Di Atas Sayap-Sayap Malaikat by Hana Ilhami

Assalamualaikum, salam tengah malam ! Hehe, mood menaip pulak malam ni.. So, setelah berapa lama, baru nak post review novel ni. Maaf lah lama menunggu, walhal novel ni dah habis baca tiga hari lepas sampai kat rumah. Hehehe. Biasalah mood malas tu memang sentiasa bertandang. So, proudly, here it is !




Tajuk : Di Atas Sayap-Sayap Malaikat
Penulis : Hana Ilhami
Muka surat : 581
Penerbit : Karya Seni
Genre : Malay fiction 
ISBN : 9789674690236
Sinopsis :

Madrasah Darul Uloom Al-Haniffa semakin terkenal di bumi Swiss. Ustaz Naim menggalas tanggungjawab memperluaskan syiar Islam di sana. Segalanya berjalan lancar sehinggalah penemuan nota-nota di tembok batu di hadapan madrasah, menimbulkan pelbagai tanda tanya. Tanpa Ustaz Naim sedari, perkembangan Darul Uloom tidak disenangi oleh pihak tertentu. Kemunculan Miriam dan Nadine , semakin menghuru-harakan hidup Ustaz Naim.

Miriam, seorang remaja berbangsa Yahudi sering berkunjung ke Darul Uloom kerana ingin mengetahui tentang Islam serta mempelajari seni khat daripada Ustaz Naim. Meskipun ditentang oleh ibunya, Darul Uloom tetap dijejaki kerana Miriam sebenarnya sudah jatuh hati terhadap tenaga pelajar itu.

"Hampir  setiap hari saya meneropong ustaz dari rumah saya. Sebab itulah saya dapat lukis wajah ustaz." - MIRIAM

Namun kedatangan Miriam telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Beberapa orang penghuni Darul Uloom tidak menyukai kedatangannya. Ustaz Naim mulai dipandang serong.

Nadine, seorang penari kelab yang begitu agresif. Kemunculannya membuatkan ketenteraman hati Ustaz Naim sering terganggu. Wanita itu bukan sekadar menggoda, malah dia turut membuat prvokasi terhadap Islam. Namun kerenah Nadine ditangani dengan penuh kesabaran meskipun adakalanya sangat menyesakkan jiwa.

"Wanita yang menyemburkan pewangi dan menayang tubuhnya untuk memikat hati lelaki merupakan wanita yang tiada keyakinan diri,." -USTAZ NAIM

"Kau menghina aku?" - NADINE

"Tidak. Saya sekadar mengingatkan. Sarungkan kembali jaket kamu. Kamu akan lebih dihormati jika kamu mengormati diri kamu sendiri." -USTAZ NAIM

Hanya kerana sebuah lukisan wajah Ustaz Naim yang dilakar oleh Miriam ditemui pada mayat seorang remaja punk, Ustaz Naim menjadi suspek utama. Dia bukan sahaja disyaki membunuh, bahkan Darul Uloom turut dituduh sebagai markas militan Islam. Demi keselamatan Darul Uloom dan para pelajarnya, Ustaz Naim terpaksa bertindak.

"Kamu semua penuntut ilmu, jadi kenapa kamu mahu perlu berasa takut sedangkan para malaikat sentiasa bersama kamu?" -USTAZ NAIM

Mampukah Ustaz Naim membersihkan namanya sekali gus mempertahankan Darul Uloom? Siapakah dalang yang cuba menghancurkan Darul Uloom? Bagaimana pula dengan kedua-dua wanita ahli kitab yang muncul dalam hidup Ustaz Naim? Ikhlaskan cinta kedua-duanya atau sebenarnya mereka mempunyai agenda yang tersendiri?

So, aku mulakan review empat novel yang aku post dalam 'Thoughtless Thursday #025' with this novel. Novel ni actually is a spin-off daripada novel 'Ya Maulana'. Tapi jangan risau sebab dia boleh dibaca as stand alone sebab relation antara dua novel tak mendalam sangat. Watak-watak dalam novel 'Ya Maulana' pun hanya di-mention sekali dua, itupun more as a filler (tak dinafikan aku excited bila baca nama Sumayyah dengan Rafiqi). Sumayyah actually played an important role dalam novel ni, walaupun dia hanya muncul sekejap.

Okay, aku jadi an avid fan of HI since third novel dia, 'Membakar Syurga, Mengguyur Neraka'. Bagi aku, novel tu beza sangat dengan novel cinta lain. Novel MSMN (aku guna short form sebab panjang kot nak taip, sis malas, sorry ={ ) ni ada fokus lain which is LGBT and of course, Islam. Most novel cinta lain akan fokus kepada konflik of the relationship between main characters, perbezaan darjat (most novel lama memang suka main darjat, kan) and maybe some dark pasts or insecurity.

As for this novel, fokus utama adalah pada penyebaran Islam di Switzerland, and the struggle to spread words of Islam. Some people mungkin akan rasa tak seronok baca novel dengan konsep macam ni, tapi aku sangat intrigued dengan jalan cerita dia. Every time aku move from one chapter to another, aku tak boleh nak stop guessing who is actually the bad guy. Mastermind yang mengatur pelbagai helah untuk hancurkan Darul Uloom memang aku tak expect. Oh, selalu jugaklah aku tuduh mana-mana side characters yang nampak suspicious. Hehe.

Aku suka cara penceritaan dalam novel ni. Ditulis daripada pandangan orang ketiga so kita boleh faham every characters' actual intention and events yang terjadi. Lagi satu, aku seronok dengan penulisan yang 'time travel' (had no better words to explain, sorry). Apa yang jadi dekat Fallujah pada tahun 2004 and the back story of Miriam memang buat aku hooked.

Sepanjang aku baca novel ni, aku sedar bukan semua orang mampu hasilkan karya macam ni. Aku dapat bayangkan berapa banyak kajian yang HI kena buat sebelum start plotting novel ni. Info-info tentang islamophobe, issues yang terbangkit di Swiss pada masa tersebut, Fallujah bombing, illuminati, semuanya bukan boleh nak ditulis sesuka hati. Salute HI for bearing all the struggle to give birth to this masterpiece !

Bagi sesiapa yang harapkan sweet, heart-fluttering scenes, sorry to burst your bubble but, aku rasa takde sangat pun ke memang takde. Aku tak kisah sangat pun ada ke tak mood sweet tu. Tapi sebab novel ni heavy sikit so aku rasa better it stay the way it is. Lagi menarik nak teka siapa musuh dalam selimut, hehe.

Ending novel ni aku memang tak expect, langsung ! The biggest plot twist I've ever encountered while reading a malay novel. Serious. Masa baca part plot twist tu, aku rasa dengan otak sekali dengan tengkorak aku sekali ter-twist. Rasa nak jerit-jerit je eee geram itew. However, its only logical dengan plot twist tu kalau nak merealitikan novel ni.  Haa, nak tahu which of the two yang dapat pikat Ustaz Naim, bacalah novel ni ya ! Jamin tak menyesal !

Till the next three novel (if I'm not such a lazy person, I might be able to get it done before new year, maybe),

Doa tanpa usaha adalah bohong dan usaha tanpa doa adalah sombong. -Ustaz Naim

-thes 

Post a Comment

6 Comments

  1. banyak betul cabaran ustaz naim nak kena hadap. bila awak sebut pasal plot twist tetiba curious juga nak tahu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, bila dah curious, kenalah baca, ye dak ???? hehe

      Delete
  2. Wow, the novel is so intriguing.
    Kalau saya jumpa, best believe I'll buy it sebab saya suka genre2 sebegini.
    thanks for the review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap, it is intriguing.. rugi tak baca !

      Delete
  3. Ya Maulana tu dah baca.. Ini yang rasa macam nak baca novel ini.. Siapalah agaknya dalang tu ye..

    ReplyDelete