Kerana Mahalnya Syurga by Imi Hafimi

 Assalamualaikum, good day dearest ! Happy weekend semua nya... Sempat jugak la edit post ni dalam kesibukan. Rasanya ni novel review yang terakhir daripada penulis selain Sara Aisha. Sekarang memang novel SA je yang belum sempat nak habis edit so terkandas dekat draft lagi... Anyway, here it is!


Tajuk : Kerana Mahalnya Syurga
Penulis : Imi Hafimi
Mukasurat : 750 pages
Penerbit : Penulisan Enterprise
Terbitan : September 2013
ISBN : 9789670567143
Blurb :

"Sebagaimana kau hasut abang aku untuk tukar agamanya, kau seksa mak aku sampai mak aku gila dan mati dalam keadaan yang paling mengerikan, dan sebagaimana kau menjadi punca ayah aku sakit tenat sampai ayah aku mati, kau kena ingat semua tu, Umi Zafwa! Kau kena sedar betapa dalamnya dendam aku kepada kau dan apa sahaja yang berkaitan dengan kau!"

Dendam itu. Kerana dendamnya kepada Umi Zafwa, dia merancang untuk membiarkan Umi Zafwa turut terluka. Umi Zafwa perlu disakiti dan caranya, Umi Zafwa perlu menjadi miliknya dahulu!

Umi Zafwa. Tiada seorang wanita pun yang menginginkan perkahwinan sepertinya. Perkahwinan yang hanya membuka kepada jalan penderitaan. Namun, racun yang diberi Alex, madu yang dibalasnya. Benci yang diberi, kasih yang dibalasnya.

Bukan Alex tidak pilu, bukan Alex tidak terjentik lewat pengorbanan Umi Zafwa. bahkan bergenang air matanya melihat ketenangan Umi Zafwa yang sentiasa tabah meski dilukai.

Lantas, semakin Alex terasa mula sayang, semakin keras dia menyakiti Umi Zafwa. Kemesraan di hadapan Katherina, kekasihnya sentiasa ditunjuk-tunjuk. Umi Zafwa hanya mampu memendam rasa.

Hinggalah saat apabila Umi Zafwa tegar menggantikan tempat Alex di tali gantung... Di situlah dirasakan mahalnya syurga... Dapatkah kesucian pengorbanan itu meleraikan sebuah dendam? Kerana dendam mereka bertemu, adakah kerana dendam juga mereka mampu bersatu?

"Tak ada pemandangan yang paling cantik, yang paling indah buat seorang suami selain wajah isterinya..." - ALEX

"Boleh tak kalau saya nak pulangkan semula pemandangan paling indah itu sekarang juga?" - UMI ZAFWA

"Tak ada apa-apa pun yang awak perlu pulangkan kepada saya. Awak tak ada apa-apa hutang pun kepada saya..." - ALEX
Okay, novel ni published back in 2013... Satu tempoh yang sangat lama and tahun 2013 ni aku punya minat baca suam-suam kuku aje... Anyway, back to our topic, bagi aku konsep novel ni, hmm, klise sebab hero dia cuma kahwin dengan heroin sebab dendam. Something like, hate turned love. Tapi, plotting dia okay and quite menarik. Alex berdendam sebab dia hilang keluarga dia lepas abang dia, Raymond peluk Islam. So, dia marah dengan Umi Zafwa, perempuan yang berjaya mengubah hidup Raymond.

Cumanya, ada few (should I say all?) minus point yang buat aku rasa malas nak baca novel ni. First, relationship Alex dengan Umi Zafwa ni toxic sangat. Second, watak Umi Zafwa ni terlalu naif sampaikan dia boleh terima Alex as her husband sedangkan dia tahu Alex berdendam dengan dia. Third, Alex's drastic change. Oh, yang ni aku confused sekejap. Lepas bertahun-tahun dia seksa jiwa raga Umi Zafwa, sekali dia tengok Umi berhujan tunggu dia buka pintu dia terus rasa bersalah and nak berubah? Okay, memang  dia ada perasaan bersalah masa seksa Umi tapi turning point untuk dia berubah tu agak mengecewakan. And last, oh this is the most disappointing point. nilai Islamik yang diharapkan dalam novel ni tak ditonjolkan, jadi sekadar penyedap rasa.

Watak Umi Zafwa ni memang aku tak gemar. Tak salah nak jadi baik tapi jangan sampai orang gunakan kita. Tak salah nak husnudzon tapi jangan sampai mendera diri sendiri. Haih, berapa kali dia terima Alex sedangkan Alex yang cabul maruah dia, seksa dia macam binatang, gunakan dia untuk kepentingan sendiri. Allahu, sepanjang baca novel ni memang aku geram dengan Umi ni. Sampaikan dia sanggup masuk penjara, menggantikan Alex dan mengharapkan Alex jaga anak dia? Lagi buat aku geram. Dia takde assurance pun yang Alex akan jaga and tunaikan janji untuk rawat anak dia. Padahal waktu dia pregnant pun Alex sanggup halau dia keluar dari rumah and harap anak dia mati, apatah lagi bila dia takde. Aku takkan sanggup tinggalkan anak aku dengan orang yang macam tu. Maybe aku tak sebaik Umi. Watak Umi ni bagi aku adalah selemah-lemah perempuan. Sikit pun takde penulis ketengahkan Umi untuk melawan Alex demi diri sendiri. 

Alex punya perubahan lepas Umi Zafwa keluar penjara pun disappointing. Aku ingatkan lepas Umi bebas (big question mark jugak macam mana dia boleh bebas) dia memang dah sedar salah dia but noooo he still abused her. Turning point Alex memang aku tak faham. Sesenang Umi berhujan dia berubah? Terus ubah panggilan, kelakuan semua ? I mean, kalau dah habit bertahun beraku-kau takkan semudah itu bertukar abang-Umi? Sepanjang hidup tak pernah terima Allah sebagai tuhan yang satu bahkan menghina agama Islam, tiba-tiba terus sebut nama-Nya? Bukan aku meragui orang yang nak berubah tapi bukan dengan cara yang drastik macam Alex ni. Adeh, kiciwa kita.

Nilai Islam yang ditunjukkan hanya pada permulaan novel dimana Raymond jumpa cahaya Islam masa dengar Umi mengaji. Ujian yang dia kena hadap lepas peluk Islam, but that's it. Yang aku geram, even after tahu ayah dia sakit, Raymond ni boleh hijrah ke Indonesia untuk belajar Islam. Bukankah berbakti kepada ibubapa itu lebih diterapkan dalam Islam? Memang tak salah dia nak mendalami Islam tapi hm di Malaysia pun banyak kelas-kelas agama. Oh, disappointing sungguh. Paling kecewa bila penulis tekankan ketaatan Umi kepada Alex. Taat Umi membinasakan diri. Aku sangat sangat tak setuju.

Belum cerita bab Umi masuk penjara ganti Alex. Macam manalah pihak polis boleh terima Umi punya pengakuan sahaja tanpa bukti, sedangkan Alex dibebaskan sebab CCTV (bukti) and Umi dipenjarakan semata-mata pengakuan? Aku tak rasa undang-undang Malaysia ni semudah itu. Lagi menjadi tanda tanya bila Umi dibebaskan. How? Okay, aku faham kalau nak kata Allah bantu orang yang teraniaya tapi dengan cara apa? Sedangkan pembunuh sebenar pun ditahan lepas setahun (ke dua) Umi dibebaskan. Nampak... Tak logik. Tambah pulak dengan watak on, off yang kejap ada pastu hilang. Contohnya, Jason (kawan baik Umi), Raymond (dah jadi punca masalah lepas tu what menghilang?), mak ayah Umi (entah hidup lagi ke tidak lepas Umi ajak pindah masuk rumah Alex).

And lastly (last la sebab banyak sangat dah aku taip ni), penulisan novel ni okay, cuma aku tak selesa sebab penulis punya pengolahan ayat a bit dramatic ? And dalam satu perenggan tu panjang sangat sampaikan aku malas nak baca semua. Kalau sekali selak novel ni memang dalam satu page tu ada around four to five perenggan aje. Sakit mata wehhh. Definitely not my cup of tea.

p/s: aku taklah Islamic mana, banyak juga dosa, kesalahan yang aku buat dan sebab itulah aku membaca, explore apa yang aku tak tahu. andai kata aku tersalah informasi/tanggapan/pemikiran dalam reviu ni, please do inform me so that i can improve myself.

-thes

Post a Comment

10 Comments

  1. i agree , i akan turn off gila if watak tiba tiba berubah . why kahwin if tau that guy tak suka dia ? and masuk penjara for that guy? omg thats too much hahaha .

    i pernah baca one book ni tau pasal love triangle . end up character i suka lovely guy at first page jadi jahat just to kill his character 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn perubahan drastik watak memang something yang ughhhh. apahal tiba-tiba baik sedangkan selama ni dia seksa perempuan tu. dia kahwin sebb takut pregnant sebb kena rogol dengan laki tu but then why the hell tak buat report ?! geram gila dengan novel ni.

      Delete
  2. keep on reading hehehe jgn jadi mcm sy. Beli buku on July sampai skrg nda abis baca lagi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sekrang macam slow down sikit sebab belum dapat sesuai kan diri dengn schedule baru, wlaupun dh dekat sebulan hahha

      Delete
  3. dah lama kite tak baca novel.. nanti nak start balik la :)

    ReplyDelete
  4. baca sinopsis macam best giler..but then bila baca u punya review terus macam okela tak jadi la baca hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. same! masa baca sinopsis memang rasa macam best tapi bila baca isi dalam alahai hampa diriku ini

      Delete
  5. This book looks so intriguing. This will be in my to-buy list.

    ReplyDelete
    Replies
    1. glad that you find it intriguing, maybe you can buy it and give review in your perspective... though im not sure if they still reprint, maybe you can buy prelove version instead

      Delete