering diusik oleh Syed Danial Iskandar yang sudah tiga tahun berturut-turut mengulang STPM di sekolah itu. Tanpa diduga, lelaki itu jatuh cinta kepadanya.
Luahan kasih sudah dilafazkan. Aina dalam dilema. Status isteri kepada Izraf membataskan segala-galanya sedangkan dia sudah tawar hati dengan lelaki itu. Tohmahan dan fitnah semakin meruncingkan keadaan. Siapa yang sudi membantunya ?
First of all, bagi aku novel ni bukan novel cinta (it is at some point), it is more to remaja kot. To those yang hardcore pembaca novel cinta, korang mungkin akan kecewa sikit sebab novel ni tak banyak momen-momen heart-fluttering, extreme jealousy ke apa takde sangat.
Boleh kata 95 peratus content novel ni cerita masa Aina dekat sekolah. Most of it with her students and watak Izraf memang sikit. Lagi satu, dekat sinopsis, watak Izraf supposedly dingin. And aku interpret dingin tu macam dia tak layan si Aina ni, rude, anggap Aina macam tak wujud and so on. Tapi, based on apa yang aku baca, aku rasa watak Izraf actually taklah dingin. Sikit pun tak. So agak contradict dekat situ. Tapi tak tahulah mungkin aku salah interpret.
Kalau dari segi penulisan, aku taklah pro sangat bab-bab tatabahasa ni. Tapi memang ada and boleh kata banyak jugaklah punctuation yang agak menyakitkan mata aku. Paling banyak, ejaan kata nama khas. Haihh, geram weh. Aku rasa macam nak underline je satu-satu.
For the overall, walaupun tak macam novel cinta lain, tapi aku suka ending dia. Happy ending for every one ! Yeayyy. Semua including Syed Danial tu. Despite all the errors, aku rasa novel ni sangat enjoyable. Aku suka cara penulis novel ni exaggerating watak punya monologue. Banyak kali jugak la kena jeling dengan orang sebelah sebab gelak sorang-sorang. Hehe.
-thes
1 Comments
tak pernah baca lagi novel ini..
ReplyDeletetahniah..