Wednesday 8 September 2021

# bookreview # fiction

Jagakan Aku by Syu Ariani

Assalamualaikum, good day dearest! 



Tajuk : Jagakan Aku
Penulis : Syu Ariani
Mukasurat : 668 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : September 2019
ISBN : 9789674691394
Blurb : 

"Cuma Doktor Ana Zahirah yang boleh tentukan kematian saya."

Bergegar dunia Zahirah apabila seseorang datang menemuinya dan mengatakan itu. Semuanya bermula selepas dia menjadi saksi kepada satu babak percubaan membunuh secara tidak sengaja. Kini, tak semena-mena dia terheret sama dalam permainan nyawa Devil Angel.

"Kadang-kadang tak ada niat membunuh, tapi keadaan mendesak." - AINA NATASHA

"Dia membunuh sebab dia seronok membunuh. Itu aje." - MUZAFFAR

Di antara kedua-dua sebab itu, yang mana satu menjadi punca Devil Angel membunuh? Atau ada sebab lain, yang membuatkan Devil Angel 'menghantar' mangsa-mangsanya kepada Zahirah? Sungguh, Zahirah penasaran!

"Ana Zahirah. Kau... Mengecewakan aku." - DEVIL ANGEL

Insan-insan terdekat Zahirah mulai menjadi mangsa. Emosi Zahirah bertambah kacau-bilau apabila ASP Aydin mengesyaki dia ialah Devil Angel, atau sekurang-kurangnya dia bersubahat dengan Devil Angel. Tetapi suatu hari...

"Jangan takut. Aku akan jagakan kau." - ASP AYDIN

Entah mengapa, jiwa wanita Zahirah telah meresap masuk janji Aydin. Diam-diam, dia mempercayai lelaki itu dan janjinya. Satu insiden di Kuala Lumpur membuka peluang untuk Zahirah mengetahui kisah silam Aydin dan tak dapat tidak, hati wanitanya terus terbuka untuk lelaki itu.

Namun, bisakah Aydin kotakan janjinya bilamana Zahirah sudah menjadi obsesi Devil Angel? Pada saat Zahirah sendiri berubah menjadi wanita tidak berjiwa, mampukah dia menghalang Devil Angel daripada terus-terusan membunuh? Atau Zahirah sendiri akan jatuh ke lembah gelap, dan menjadi serupa Devil Angel?

"Whoever fights the monster should see to it that in the process he does not become a monster. And when you look into the abyss, the abyss looks into you." - FRIEDRICH NIETSZCHE, GERMAN PHILOSOPHER

Last time I read a psycho-thriller was 'Aku Lelakimu' by Sara Aisha and I really looks forward to read this book. Dan aku tersangat puas hati dengan novel ni.

Dari permulaan bab lagi dah buat aku berdebar-debar. Lepastu, ditinggalkan pulak dengan pertanyaan, kenapa dan apa. Dan, permainan nyawa dari Devil Angel pun bermula. Asalnya, agak susah untuk aku make sense of the situation, mungkin sebab aku dah lama tak baca and tengok drama yang bergenre psiko thriller so aku struggle sikit nak ikut perubahan masa.

Watak Ana Zahirah bagi aku sangat cekal. Hilang orang tersayang dari usia muda, bila hidupnya dah mula nak stabil tiba-tiba terjebak dalam permainan si gila Devil Angel. Semuanya sebab dia nampak  dan halang Devil Angel daripada terus menikam mangsanya. Dia yang mulanya teguh berdiri walaupun berkali-kali Devil Angel permainkan dengan hantar mangsa yang dah parah ditikam ke hospital tempat dia bekerja tapi akhirnya mangsa-mangsa tu tetap akan mati semakin lemah. Hampir Zahirah tersungkur bilamana Devil Angel persembahkan di hadapan dia, seorang musuh lama. Dan... Di depan Ana Zahirah, kenalannya itu dikelar. Hilang semangat seorang Ana Zahirah. Dan cara penulis bercerita, aku sendiri dapat rasakan betapa terseksanya watak Zahirah ni.

Watak Aydin, seorang yang tegas pendirian, tak campur aduk urusan peribadi dan kerja. Dan dia... letakkan Zahirah sebagai suspect dalam kes Devil Angel. Nak bandingkan Aydin dengan watak Muzaffar, aku akan kata Muzaffar lebih nampak sayangnya pada Zahirah. Itu yang aku mula-mula fikir. Tapi, Aydin sebenarnya sayangkan Zahirah dan dia juga berjanji untuk menjadi penjaga kepada Ana Zahirah. Aydin... sangat gentleman, seriously. Mulanya dia digambarkan macam a bit cold, mean person tapi makin lama watak Aydin ni makin warm, makin memahami. It's hard not love him. And, the way dia ajak Zahirah kahwin, macam ajak lepak mamak tahu tak. Straightforward betul. Takde nak kiasan apa semua. Haih, comel betul.

Devil Angel. Seorang pembunuh, yang menikam mangsa berkali-kali like a devil. Kemudian hantar mangsa ke hospital, like an angel. Dari situlah datangnya nama Devil Angel. Dan dia, adalah syaitan dan tak mungkin malaikat sebab akhirnya, semua mangsa dia tetap akan mati, one way or another. Identiti Devil Angel ni memang aku tak boleh nak agak siapa. Mulanya aku ingatkan Muzaffar sebab dia mula kenal dengan Zahirah masa Zahirah jadi saksi cubaan bunuh Devil Angel. And semua kebetulan (tinggal apartment yang sama, kebetulan lalu kawasan gelap tu sekaligus jumpa Zahirah untuk pertama kali, kebetulan buat volunteer work dekat hospital tempat Zahirah bekerja) terasa staged. Tapi aku salah sebab Muzaffar ni informant kepada Aydin. He's V.

Once again, aku lost. Entah siapa identiti sebenar Devil Angel ni. Like, 65% into the book, aku boleh agak dah siapa Devil Angel. Hint yang penulis tinggalkan sangat-sangat subtle and kau kena berfikir lebih untuk tahu siapa dia. Kalau baca perwatakan yang ditunjukkan memang kau takkan sangka yang dialah Devil Angel but babe, ingat novel ni novel psiko, so, pembunuh dia mestilah seorang yang psiko. 

Novel ni is a very well-written. Sangat-sangat informatif. Lagi-lagi gambaran kerja seorang pegawai polis, juga seorang doktor. Aku sukakan cara setiap babak digarap dan diolah. Serius kata, aku boleh bayangkan macam mana ianya terjadi. Penulis pulak gunakan third pov jadi lebih senang untuk aku tahu dan faham perasaan setiap watak. Lepastu, ada pulak cameo dari Aina Natasha and Arhan from 'Anastasia' hah memang lagi syok la aku baca. Especially masa Aina become the heroin that saves Zahirah. Girl crush sangat kau! Oh, aku perasan jugak ada mention nama Lyssa and Ameer from 'Aku Ada' tapi aku tak berapa ingat pasal apa. Hehe.

Pengakhiran cerita... Ni susah untuk aku gambarkan perasaan aku. Aku harap Devil Angel akan diadili mahkamah atas semua kesalahan dia. Tapi, just like White Killer in 'Aku Lelakimu', Devil Angel pun tak sempat jejak mahkamah. Cuma aku rasa hukuman kepada Devil Angel ni memang padanlah lepas apa yang dia buat dekat mangsa-mangsa dia. And untuk watak utama, seharusnya happy ending. And the epilogues, aduhai comel sungguh. As a conclusion, novel ni, bagi aku one of the best read. 





A deep quote from Muzaffar, kan? And kalau tak salah aku, akan ada novel untuk dia, soon. Yes, after everything, aku memang naaaaak sangat kisah Muzaffar pulak. So, I'm looking forward for this. Sangat. Sangat. Itupun kalau aku tak salah tafsir la dengan mms V yang penulis pernah share dekat IG story. Harapnya kisah dia la. Hehe.


-thes

2 comments:

  1. wo! Excited rasa nak baca buku ni.. Adakah devil angle itu Aydin? Hahaha ke ada watak lain lagi? Aiguuu~ nice review Su.. ^^

    ReplyDelete