Thursday 17 September 2020

# bookreview # fiction

Memori Inara by Sara Aisha

Assalamualaikum, good day dearest ! Seronook tak cuti semalam? Hehe, moga-moga harini pun tetap ceria selalu yaa. #Bookreview kalini daripada karya cik Sara Aisha. Dia punya penulisan memang aku minat and bagi aku novel-novel dia tak klise.



Tajuk : Memori Inara
Penulis : Sara Aisha
Mukasurat : 702 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan :Jun 2019
ISBN : 9789674691226
Blurb : 

"I'm your husband"

Semuanya bermula dengan pengakuan itu. Aku tiba-tiba menjadi isteri kepada Gibran Lutfi, lelaki yang tidak pernah aku kenal seumur hidup aku. Kata mereka, kami pasangan pencinta sejati. Sanggup mempertaruhkan nyawa demi satu sama lain. Kegilaan apa ini? Aku cuma ada tunang. Dan tunang itu bukanlah seorang Gibran Lutfi.

"Ara kehilangan memori empat tahun ini."

Hilang ingatan? Drama apa yang sedang mereka main? Aku tidak percaya! Tetapi sayang, itulah hakikatnya. Aku tidak ingat apa yang berlaku sejak empat tahun yang lalu. Kata mereka lagi, semuanya gara-gara sebuah kemalangan.

Namun...

Benarkah ada kemalangan berlaku? Kenapa aku seringkali dihantui mimpi-mimpi menakutkan? Kenapa aku seringkali mendengar suara-suara aneh? Dan juga, kenapa aku selalu nampak dia berlumuran dengan darah? 

"Aku nak kau mati." - DIA

"Darah dibayar dengan darah. Nyawa dibayar dengan nyawa." - GIBRAN

Semakin aku cari kebenarran, semakin aku buntu. Apatah lagi, bila hati mula berdetak aneh. Melihat lelaki itu sahaja, sudah mampu membuatkan aku tersenyum sendiri.

"How do you feel?"
"Macam orang kena kahwin paksa."
"Then you will fall for me."
"Huh?"
"Dalam drama kahwin paksa, hero-heroin selalu ended up jatuh cinta dan live happily ever after, kan?"

Mampukah kami betul-betul live happily ever after, bila aku dikelilingi rahsia demi rahsia? Pembohongan demi pembohongan? Kata Gibran, demi melindungi aku. Tetapi daripada siapa? Apa yang sudah berlaku dalam empat tahun ini? Dan kenapa pula, ada tangan yang mahu mencabut nyawaku?

Another a very well done novel of Sara Aisha! From the start, novel ni memang menarik dah. Lagi-lagi bila Gibran clarify yang Inara dah kali kelima tersedar dari koma and setiap kali tu, reaksi dia berbeza-beza. Aku dapat rasakan Inara punya frustration bila dia tak dapat ingat apa-apa dalam jangka masa empat tahun. Lagi frust bila dia tanya ibu dia dengan Gibran apa yang dah jadi tapi yang dia dapat is nothing. Sedih weh bila orang keep their silence on purpose. Rasa terasing gila kot. Paling sedih bila tak boleh ingat macam mana dia kenal dengan Gibran and apa yang jadi antara dia dengan Muzaffar, bekas tunang dia.

Flow penceritaan memang lawa gila. Daripada Inara bangun, rahsia ibu dia dengan Gibran, teringat dekat Priya, reunited dengan Muzaffar, dapat fill bits and pieces dalam masa empat tahun yang hilang. Memang teratur sangat flow dia. Waktu mula-mula Inara dapat tahu Muz tinggalkan dia two weeks before wedding dia orang and Priya tak datang waktu majlis dia dengan Gibran, aku dah ada satu assumption yang memang tipikal. Aku serious fikir Muz dengan Priya ada hubungan tanpa pengetahuan Inara but girl, I was so wrong. Heh, cerita ni memang tak ikut flow klise yang selalu. Rahsia yang ibu Inara and Gibran sorokkan memang shocking gila. Tak terlintas pun dalam kepala aku tentang kisah stalker! Lagi shocking bila dapat tahu punca sebenar Inara hilang ingatan. This is a major plot twist!

Watak Gibran memang caring gila namatey. Hish memang trend sekarang buat hero novel semua caring, loving, cool eh? Halah I kennot la gini. Dia punya determination yang sanggup ambil 50-50 chance semata nak tengok Inara sedar pun admirable gila. He puts everything on his shoulder and carry on like nothing. Dia hanya nak tengok Inara senyum dan lupakan every dark memory of hers. Apa yang dia buat semua untuk Inara and even though dia tahu Inara in a big trouble, dia tetap stay with her and protect her. And that my friends, is what we want in a husband.

Gaya penulisan first pov membuatkan aku sangat tertanya-tanya dengan rahsia disebalik kehidupan seorang Inara. Lagi-lagi bila ingatan dia hilang dan dia sedar dalam keadaan yang jauh berbeza dengan apa yang dia biasa. Tambah lagi dengan kehadiran Gibran as a husband that she never knew exist. Dengan mimpi-mimpi dia pasal perempuan baju merah berlumuran darah hah memang lagi saspen la. 

Walaupun diorang berjaya sort everything out, Inara still rasa impact on what happened. She still have nightmares and memori dia tetap tak datang balik. Even macam tu, dia still going strong with Gibran by her side. And just like the last quote dalam novel ni, tak semua benda kita kena kongsi dengan masyarakat dunia sebab kita tak tahu siapa yang ada niat buruk dengan kita. Ciao.





-thes

14 comments:

  1. i suka nama Gibran, totally in love with the main char's name :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, it is a unique name and sounds so cool

      Delete
  2. menariknya jalan cerita dia. I dah la suka dengan penulisan penulis ni. nak cari lahhhh

    ReplyDelete
  3. stress juga baca sebab banyak sgt tanda tanya dan kenapa inara jadi macam tu.overall memang best. dah baca ke buku dendam bersulam cinta?

    ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. bcs of that stress la semangat nak baca... DBC tak baca lagi... now tengah save duit untuk things yang lagi penting, but I'll make sure to read it soon

      Delete
  4. buku ni terbitan syarikat mana eh

    ReplyDelete
  5. Bila baca terasa nak dapatkan novel ni.
    Ntah macam ada aura tersendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, go and get it ! Memang lain pun auranya

      Delete
  6. Baca ni pun dah buat mama Rasa excited.. menarik betul buku ni

    ReplyDelete
  7. Penulis ini punya novel memang luar biasa dan menarik untuk dibaca..

    ReplyDelete