Assalamualaikum, good day dearest! Saya kembali dengan review novel lagi! Sekarang ni mood nak blogwalk semua takde. Nak type entry pun malas walhal drafted banyak dah aigooo. Anyway, enjoy!
Tajuk : Kepada Dia Dengan Cinta
Penulis : Marissa
Mukasurat : 461 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : April 2019
ISBN : 9789674691233
Blurb :
Darlina:-Kak long kawasan di rumah mak dan abahnya sahaja-Staf di bahagian sumber manusia sebuah kilang minyak masak-Tegas dan garang ketika bekerja sehinggakan mamat Bangladesh tidak berani mahu memanggilnya adik manis-Meminati seorang lelaki bernama Encik NaufalNaufal:-Bukan anak emak-Ketua di bahagian pengurusan kilang minyak masak-Tidak suka menggatal dengan perempuan-Tidak suka coklat sejak kecil kerana emaknya berkata coklat diperbuat daripada tahi kambingTiga tahun Darlina usyar Encik Naufal dari jauh. Meminati dalam diam ini susah rupa-rupanya. Angau tak bertempat. Nak-nak lagi bila orang yang diminati tiba-tiba menileh ketika 'projek mengusyar' sedang dijalankan, habis tak tentu arah Darlina dibuatnya. Malulah perasan seorang diri."Hmmm... Susahnya kalau dalam hati ada taman ni. Rasa tak serupa orang." - DARLINAIntai punya intai anak teruna orang, tak sedar diri sendiri turut diintai dari jauh. Bagai bulan jatuh ke riba Darlina dibuatnya."Kita pernah bersekolah di sekolah yang sama." - NAUFAL"Hah?" - DARLINA"Ya, saya di tingkatan 5, Cik Darlina pula tingkatan 2." - NAUFALRasa macam nak lompat bintang tatkala pujaan hati mula menyapa. Gembira tak dapat dihitung tetapi.. Sekelip mata badai bertandang tanpa salam."Mohamad Izwan Syukri?" - NAUFALNama pasangan Darlina tertera di atas kad jemputan kahwin. Merah mata Encik Naufal ketika membaca setiap patah kata yang tertera. Sebak ditahan sambil bibir menutur..."Tahniah. Selamat pengantin baru."
Lepas baca novel 'Melirih Kasih', aku teragak-agak sebenarnya nak baca karya Marissa. Tapi, sebabkan aku dah beli novel ni, dan ia antara yang ternipis, so aku pun baca jelah. Mana tahu yang ni menarik minat aku.
Novel ni bertemakan kekeluargaan, konfliknya tak berat and sangat sesuai la untuk bacaan santai. Masa aku baca novel ni memang minggu stress, nak tengok drama korea, memang tidaklah dengan seharian mengadap laptop untuk online class, assignments lagi. So, option aku tinggal baca novel dan game. Aku pilih baca novel.
Watak Darlina memang tegas, siot je pergi marah pekerja bangla yang bergaduh sebab berebut perempuan. Garang betul, siap ugut nak hantar balik negara asal engkau! Bab mengusyar Encik Naufal, jangan cakaplah, memang tiap pagi misi berjalan. Seronoknya crush kerja tempat sama. Alahai! Rupanya, Encik Naufal pun ada hati jugak dengan si Darlina ni. Dia yang mulanya tak layan langsung perempuan yang dok usyar dia melainkan hal kerja, boleh pulak bagi sebakul coklat (alah, yang dah gubah cantik-cantik tu, aku tak reti nak explain huhu) dekat Darlina waktu birthday dia(Naufal). Cantik punya cover.
Tapi, untuk Darlina dengan Naufal bersatu, ada satu penghalang besar. Rupanya, parents Darlina nak jodohkan dia dengan anak kawan baik mereka. Helo, zaman kahwin atas aturan keluarga dah berakhir okay! Kahwin paksa, lagi klise! Aku tak kisah la kalau parents dia kata, kenal-kenal la dulu ke apa ke. Ini tidak, jawapan apa pun Darlina ni tak kasi lagi tiba-tiba dah siap kad undangan kahwin. Gila engkau, laju betul buat kerja. Ni, aku tak tahu lah paksaan tahap apa dah. Tak adil. Diam tanda setuju should be banned. Macam mana kalau Darlina ni sejenis aku? Kalau aku diam tandanya aku tengah bengang, menahan sabar tau, kalau aku bukak mulut adalah hati yang terluka (taklah selalu macam ni tapi kalau mengena tu ha padan muka).
Masa Encik Naufal dapat kad undangan perkahwinan Darlina tu, dia kemain sedih. Lagi-lagi bila baca nama pengantin lelaki. Tapi, tak lama lepas tu dia kemain happy. Nak kahwin juga katanya. Masa ni aku boleh agak dah apa yang jadi. Dan aku betul. Huhu, tengok tangan laa.
Satu yang aku tak berapa berkenan, masa Darlina dah kahwin dengan Naufal, konflik dengan abang ipar dia Izwan. Darlina syak tunang abang ipar dia tu pregnant anak orang lain, sebab tarikh perkahwinan dorang dicepatkan. Walaupun Darlina ada instinct yang perempuan tu pregnant, tak patut kot Darlina act on it. Yelah, buatnya intuition dia tu salah, tak ke dah jatuh hukum qazaf (betulkan kalau aku salah)? Rasanya babak tu penulis boleh improve la kata ternampak dekat klinik ibu mengandung ke (lagipun Darlina sendiri pregnant masa tu), lebih elok rasanya sebab perbuatan perempuan tu mendatangkan syak.
Macam aku cakap, novel ni takde konflik berat pun, so pace pembacaan aku pun taklah laju mana. Lagi-lagi jalan cerita dia agak predictable untuk aku. But still, aku enjoy juga la baca.
-thes
4 Comments
best juga novel ni. konflik pun tak berat sangat :)
ReplyDeletebetul!
DeleteSesekali kena juga baca novel yang ringan dan santai macam ini..
ReplyDeletebetul tuu kak
Delete