Assalamualaikum, good day dearest ! Third novel review untuk minggu ni... Nilah akibat menunda kerja, sekali nak update, hah melambak sekali. Anyway, novel kalini daripada publisher yang aku sejujurnya tak pernah dengar so kind of new things for me, sebab selalunya novel-novel from Karyaseni, P2U, Kaki Novel and alaf21 (lama tak baca from alaf21) menjadi pilihan.
Tajuk : Aslan
Penulis : Shazie Kamaruzaman
Mukasurat : 554 pages
Penerbit : Idea Kreatif
Cetakan : April 2020
ISBN : 9789672137818
Blurb :
Akid Aslan. Bukan hanya nama, karakternya juga persis singa. Dominan dan bengis. Daneen Medina. Kuat memberontak dan suka melawan.Mereka tak pernah kenal rapat. Jumpa punya hanya sesekali, bercakap hanya sepatah dua. Tapi tiba-tiba harus menjadi suami isteri. Hanya kerana Gibb, Daneen turutkan."You stay here. Do whatever you want. But only in this room." - AslanSikap terlebih melindungi Aslan buat Daneen curiga. Beberapa insiden berlaku selepas status Mrs Aslan dipegang. Daneen tahu ada yang tak kena, ada yang Aslan rahsiakan. Tapi, apa?"I trusted you, Aslan. I pilih untuk percayakan you. Kenapa you buat I macam ni?"- DaneenKebenaran yang terbongkar melukakan Daneen. Aslan berjanji mahu betulkan keadaan. Namun, kesalahan Aslan terlalu besar. Terlalu payah mahu dilupakan."Daneen patut tahu semua ni, Aslan!" - Sarah"Itu bukan urusan you, Sarah! I've warned you. Bila you libatkan Daneen, bermakna you sengaja cari pasal dengan I!" - AslanAslan sanggup mati demi Daneen.Aslan sanggup lepaskan segalanya untuk Daneen.Adakah itu cukup untuk menebus apa yang telah Aslan lakukan? Dan adakah pengorbanan Daneen terhadap Gibb itu berbaloi?
Based on blurb, aku ingatkan Gibb ni boyfriend Daneen. Rupanya, Gibb ni abang dia. Tupun tahu lepas few chapters, agaknya kalau penulis tak mention memang sampai ke sudah aku ingat Gibb dengan Daneen ni ada relationship.
Mulanya agak interesting jugakla bila Daneen dengan Aslan kahwin atas sebab yang dirahsiakan. Memang aku salute jugak la dengan Daneen sebab sanggup korbankan future dia untuk Gibb sedangkan dia tak tahu pun kenapa dia kena kahwin dengan Aslan. She just went along with it. Kalau aku memang taklah, nak kahwin dengan orang yang tak kenal atas sebab yang kabur.
From the moment Daneen jumpa Dato' Moq, Sarah and Harith (pakcik, isteri Harith and sepupu Aslan), aku dapat agak dah apa sebab Aslan kahwin dengan Daneen. Agak klise dekat situ tapi agak refreshing jugaklah sebab Daneen tak tahu. Rahsia pihak Gibb memang aku tak boleh nak agak sebab penulis tak tinggalkan hints sangat. So, bila tahu memang terkejut jugaklah...
One thing yang aku rasa tak berapa nak selesa is the constant use of sexual innuendos and double meaning conversation antara Aslan dengan Daneen. Kalau mention sekali dua boleh la kot nak terima ni aku rasa almost every chapter mesti ada je. Selalunya novel English je yang ada mention hal dalam kain here and there tapi ni first time aku jumpa Malay novel yang tulis gini. Memang tak sesuai la dengan pembaca muda walaupun tak diceritakan detail tapi kalau dah asyik mention aje, aku pun rasa nak berhenti baca.
Penulis guna kaedah first pov, tapi unik sikit. Sebabnya, first pov yang digunakan akan bertukar from Aslan to Daneen at some point. Hm, lagi baik kalau guna third pov terus tapi mungkin kekuatan penulis guna first pov. Cuma tulah, aku rasa macam baca novel dekat Wattpad. Haha, first time jumpa physical published book buat gaya penulisan gini.
Aku rasa ni first time aku baca novel yang aku tak boleh nak rasa apa-apa. Nak kata heart-fluttering, tak de sangat pun. Watak Aslan pun walaupun dah macam Christian Grey pun tak mampu buat aku tersengih. Side characters pun takde sangat, cuma yang aku mention tu jelah.
-thes
8 Comments
yg menariknya pasal novel ni rahsia yg penulis simpan, benda tu yg buat kita curious. tapi baca part Daneen dan Aslan, saya pun rasa tak selesa. benda yg paling menyampah terlalu banyak ayat double meaning.
ReplyDeletekann... kalau takde rahsia tu rasanya memang tak teruskan bacaan kot..
Deletei suka baca things kaedah POV sbb menarik and its reality
ReplyDeleteyeahhh, it is an interesting method tapi jarang jumpa dalam published malay novel... tu yang rasa janggal
Deletejarang pulak novel under publisher idea kreatif ni agak sensual untuk dibaca. Selalunya Fixi dengan publisher indie lain
ReplyDeletehahaha, i don't know much sebab ni first time baca from this publisher
Deletekalau novel kita memang tak berapa gemar ada isu dalam kain ini.. Kalau novel mat salleh tu kita memang tahulah mereka open minded..
ReplyDeletehahha kannn baca pun sebab tak sangka ada babak gitu, taklah cerita detail macam novel inggeris tapi kalau dah setiap bab ada mention hm memang tak selesa la
Delete