Wednesday 17 February 2021

# bookreview # fiction

Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu by Sara Aisha

Assalamualaikum, good day dearest! I really really need to post the entries of #bookreview but yeah, I keep postponing and here we are. Anyway, novel sis Sara Aisha yang dalam drafts rasanya ada lagi dua? ke tiga? Lepastu novel Syu Ariani then.... Sara Aisha balik semula kot hahaha. Tengok la macam mana nanti.



Tajuk : Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu
Penulis : Sara Aisha
Mukasurat : 606 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Februari 2013
ISBN : 9789670246420
Blurb : 


"Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?"

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan yang istemewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dek fikiran warasnya.

"You're more than just Karn Klaharn. Siapa... Siapa sebenarnya awak? Apa yang awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!"-Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!

"Izinkan saya jaga awak... Izinkan saya lindungi awak, Dian..."-Karn Klaharn

Dalam usahanya 'menyelamatkan' Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Di antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban. 

"Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia. I would do anything for her..."

I believe this is the start of SA's thriller books, no? Well,novel ni terbit tahun 2013 and disebabkan ramai yang request, tak salah aku pihak Karyaseni ada re-print. Ini bermaksud, novel ni ada permintaan yang sangat tinngi. Kalau ikutkan tajuk, ceritanya seolah-olah romance sahaja but no, ada thriller, ada action juga. Seronok baca.

Permulaan novel ni biasa-biasa aje, kisah Dian yang merantau ke Thailand untuk mencari ilham kemudian berkenalan dengan Karn, lelaki Thai yang mulanya disangka jahat. Things start to get interesting bila Dian dan Karn diculik. Kalau novel thriller SA yang lain (well, aku baru baca novel ni) si hero mesti pandai berlawan tapi kalini, hero tak berapa mahir bertarung apatah lagi nak kalahkan sekumpulan lelaki. 

Aku jadi makin tertanya dengan identiti sebenar Karn. Siapa dia sampaikan ada orang nak culik dan bunuh dia? Apatah lagi bila Uncle Sukrit boleh upah private investigator untuk selamatkan Karn. PI kot, berapa banyak yang dia bayar?! Aku suka bila penulis tak dedahkan identiti penculik awal-awal. Semua watak tahu yang menculik tu Sakda, satu nama yang tak tahu siapa gerangan manusia. Sekadar pseudonym. Mulanya aku ingatkan Sakda ni is rival in Karn's business tapi rupanya... jeng jeng jeng. 

Romance antara Dian dengan Karn taklah nampak sangat. Maybe sebab awal-awal lagi dah intense, dengan kidnapping lepastu Dian trauma semua so tak banyak mana pun babak yang sweet ke apa. Tapi, sepanjang Dian dalam jagaan Karn, adalah babak yang tunjuk that Dian and Karn start to develop feeling for one another. Aku suka waktu Karn tiba-tiba ajak Dian kahwin. Gila terkejut kita, dahla takde confess apa-apa, alih-alih ajak kahwin terus.

Flow cerita bagi aku okay and teratur. Cuma aku take time nak habiskan novel ni sebab aku baca in between a hectic week, so yeah. Ending Sakda bagi aku, tak adil. Haih, sedih dengan pengakhiran dia macam tu sebab aku sangat-sangat berharap bukan itu. Tapi... Mungkin itu yang terbaik untuk dia, tapi saya tetap rasa tak adil! Untuk Sakda juga untuk Karn. 

-thes

21 comments:


  1. Wah.. Kalau thriller boleh layan. Kalau romance tak minat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah yang ni thriller pun tak berapa nak thriller kot? romance pun tak berapa nak terasa hahaha

      Delete
  2. Dulu beli novel ni sebab nama sama..

    ReplyDelete
  3. Ha'ah masa jual preloved novel dulu memang ramai yang request novel ni. Tapi tak sempat pulak nak baca haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahaha, selalu org jual preloved sebab dah taknak baca...

      Delete
  4. klu ending dia unexpected best baca tapi klu ending yg buat kita rasa tak puas hati, geram juga la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. a bit unexpected la dengan Sakda punya ending, itu yg buat geram tapi untuk Dian-Karn okay aje.

      Delete
  5. Dah baca novel ni tapi dah lupa cerita dia macamana. Ada masa boleh repeat balik...

    ReplyDelete
  6. Masa mula2 tengok tajuk dia dulu ingatkan novel cinta tipikal.. tapi bila baca, memang menarik.. tambah melibatkan negara lain selain Malaysia.. Rasa macam berjalan ke luar negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, baca tajuk mcm novel cinta biasa je... bila baca rupanya bukan kisah cinta semata... andd yeap, suka sngt kalau baca novel yg ada mention negara luar...

      Delete
  7. ehhh novel nii da lama. tapiiii macam best pulak nii. nak pinjam novel bolehhh tak? hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau su punya su bagi je pinjam... tapi kita pun duk minjam orang punya hehe

      Delete
  8. i suka giler novel ni maybe hero dia thai kot so fefeeling layan lakorn jap..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahaha, always, baca novel ni kan macam tengok drama jugak.

      Delete
  9. lama la hai Cuya tak baca novel romance2 ni...hahaha
    mood dah ke komik pulak! kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha seronoknya baca komik! su lama gila tak baca komik

      Delete
  10. Kisah cinta tapi ada byk elemen lain best gak ni

    ReplyDelete
  11. Macam menarik jalan ceritanya ni

    ReplyDelete