Thursday 25 July 2019

# me and my life

Adios, por ahora

Assalamualaikum everyone ! This entry is actually a long overdue. In initial planning, aku nak post entry ni one week after final paper. Tapi time tu sibuk preparation raya, so taklah menyempat nak menaip. Lepas tu, rancang nak post at the end of June. Haha. Being a procrastinate-follower, sampailah ke harini baru settle typing, review and post. Yeah, long journey.

edited with canva.com
This will be a very very very very long entry that will get you wear out while reading. Those who stay till the end, thank you, love you. Hiks. Now, I had unofficially finished my diploma (yeayyyyyyyyy, all of the sufferings are over !, I will share every memorable things that happen to me during those two years in diploma. All good and bad memories will be keep safe inside the box of my mind. Tehee.

So, let's start,



First person yang aku berkenalan of course lah roommate. Aku tersangat bersyukur bila dapat tahu bilik asrama will only be shared with two people. Bahagianya rasaa ~ Once family aku balik, mulalah sesi mengemas barang whatsoever pun bermula. Dalam masa sama, roommate aku punya family still ada dalam bilik tu, so aku nak bersuara pun segan. Dah la aku ni pemalu tahap gaban. So, sepanjang masa aku senyap, melainkan dorang tanya. Boleh kata aku just kenal nama dia and course dia je. Oh, one more thing, dia orang Sarawak. Waktu family dia dah balik, dia dok kemas-kemas barang tiba-tiba dia nangis, dia cakap dia tak biasa jauh dengan family. Lol. Aku dah la tak reti nak pujuk orang. Sorry mate, aku biar je dia nangis.

The first semester begun. Masa ni, mostly subject is core university. So, kami (semua kos diploma fakulti) dihimpunkan dalam satu dewan kuliah yang sama. Aku, memang tak kenal sesiapa pun dalam kos aku, walaupun pernah buat meeting few times. Aku ni ada masalah betul la nak ingat muka orang, lagi-lagi dalam keadaan yang ramai and aku tak banyak cakap dengan orang-orang tu. The first person that ever approach me in class was, Nazirah. And Alhamdulillah sampai sekarang rapat dengan dia. Kalau nak diikutkan, aku ada classmates yang satu rumah, dua orang at that. Tapi tulah, aku tak rapat sangat dengan budak rumah. So, nak rapat dengan diorang pun susah. Imagine how awkward is that bila waktu kelas, keluar rumah at the same time tapi tak gi sekali because we belong to different group of friend. Ha ha.

Back to Naz, macam mana aku kenal dia ? Well, dia WhatsApp aku, minta tolong bayarkan duit buku (masatu weekend, dia balik rumah) untuk dia. Kenapa dia mintak tolong aku ? Dia kata sebab dia kenal aku. Dari mana ? Masa minggu orientasi. Aku dengan dia terpilih to attend majlis iftar dengan TNC tak salah. Kitorang semeja. Sayangnya, dia je ingat aku, aku tak ingat sorang pun yang semeja dengan aku. Lol. Anyway, aku bersyukur dia mintak tolong aku, kalau tak sampai kesudah kot aku tak cari member.

I remembered how I came to know Mei Yee, a Sabahan girl. Aku ingat dia waktu nak daftar masuk, haha. Nazirah yang semeja tak ingat tapi dia yang beratur belakang aku waktu daftar boleh pulak aku ingat. Actually, Mei Yee ni Chinese Muslim. Sebab aku terdengar kerani yang daftar kan kitorang tu sebut nama dia, lepas tu selamba katak dia tanya Mei Yee, "Kenapa awak pakai tudung". Lol. Aku rasa nak gelak time tu  tapi tak boleh sebab aku tengah cuak, nama takde dalam sistem.  Lagi satu, lepas perjumpaan dengan KPP, dia je yang semangat nak mampus nak jadi assistant class rep. Sebabkan dia menonjol, aku ingat la nama and muka dia.

Next, Adilah. Dia ni orang yang sentiasa dengan Miza(Mei Yee). Masa aku mula-mula tengok diorang punya rapat, aku ingat diorang satu sekolah. Serious. Sampailah satu hari yang aku tak ingat bila, tapi masa ni aku dengan naz dah rapat dengan depa dua ni, one of them kata yang dorang ni serumah je. Haha. Rasa nak ketuk kepala sebab assume semua orang tak peramah macam aku.

Then, waktu iftar senior junior serta penasihat kos, aku berjaya kenal Atina and Aiman. Aiman aku kenal sebab dia makan setalam dengan aku. Lepastu, dia aktif tanya senior yang dengan kitorang pasal U. Aku je dok melongo dengar depa borak. As for Atina pulak, rasanya waktu tu baru nak tengok list name who with who (kotlah). Dia tegur aku, tanya which one number aku dalam group sebab dia nak save (rasanyalah). Kebetulan masa tu aku punya status, 'Happy Anniversary BTS' or something like that. Dia terus tanya, "Oh kau minat BTS ke". Lol first orang tanya aku minat BTS ke sebab status. Selalunya orang akan ignore je takpun, "Eh, aku pun minat BTS gak".

Masa first semester, aku rasa aku takde masalah sangat pun. Sebab, memang takde masalah. Group assignment pun okey. Pointer pun cantik lagi (sadly not four flat, but its okay, tak mengharap pun). Member rapat pun adalah empat orang. Nak gi kelas pun takde masalah. Senang cerita, first semester is a great semester.



Starting from this semester, aku mula kenal classmates, dua tiga orang. Classes tak lagi dikumpulkan dalam satu kuliah besar tapi hanya kami satu kos. And kalau gabung pun dua kos. Tapi, semester nilah lecturer aku sorang tu pergi haji. Memandangkan subject tu subject fakulti, maka berkumpullah kami satu fakulti dalam satu dewan kuliah itu kembali. Secara jujurnya, masa subject ni aku teramatlah tak tumpukan perhatian. Kalau masa first sem, hujung-hujung kelas je start hilang fokus. Tapi subject berjaya buatkan aku hilang fokus dari mula. And mungkin fokus sikit masa tengah-tengah, tupun lepas lecturer point out to certain person untuk tanya soalan. Luckily, aku tak pernah terpilih. Syukuuur.

Start semester dualah kami berlima, aku, naz, meiyee, adila and atina start rapat. And every group assignment yang memerlukan lima or more orang ahli yang bebas dibentuk, muka-muka nila yang aku akan hadap. Dengan dorang la aku melepak, keluar makan, spent time sama-sama.

I actually did not plan to tear all the messages from the card but I had to as I need to keep them nice and sweet.
These people la yang buatkan kad besar-besar for my birthday, for which I really appreciate even tho aku tak berapa suka dengan birthday celebration. Orang punya birthday aku okay but not mine. I am glad to have them in my life.

My result for the second semester are not as great as the first. Mungkin masa ni baru mula nak kenal dengan subject-subject yang relate dengan kos. And this semester is the first time aku kenal what is accounting. Dulu, masa dapat tawaran for matriculation, aku tak terima sebab I wanted to go for accounting, and aku dapat science stream and bila aku tanya orang, mostly semua kata boleh tukar tapi low chance. Masa mula-mula masuk diploma dulu pun ada hati jugak nak tukar ke kos accounting tapi tak jadi sebab malas nak deal dengan paper work.  And I'm actually glad. Sebab aku dah terbiasa dengan science (which term for one thing is only that term). Sangat berbeza dengan accounting yang guna several different term for one thing. I remember going to Ain's room yang boleh tahan jauh jugak la daripada bilik aku untuk fahamkan cara buat journal account, debit, credit, paling aku tak suka masa belajar nak buat income statement.




Things happened. Aku sendiri tak tahu sebelah mana yang betul, sebelah mana yang salah. Mungkin kami, mungkin dia. Masa tu memang most of us menuding jari. Well, masa ni daripada lima it's slowly becoming four. Sekejap lima, sekejap empat. Secara jujur, aku kalau dah berkawan rapat aku susah sangat nak nampak perubahan someone. And again, I'm not that observant to begin with. So, bila one of the five suarakan their thoughts, masa tulah aku baru tersedar. How fool.

Aku try to be as natural as I could, tapi bila kau dah biasa spent time on one side, lama-lama kau pun akan terikut jugak. Aku bukan nak salahkan sesiapa sebab aku sendiri tak tahu and kalau aku tahu pun aku tak yakin puncanya apa. As that one girl slowly drifting away from us, another one came.

Jujurnya, aku taklah mesra mana dengan classmates, setakat tahu nama and kenal gitu-gitu je. Cuna. One cute girl, hardcore fan of Seventeen. Dia mulanya rapat dengan Atina, because of Seventeen and bilik dorang pun lebih kurang dekat jugak la. Aku ingat lagi masa dia mula-mula rapat dengan geng kitorang, Meiyee tak suka dia. Ayat paling best dia pernah cakap dekat aku,

"Sibuk je dia ni"

Lol. Typical mijot. Bila dah makin rapat, dia jugak yang suka sakat si Cuna ni. Sampai stress budak tu. Seingat aku, masa sem 3 aku tak rapat sangat pun dengan Cuna, mungkin masa hujung-hujung sem kot baru boleh mesra dengan dia. Aku pun tak berapa ingat.

Honestly, the third semester is the toughest semester for me. Masa ni, I am chosen to be part of the management team for the Taekwon-do tournament peringkat negeri. And, I am the youngest on the team. Aku tak perasan pun yang nama aku terpilih untuk jadi AJK sampailah S/U persatuan bagitahu. Rasa nak nangis weh. Dahla aku dapat jawatan yang bukan dalam kemahiran aku. AJK publisiti. Lagilah perasaan nak lari tu kuat.

Paling pressured waktu before midsem break. Masa ni memang banyak sangat, mostly semua subject nak buat test. Lepas tu, draft for banner untuk tournament kena siapkan, memang sleepless. Jujur, aku rasa aku tak pernah nak stay up sangat lama untuk something. And third sem gave me that experience. And bila the final draft dah settle, dah bagi dekat manufacturer untuk buat banner, dah ambil banner and dah gantung, tiba-tiba esoknya pengarah program merangkap assistant instructor Taekwon-do, pm aku. Tak salah aku dekat 50 messages daripada dia sorang. Kenapa dia pm aku ? Sebab dia tak puas hati dengan banner yang aku buat. Lepas dia pm aku, aku nangis. Stress sangat. Ya, draft banner aku pernah sekali je bagi dekat dia. Lepas tu aku just bagi dekat instructor aku je sebab dia je yang rajin tanya. memandangkan pengarah jarang dapat jumpa aku, aku assume dia minta tolong instructor aku tengokkan design yang aku buat. Miscommunication happened.

Tahu tak bila kita bekerja dengan orang-orang yang jauh lebih tua dan berpengalaman, approach diorang berbeza dengan kita. Pengalaman kena marah ni buat aku rasa macam taknak tunjuk muka lagi dah. Design banner yang final punya memang aku ikut kehendak instructor aku, bukan pengarah. Susah sangat bila ada dua hati yang nak kena jaga. Last-last aku jugak yang salah langkah.

Masa dekat nak tournament, exactly one week before, aku kenal chicken pox. Annoyingnya ya Allah. Masa tu dah cuak tak reti macam mana nak bagitahu sir yang aku takleh nak join tournament. Paling sedih kena tarik diri daripada team pattern. Padahal time tu memang dah start buat choreography semua. And sebabkan chicken pox, semua team sir terpaksa rombak. Haih. Nak balik rumah time tu rasa bersalah gila tau sebab aku kena siapkan buku aturcara majlis. Lagilah masalah sebab aku tak reti. Last-last aku design kan se-simple yang boleh dengan aku punya limited photoshop knowledge. Malam before tournament jugak baru siap. Pukul 3 pagi baru balik asrama. The consequence is aku lewat bangun. Dekat 8.30 baru bangun. terkocoh-kocoh la aku mandi semua nak gi sana. Nasib baik sempat sampai before tournament start. Malunya woi. Malam tu balik lambat lagi, pukul 12 lebih jugak rasanya. Nasib baik esoknya kelas pagi start pukul 11 camtu. Kalau tak memang goodbye jela kelas.

Pernah sekali, aku terlepas test ! Midterm test that account for 20 per cent. Menangis weh bila lecturer tu tak bagi aku ambil test kemudian. Ni memang once in a lifetime experience. Taubat, taknak buat lagi dah. Aku mengaku memang salah aku pun sebab aku tertidur. Test tu patutnya start pukul 2.30 petang dekat blok akademik yang jauhnya 15-20 mins away daripada bilik aku. Balik daripada kelas pagi tu, lepas makan aku balik bilik sebab nak rehat, sakit kepala yang amat masa tu so, aku tidur la. Sedar-sedar dah dekat pukul 2.30. Tu pun sedar sebab kawan aku call. Cuak gila weh. Dah la aku tak solat lagi.

Aku pun siap pakai tudung semua pastu terus gi blok akademik. Aku tinjau dalam kelas, tengok dorang dah start jawab. Sebab aku cuak sangat, aku tak masuk pun, lagipun lecturer tu ada pesan dia taknak sesiapa pun lambat. Kalau classmates aku je dalam tu aku okay kot. Tapi ni gabung dengan kelas lain. Lagilah aku taknak masuk. Last-last aku gi library, solat. Lepas aku keluar daripada lib, aku ternampak ramai classmates dah keluar. Test dah habis. Last-last aku lepak dekat meja batu bawah pokok depan blok asrama, tunggu budak tiga orang tu. Diorang cuak gak aku tak jawab. Termenangis gakla depan dorang time tu. Hilang macho aku. Hmm

Result sem ni naik la 0.01 pointer untuk CGPA. Hahaha. Syukur la subject yang tak ambil midterm tu dapat B. Tapi malu gak la sebab lecturer share result midterm letak nama jugak. Aku punya je yang kosong per cent dekat bahagian mid test. Nasib takde yang tegur. Hahaha



Forth semester came. Okay, masa sem break sebelum masuk semester empat, aku tersangat anxious sebab asrama. I mean, we had to either move out ataupun mohon asrama sebab this semester new  batch for diploma akan register and in need for the asramas. Barang-barang aku dapat letak dekat stor, syukurla.

Dahla cuti sem tu kejap, dahla time tu raya. Ikutkan pihak kolej kediaman, we're suppose to be back at the third raya untuk dapatkan kunci bilik and register for asrama (that week suppose to be the first week of lecture). Tapi, aku memang rebel la, sapa je nak balik third raya and knowing lecturers, first week tu mostly self and course introduction je, belum masuk silibus lagi so buat apa balik. Seminggu la aku cuti raya.

Nasib baik still boleh register asrama. Muehehe. So, dapat kunci segala bagai, aku terus kemas bilik sesikit and pergi mandi, pukul 10 ada kelas meh. Balik kelas migrain teruk, aku pun tidur. Sedar-sedar dah nak pukul 5. Aku solat, lepastu pegi stor, nak claim barang. Tapi stor tutup. Aku cuak dah, nak pergi pejabat, konfem tutup dah. Esoknya, bila buat report dekat pejabat depa kata, "Kan dah announce suruh ambil barang petang semalam sebab stor tu kita takleh bukak suka-suka. Kena ikut pegawai yang pegang kunci. Awak tinggalkan number phone dengan nama eh."

Aku serious geram gila dengan that kerani. Kenapa ? Ye, announcement dah buat, tapi dia tahu tak announcement tu hanya boleh didengari oleh penduduk asrama blok baru, bukan blok lama ? Blok lama tu speaker pun takde macam mana aku nak dengar. Memang hari-hari aku pergi buat lawatan dekat pejabat kolej. Nasib baik la aku bawak baju kurung sehelai and few proper clothing for kuliah. Kalau tak memang baju Naz la yang aku pinjam. Seminggu aku gi kuliah pakai baju ulang-ulang. Toiletries nasib baik memang dah habis and aku beli baru, kalau tak kena la pinjam roommate punya. Haru betul.

Cerita pasal roommate, aku ada roommate just for one week. Haha. Akak tu nak duduk rumah sewa with her friends tapi stay seminggu dekat asrama. So, for the rest of the semester, aku takde roommate. Bahagia habisssss ! Meja study dua-dua aku guna dalam bilik tu. Pernah sekali blackout, alhamdulillah la, aku takde perasaan time tu sebab esoknya aku dapat tahu blok tu ada student kena histeria. Aku pun tak sure macam mana aku boleh tak perasan langsung. Ke sebab aku tidur awal malam tu ? Entahhhh

As for studies. This semester is the semester yang aku banyak ponteng kelas. Bukan sengaja, tapi terpaksa. Alasan ? Mungkin ? Banyak-banyak pun either sebab aku cramps ataupun attend muet takpun sebab aku nak siapkan video english. And most of class yang aku terponteng ni kelas bahasa asing and class missya. Sorry laoshi. Sem empat ni memang la pendek, tapi nak kejar, siapkan assignment memang sakit kepala.

bookmark from Fu Laoshi ^^

Paling tak best buat video english. I mean, the lecturer had a quite foul mouth and somehow rude. Tapi, biar lantak la dia. Dah lepas dah pun. Aku pulak baik sangat pergi volunteer nak edit video, haha, padanla muka sebab baik sangat kan. Dua malam aku stay up nak siapkan video. Lagi-lagi nak fit kan dengan masa semua group members yang semua ada life and own responsibility, we ended up shooting the videos very very last minute. Around seminggu sebelum video submission baru start shoot. Kerja gila. Rasanya aku edit tu dalam masa around 3-4 days je kot, kualiti pun K.O. Nasib baikla takde roommate, senang sikit aku nak stay up. Kalau tak, rasanya aku buat keje kat surau kot. Hari last yang aku stay up siapkan video, esoknya aku ada test. Haha, redo dah time tu. Nasib baik la terjaga waktu subuh. Kalau tak, memang bye-bye jelah semuanya.

Last class for Mandarin, ada group presentation in which, aku miss sebab cramp teruk. Hahahahhahahaha. Tolak lagi carrymark. Hahahahahahah. Aku memang awal-awal dah WhatsApp miss walaupun aku tahu dia tak tengok sangat attendance. Group member sorang pun aku tak bagitahu, kesian dorang. Nasib baik next class pukul 2. Time tu la kena attack dengan group members sebab dua ahli takde. Lol. Atina being atina. And even tho tak join presentation, miss still bagi bookmark (good-bye gift ke hadiah presentation tah) hewhew.

Result ? Slightly better from previous semester. Alhamdulillah Mandarin aku B, walaupun banyak kali skip class and sampai sekarang faham few words je. Hahaha. That B didn't really suit the outcome.



Moving out of the dorm is a real pain. Actually, masa sem break sebelum start sem lima, aku plan nak balik seminggu lewat, sebab tak tahu lagi either duduk asrama or rumah sewa. And then, lebih kurang seminggu before lecture week start, Cuna wwasap, kata dia jumpa bilik sewa yang dekat dengan U. The catch is, dia nak lagi sorang je untuk penuhkan bilik, tapi yang takde rumah sewa lagi, aku dengan Naz. Lepas bincang dengan Naz, dia suruh aku yang masuk sebab aku jauh banding dengan dia. So, aku pun okay kan jelah.

And, kehidupan di rumah sewa pun bermula. Take time jugakla nak adapt dengan keadaan dekat rumah tu. Lagi-lagi dengan housemate yang suka nak cari pasal. Haih. Dahlah kitorang satu bilik ni memang paling muda dalam rumah tu, habis semua pendapat kitorang dorang tolak tepi. Bila ada masalah selalu nak indirectly letak salah tu dekat kitorang. Sabar jelah perangai macam ni. Lantak kau lah manusia.

Tugas bilik, secara tak rasminya terbahagi. Aku, yakin dan pasti dan semestinya bukan pegang tanggungjawab sebagai tukang masak. Like, no. Setakat tolong sikit sikit tu boleh la. Kau suruh aku masak, hm, memang tak makan la gamaknya.

Actually bila tengok expenses masa duduk asrama dengan duduk luar ni lebih kurang je. Cumanya, bila duduk luar, perasaan takde duit tu selalu menjelma sebab hujung bulan kena bayar bil, awal bulan bayar sewa. Belum kira nak pergi balik kelas, makan minum lagi. And aku bersyukur jugakla roommates bukan jenis kaki jalan. Kalau tak, patah pinggang rasanya.

As for studi, result sem ni paling best. Dekan for overall and semester. Paling tinggi antara semua sem. Bersyukur sangat-sangat sebab suasana study dekat rumah sewa ni lebih sikit. Maybe sebab dua orang roommates tu memang kaki study jugak la, boleh tahan. Pasal drama lain-lain tu hm, dah tak berapa ingat. Lagipun, benda buruk buat apa ingat, kan. Hehe.

Sem break untuk naik sem enam seminggu je. So, aku decide untuk tak balik. Apa yang aku buat sepanjang seminggu dekat rumah sewa tu pun aku tak sure. Aku pulak memang jenis tak berapa nak homesick so memang tak homesick pun lah.



The last and the final semester. Excited, like siapa je yang tak excited to end one journey ? Definitely not me. Nervous, and a little teeny tiny bit scared. Disebabkan result last sem sangat penting, aku tersangat nervous. Lagi-lagi bila dah kenal dengan lecturer yang akan in charge untuk subjects final semester. 

Untuk aku, semester ni the toughest after the third semester. Memang dera mental habis. One of lecturer yang mengajar core subject pulak suka buat presentation. Individual. On current issues of economics, intrade policies or related subject. Penat tahu cari article every week untuk dia punya task. Like, issues semua tu bukannya jadi and resolve within that one week. It takes months even years. Tapi, manfaat jugak la untuk those yang minat dengan issue-issue berbangkit tu. Especially with the Huawei and Apple issue, palm oil and Europe, Brexit, memang every week ada je yang mention pasal issues ni.

Paling tak boleh lupa, presentation group aku kena ulang. Like, dalam 9-10 groups yang ada, group aku je yang memang kena condemn habis dengan lecturer. And terpaksa ulang. Katanya, kitorang dah salah from start. Yang aku tak puas hatinya, presentation kitorang ni based on report yang kitorang submit almost every week. Tapi takde feedback. And because there was no feedback on those reports, kitorang assumes yang everything is good to go. Tapi bila dah present, kena condemn, lecturer kata salah from the start, kau rasa function ke submit report semua tu ? I mean, kalau ada feedback that kind of things memang takkan jadilah. Paling tak best lecturer perempuan sebab well, perempuan kan ikut mood. Not all, but most. Aku pun mengaku aku macam tu jugak.

And lastly, random group representative to present the group. Weh, ni paling tak best. It was like, your whole group members fate were like on your hand. Aku actually rasa bersalah jugak masa ni. Sebabnya, waktu lecturer suruh pilih subject matter tu, group members aku yang ada 2-3 orang je out of five. And class rep inform kitorang after class yang lecturer tu mintak subject matter tu one week after, and tiba-tiba esoknya dia mintak subject matter. Ha ha ha. 

Aku dah lah sejenis manusia malas bukak phone. Gelabah gila time tu. Aku terus wasap groupmates yang lecturer mintak related matters for the presentation. Memang gigil la. Sebab time aku send dekat class rep tu, aku dah overdue. Ha ha ha. And waktu presentation, aku mengharapkan bukan aku, tapi malangnya lecturer tu suka kot tengok nama aku. Ha ha ha. Nervous kot. Notes yang aku pegang tu pun tak function sebab aku tak mampu nak angkat tangan tengok notes. Habis baik la aku yang compile, at least aku faham la jugak parts yang bukan aku buat.

Paling best masa sem last ni is dapat spend time dengan my kuntum semua dekat hotel. Mula-mula tu semua macam taknak pun book bilik sebab yelah, we all student yang sangat broke.Tapi lepas timbang balik susah senang nak pergi dinner and balik semua, better kitorang book bilik, and so we did. 

Bila dah dekat-dekat nak final tu, rasa seronok sangat sebab dah nak habis. But at the same time, sedih jugak sebab nak pisah dengan kawan-kawan. Yang dekat-dekat ni insyaAllah ada rezeki boleh la nak lepak sama. Miza jelah yang jauh. Haih. Tak sabar pulak nak jumpa time konvo nanti. ^^

Result untuk last sem ni tak macam yang aku harap. Aku rasa last sem ni lah sem yang aku paling struggle study. Tapi bila dapat result, rasa kecewa sangat. Menangis jugakla seharian. Pastu move on lah. Dah tu yang Allah nak bagi, syukur ajelah.

This shot was taken when we went to pantai to shoot video for english assignment

To wrap it all, I had a very wonderful and great memories from these two years. Every single person that ever came across me during these two years, I had learnt a lot from them. Thank you for being the most hilarious, chaotic and passionate classmates that I ever had. Thank you for those who had worked in the same group as me, thanks for your commitment. To seniors and friends in the Taekwondo club, thank you for always guiding and help me. And to my kuntum, thank you for bearing my socially awkward self. I love you all. Oh, for all my lecturers, thank you for sharing your knowledge, experiences and humor with me. 

-thes

p/s : i should separate this into 2 entries but understanding my super lazy self, here we got an extra long one.

p/p/s : i actually plan to insert more and more pictures but i am too lazy to choose and inform the related individual, hence the very few photos.

10 comments:

  1. i wanted to read your post but end up admiring your header. i like it (all the header in your post). how did you edit that? serious cantik. the background and the words. *mata love love

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for your kind words xx. i edit dekat canva.com jee, all the background and the font are from that website..

      Delete
  2. It feels nice reading your post (I read all of it! Hahaha). Kinda make me reminiscing my own memories when I was in college. Missing it already :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank youuu ! the studies year was definitely the best

      Delete
  3. you know what, i came back here reading it again without even realizing it. i miss my study days during my diploma.

    ReplyDelete
  4. I miss my study too . Yes , susah nak cari kawan susah senang waktu study dulu . Ada akwan yang gunakan kita waktu ada group project je . Satu hal lagi kita yang beria nak buat n siapkan project tu while yang lain macam tak kisah je walaupun dah nak dekat due date .

    Saya pernah letak first impression dekat sorang girl nie . Sebab frist tengok dia macam kerek dan bising sangat . Tapi dia ramai kawan . Bile dah lama study baru tau girl nie mmg cheeky dan baik plus dia aktif in sport and education . Nowonder ramai kawan dan disayangi semua .

    Dugaan waktu study saya ialah KEWANGAN ! parents saya bukan orang kaya , so mak sampai pajak gadai barang kemas dia , tebal muka g pinjam duit dekat pegawai dia utk bayar yuran sem seterusnya . I feel arghhhhhh , malas nak ingat benda tu dah . Sedih sangat . Tapi Alhamdulillah dah 3 tahun habis dip , dah hutang dan barang2 kemas mak puns emua dah ambil balik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. Saya pun ada one classmate macam tu ! She's really kind and supportive too ! saya pun bukan la dari family yang senang. Tapi kami taklah susah.. untuk yuran belajar, saya guna PTPTN je. tapi once duduk rumah sewa, memang rasa sempit sikit. Alhamdulillah semuanya dah selesai.. tinggal hutang jelah.

      Delete