Assalamualaikum, good day dearest ! This month have been easy for me so far, couldn't say much for the future tho. Banyak pulak rasa kalini dapat buat #bookreview. Hah, ni rezeki meminjam namanya. Nak beli sendiri tu perlukan dana and dana yang sedia ada ni tak sesuai untuk salurkan pada novel hm, tunggulah rezeki lain hari.
sorry for the low quality picture |
Tajuk : Perempuan Lindungan Kaabah
Penulis : Hana Ilhami
Mukasurat : 846 pages
Penerbit : Karyaseni
Cetakan : Mei 2015
ISBN : 9789670246345
Blurb :
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa..."Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?" - Alex"Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku..." - Amir"Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?" - FareezDemi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah mnguji bahtera yang dibina."Aku tak seksi... Dengan imej berjubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya." - HananDemi mendapat reda Ilahi, Hana cuba bertahan dan memenangi hati lelaki yang bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?
Pada tahun 2014, novel ini telah diadaptasikan dalam bentuk movie (dengan tajuk sama) yang dilakonkan oleh Diana Danielle, Sharnaaz Ahmad dan juga Keith Foo sebagai pelakon utama. Movie ini telah diarahkan oleh Fairuz Loy.
Novel ni merupakan novel debut HI yang aku baru je ulang baca. Before this, aku pinjam dekat member masa duduk asrama time sekolah dulu. And now, got my own copy (preloved gift from a lovely girl jee but that's okay). Aku tak pernah tengok movie dia sebab memang tak berminat nak tengok movie bila aku dah baca novel dia. Either one, okay.
Memandangkan novel ni is the first novel of HI, bahasa yang dia guna agak kaku and sounds a little bit formal. Aku rasa janggal sikitlah nak baca sebab memang tatabahasa semua dijaga rapi. Rasa macam baca karangan BM waktu sekolah hahaha.
Jalan cerita dia agak klise, kahwin paksa tapi sesuailah dengan trend masa novel ni dikeluarkan, memang banyak pun cerita kahwin paksa zaman tu. Kelainan yang ada is novel ni focus more on isu akidah. Konflik Hanan samada nak terima cinta Alex, lelaki Cina yang sedang mendalami Islam yang memang dia suka ataupun terima lamaran Datin Zaleha untuk Fareez, si lelaki Islam yang sering mengabaikan kewajibannya sebagai seorang Muslim.
Lagi klise bila wujudnya watak Sally, girelfriend Fareez. Haih, memang cerita kahwin paksa watak hero mesti ada girlfriend ke gana. Nasib baiklah mak Fareez ni yang nakkan Hanan as her daughter-in-law kalau tak memang klise habis dah. Tapi sokay, watak Sally ni penyeri jugak, dengan adanya dia barulah nampak cabaran and halangan yang Hanan kena hadap lepas kahwin dengan Fareez. Watak Hanan memang sangatlah mencermin perempuan solehah tapi kekadang aku rasa geram jugak tengok dia terlebih baik. Haih.
Penceritaan novel ni menggunakan third point of view which is my favorite. Aku lagi gemar nak tahu apa yang jadi dekat semua watak daripada duk baca dalam first point of view. Bagi aku third pov ni ada feels movie sikit walaupun dalam first pov pun boleh jadi movie oh well, abaikanla. Aku baca dalam pace yang agak laju. Sebab aku suka dengan watak Fareez. Walaupun dia awalnya tak nak kahwin dengan Hanan tapi lepas kahwin dia banyak uji kesabaran Hanan. Tu belum masuk kes mengusik lagi. Haihh, comel je rasa. Tapi bila bayangkan Sharnaaz yang dok ulang skrip terus janggal ahaha, dia kan muka ganas.
-thes
2 Comments
easy month for u.. alhamdulillah!! hopefully berpanjangan..
ReplyDeletesince just is a busy month and not very good year for me :(
aminn... i'm still hoping for a good news. hopefully things will get better for you too !
Delete