Saturday 19 December 2020

# bookreview # fiction

Code Name Cobra by Sara Aisha

 Assalamualaikum, good day dearest ! Happy weekend semuanya ! Anyway, here is another draft posted ! Hm, aku rasa ada dalam tiga ke empat buah novel hasil garapan Sara Aisha yang akan aku post bulan ni soooo, hah terimala.



Tajuk : Code Name Cobra
Penulis : Sara Aisha
Mukasurat :705 pages
Penerbit : SA Publication
Terbitan : Julai 2020
ISBN : 9789671771402
Blurb :

2019, RED OPERATION
Objektif: Jatuhkan ketua paling tinggi dalam jaringan kumpulan kongsi gelap The Sun Society 
Misi: Menyeludup masuk ke dalam kumpulan Red Sun
Sasaran: Athena Li

"Athena? As in... the Greek goddess?"
"Lebih tepat lagi, the goddess of war."

Bagi Kai, dia tidak peduli. Sama ada wanita itu ialah dewi peperangan atau pun tidak. Yang pasti dia ialah Cobra. Salah seorang hacker terbaik di Malaysia, merangkap salah seorang ejen terbaik dalam organisasi rahsia, The Shadow. Dia akan menyeludup masuk macam ular, dan akan keluar macam ular. Tiada siapa yang tahu, kecuali bila mereka mati terkena bisanya.

Namun...

Berdepan dengan seorang Athena Li, bukanlah semudah yang dia jangka. Wanita itu benar-benar cocok dengan namanya. Dingin, keras, bijak, manipulatif dan... kejam.

"Huh, berlagak malaikat!"
"Malaikat? Tak. Kenapa aku nak jadi malaikat, kalau aku booleh jadi syaitan?"

Tidak cukup dengan itu, Athena membuat sesuatu. Tidak terjangkau dek akalnya. Tidak terduga oleh The Shadow. Misi mereka dalam bahaya. Lebih-lebih lagi, bila Athena menjatuhkan bom paling besar.

"Nice to meet you, I am..."

Sekarang, apa yang akan berlaku? Bila Kai bukan setakat perlu menjayakan misinya, tetapi juga perlu berdepan dengan Athena. Lagi haru, bila dia mula menyedari... bahawa sesungguhnya, dia sudah jatuh cinta pada wanita berbahaya itu.

Here we are, back with Sara Aisha's new series (aku rasa this is her first series sebab novel lain boleh baca stand alone), 'The Shadow'. Okay, pertama-tama, ucapan tahniah aku ucapkan kepada Sara Aisha sebab dah ada her own publication company! Yeay to you !! At first, aku taknak beli sebab it is series and aku tak berapa minat nak menunggu for the next book. But then aku punya niece beli and dia suruh aku baca. Well, orang dah bagi pinjam takkan aku nak tolak kot.

Aku rasa dalam sebulan lepas aku banyak baca karya SA, so aku perasan cara penulisan dia and dia punya style and that kind of weird sebab selama aku membaca aku tak pernah perasan benda ni. So yeah, this novel feels like typical SA. Typical yang macam mana? Typical dari segi writing style je. Plot penceritaan, flow, pace memang dynamic, kalau tak bosan la pembaca kalau sama je kan,.

Permulaan cerita je dah buat aku berdebar-debar, mana tidaknya Kai tiba-tiba pulak kena kejar dengan geng kongsi gelap. Tanjat gegirl. It is very interesting and berjaya buatkan aku fokus. Macam selalu, novel thriller SA memang macam movie. Berdebar-debar kita dibuatnya. Lagi-lagi masa The Shadow confront cho kun The Sun Society. 

At first aku rasa macam novel ni semuanya predictable and the only obstacle was cabaran The Shadow untuk tumpaskan The Sun Society je. But girl, how wrong can I be? That plot twist shocked me to the core! Rupanya ada rahsia disebalik seorang Athena and that secret almost buat aku berhenti baca. Haih, nasib baikla Athena punya character ni admirable.

Untuk pertama kalinya, aku baca novel thriller SA dalam pace yang sangat perlahan. Aku ambil masa seminggu untuk habiskan novel ni despite the great plot, flow and writing. Mungkin sebab aku baca masa mood aku ke bawah so aku tak berapa nak excited. And satu lagi aku rasa sayang nak habiskan bacaan. Maklumlah, aku tak sure bila lagi aku dapat baca physical novel hahaha. Nak tunggu beli sendiri hmmmmm.

Oh ya, watak Kai ni tak macam Ryu mahupun Alex, yang most of the time serious, itu Wolf. Dia ni macam hm in between sikit. Ada masa dia serious nak mampus and ada masa dia punya playful tu aku pun dok tersengih. Oh, another fact, aku suka cara SA tukar ganti nama antara Kai dengan Cobra based on situation. Interesting play. 

And now aku excited for the next The Shadow agent !

p/s: for few number of scene of Wolf, kenapa aku rasa dia ada aura Han Tae Woong (Jo Dong Hyuk) from Rugal ? 

-thes

12 comments:

  1. lama rasanya tak baca novel. Sara Aisha pun baru satu karya dia sis baca. macam best yang ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sis yang ni ! kalau minat thriller, memang sesuai sangat !

      Delete
  2. Hey dear! Loved your post and allready followed your blog, i want invite you to visit and follow my blog back <3

    www.pimentamaisdoce.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Thank you for the follow, I'll visit you soon~

      Delete
  3. Tak berkesempatan nak membaca novel, alasan sejenis Mrs. A yang kurang minat membaca sedehhh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takpe Mrs A, lain orang lain minatnyaa

      Delete
  4. saya ambil masa yg lama nak habiskan CNC sebab pace dia agak slow so decide tak nak beli next series. cerita dia still menarikla tapi itulah slow sangat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeapp, this one take time sikit nak build up the plot... tapi CNS laju lagi, and more action, I think.

      Delete
  5. Makin menarik novel Sara Aisha ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap, one of the top novelist in malaysia! suka baca dia punya novel

      Delete
  6. Sis, SA ni ada novel code name: shark, code: wolf dan code name: cobra. Ni semua siri yg sama ker?yg mana satu yg siri 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap. tiga-tiga dalam siri yang sama; The Shadow Series...

      (1) Cobra
      (2) Shark
      (3) Wolf

      actually, boleh je nak baca tak ikut turutan sebab jalan cerita taklah berkait mana. Cumanya, watak drpd buku 1 akan ada cameo dalam next book... Haa macam tu

      Delete