Patah Sayap Bertongkat Paruh by Hana Ilhami

Assalamualaikum, salam tahun baru semuanya ! Entry pertama tahun 2020, yeay ! Jadi, untuk entry pertama ni, aku nak langsaikan hutang review novel yang aku post dalam entry ni. Ni merupakan novel second last jadi lepas ni aku ada baki satu novel je lagi.



Tajuk : Patah Sayap Bertongkat Paruh
Penulis : Hana Ilhami
Muka surat : 501
Penerbit : Penulisan Enterprise
Genre : Malay fiction 
ISBN : 978-967-2102-42-7
Sinopsis :

"Kalau Aliah melangkah keluar dari rumah ni, gugur talak!" -HISYAM

Dari berterusan menjeruk rasa, lebih baik Aliah mencari bahagia sendiri. Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru. Rumah tangga yang dibina atas dasar suka sama suka akhirnya runtuh jua. Aliah pasrah.

Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sedari kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah.

"Kau nak bercakap pasal apa? Pasal rumah tangga aku ? Lepas tu kau nak buat apa? Ketawakan aku ?" - ALIAH

"Kalau aku nak, aku dah ketawakan kau masa kat pasar tani haritu lagi..." - TALHAH

Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam dia cinta ynag pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

"Memilih tu memang bagus tapi jangan sampai terpilih tunang orang. Lagi haru kalau isteri orang. Memang cari nahas!" - HISYAM

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dua tidak pernah melafazkan cerai taklik kepada Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung..

Dugaan yang diterima kali ini berat bukan kepalang. Ia menuntut kesabaran dan kecekalan yang bukan calang-calang. Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaiman pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua ?


Pertama-tama, aku nak cakap yang aku memang anti dengan watak Hisyam. Ya ampun, geram tak terkata weh. Kuasa talak yang ada pada dia senang-senang dia permainkan, ugut Aliah dengan penceraian kalau langgar perintah dia, dah tu nafikan lafaz taklik yang dia sendiri pernah ungkapkan. Allah. Lemah jantung kita peghati perangai dia ni.

Bagi aku, fokus novel ni merupakan isu yang sangat-sangat tak lari daripada masyarakat kita. Curang dan poligami. Kalau log in Twitter, ada sajalah umat yang buat thread berjela macam mana pasangannya curang, scroll ajalah, mesti ada. Kisah Aliah ni pun tak kurang hebatnya jugak. Dahlah setia dengan ikrar akad selama 13 tahun, berhenti kerja untuk jaga anak tapi ended up, diduakan. Salah siapa ?

Selain dua isu yang aku beritahu, HI ketengahkan jugak isu nyanyuk. Banyak orang anggap nyanyuk ni perkara biasa yang akan berlaku pada seorang yang dah tua. Tapi tak, isu nyanyuk ni boleh jadi isu berat jugak. Tengok ajelah ayah Aliah; disebabkan penyakit ni, anak menjadi mangsa tanpa sedar. Jadi, jangan pandang remeh dengan orang yang nyanyuk.

Aku suka dengan watak Aliah, sangat-sangat cekal untuk hadapi kehidupan dekat kampung. Dengan kelakuan anak-anak yang susah untuk sesuaikan diri dengan suasana baru, dengan menguruskan ayah yang sakit, dengan mengadap pandangan dan kata-kata orang kampung, manakan nak dari pendapatan lagi. Tabahnya dia. Andai akulah (moga dijauhkan) belum tentu aku mampu setabah Aliah. 

Watak Talhah yang sentiasa ada membantu Aliah tanpa prejudis pun buat aku kagum. Okay, mungkin sebab Talhah pernah suka Aliah. Tapi watak Talhah memang menyerlah bagi aku. Memang pada asalnya aku nampak dia macam pergunakan anak-anak Aliah untuk dekat Aliah tapi sebenarnya tak. 

Macam novel-novel sebelumnya, novel ni pun banyak ilmu yang kita boleh timba. Aku suka baca posting dalam account Instagram Pekidol (Perempuan Kaki Sondol, kreatif ennn ke memang wujud aku je tak tahu?), rasa terhibur sentiasa tapi tulah, struggle nak membaca sebab dia dalam layout Instagram so, makin kecil pulak nak baca. 

Ending novel ni memang melegakan. Kisah disebalik terjadinya perkahwinan kedua Hisyam terbongkar and sorry  not sorry to say, padan muka kau ! Hah. Puas hati baca ending dia. Rasa nak lompat-lompat (ini adalah hiperbola yang terlalu hiper). 

Antara penajaran yang aku dapat:-

  • perkahwinan atas dasar suka sama suka tak semestinya kekal 
  • bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan usahalah untuk kekalkannya
  • jangan sesekali menyerah kalah !

-thes

Post a Comment

4 Comments

  1. AAAA, Beeh adah lama tak baca novel melayu macam ni. T.T Hopefully ada masa nak baca novel mcm ni lg.

    Jemput singgah blog beeha https://beehaazman19.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel-novel lama bnyk jalan cerita macam nii... jemput baca this one kalau berkesempatan !

      Delete
  2. Best pula baca review Su.

    Lama dah akak tak baca dan layan novel². Rindu jugak ;(

    Anyway, done follow sini #138

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, ni pun baru nak bina balik habit membaca

      Delete