Noah Vanessa Jilid 1 by AisyahRos

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Noah Vanessa Jilid 1 

Penulis: AisyahRos

Mukasurat: 599

Genre: Romantik, Islamik

Penerbit: Suara Hati

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672300519

Related title(s): Noah Vanessa Jilid 2

Blurb:

"I'd believe you are the best gift from the God. Tapi, saya tak percaya Tuhan itu wujud. Jadi, saya tak boleh simpan awak dalam hidup saya." - VANESSA WILLIANS


Hidup gadis itu tampak penuh berseri pada luarannya. Namun, andai tersingkap di mata sekalian manusia akan hakikat yang tersembunyi di sebalik wajah penuh jelita itu, maka... tidak akan ada yang berani mendekatinya kerana 'sumpahan' yang terpalit padanya.


Namun, berbeza bagi lelaki itu.

Keteguhan yang dimilikinya bukanlah gurauan.


"Semua orang ada hak untuk bahagia, Vanessa... and so do you." - NOAH Q'DARRIEN LEE


Hadirnya lelaki yang baik agama dan akhlaknya itu tidak mampu untuk ditolak. Saat Vanessa ingin menjauh, semakin erat tautan takdir mengikat mereka berdua sehingga dia tidak mampu untuk melarikan diri lagi. Akhirnya, pertemuan itu berubah menjadi sebuah anugerah yang sangat indah.


Sehinggalah takdir membongkarkan bahawa jiwa mereka itu sebenarnya jauh meskipun secara zahirnya mata kedua-dua mereka saling bertatapan.


"Awak cuma nak cari kesalahan yang ada dalam Islam untuk awak kuatkan lagi hujah awak mengapa awak memilih untuk tidak mempercayai Tuhan. Betul, kan tekaan saya?" - NOAH Q'DARRIEN LEE

"Jadi? Apa salahnya saya tanya tentang Tuhan awak?" - VANESSA WILLIANS


Mungkin huluran itu disambut oleh Vanessa atau dia akan memilih untuk kekal dalam kegelapan hidup buat selama-lamanya.


Permulaan novel ni sangat membuatkan aku tertanya-tanya dengan negara 'Larida' yang penulis bawakan. Based on nama-nama watak, more like Western name, naming system agak mengelirukan (surname Vanessa tak sama dengan mak moreless of her father), main language yang digunakan of course Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seems to be more of foreign language. Konklusinya, Larida adalah sebuah negara ciptaan yang aku tak pasti ada dekat sebelah mana dekat peta dunia.


Besides that, cerita ni sangat best! A quite mysterious lady, Vanessa Willians yang kembali ke negara asal setelah beberapa tahun bekerja di luar negara. And gosh, this lady is such a soul. Walaupun dia seorang cold tak berperasaan, she is so great at what she is doing. Professor muda dalam dunia perubatan and a woman at that? Impressive gila!


Noah Lee, a not-so mysterious doktor fisio yang penuh dengan nasihat dan kata-kata hikmat. Dah boleh jadi kaunselor dah dengan nasihat-nasihat yang dia bagi. Baik to Vanessa ataupun kawan-kawan dia yang lain. First meet? Airport. Vanessa telah berjaya menyelamatkan seseorang and Noah is there to witness it. And so to say, love at first sight untuk Noah. Aku suka baca monolog si Noah ni when dia wondering either Vanessa ingat dia ataupun tidak bila mereka mula bekerja di hospital yang sama.


Chemistry antara dua watak utama is nicely done, for me. Vanessa punya growth from chapter one to the end sangat umph! Lagi-lagi bila dia mula terima Noah dan semua yang ada di sekeliling dia. From that eyy memang cute-lah baca tentang dia ni. Lagi-lagi masa Vanessa cuba untuk belajar mengenai Islam daripada Noah. Tak mudah tapi good for her for not giving up. Watak sampingan yang lain pun memainkan peranan penting untuk menceriakan buku ni, especially doctors yang dalam team Vanessa. Yang masuk airnya, yang strictnya, yang cemburunya. Macam-macamlah. And not to forget, our dearest Haydar. Yang dalam sengal dia masih ada caring and protectiveness.


One thing yang aku tak expect is that medical scenes. Boleh kata banyak jugalah and some of it agak detailed (not sure how many of it is accurate tho but I enjoyed reading it). Rasa macam tengah tengok k-drama 'Dr. Romantic' pulak. Best gila!


Novel ni juga agak fast pace dengan macam-macam yang berlaku, sesuailah dengan medical theme yang dibawa. So, emosi tu memang naik turunlah. One moment happy gila-gila and the next in deep sorrow. Penghujung buku satu bukan cliffhanger yang membuatkan aku nak cepat-cepat grab buku dua sebab bagi aku tu dah end in good note dah but well, siapa je boleh resist what happen next, kan? 


-thes

Post a Comment

0 Comments